Kehidupan menuntut suatu kejujuran dan kesabaran...juga pengorbanan. Ketabahan merujuk rias pembawaan...Lalu kejayaan adalah mimpi yang mungkin suatu kenyataan...Dan jangan sesekali pernah malu untuk jatuh...Dan jangan pula terus terlupa untuk terus berjuang supaya bangun itu meninggi apungnya...
03 September, 2012
Petua Imam Syafie - 4 Perkara Menajamkan Mata
Ha...aritu aku dah ulas tentang 4 perkara yang menajamkan fikiran. Dekat entry tu aku ada tulis dalam 4 perkara tu, 2 perkara mungkin sukar nak kita amalkan iaitu bercakap dengan orang soleh dan bergaul dengan para ulama'...yalahkan, dalam dunia akhir zaman ni...susahnya nak jumpa dua golongan tu. Kalau ada pun kadang-kadang dah terpesong menjadi ahli politik...kalau tak pun, dah lupa daratan bila materialistik menjadi sebahagian pegangan...Alangkah indahnya kalau kita hidup di zaman Rasulullah SAW...So nak tak nak, ada 2 perkara yang mampu kita buat kat situ bukan iaitu kurangkan bercakap dan lebihkan bersugi...
Oh ya sebelum tu...siapa antara korang yang dah completed buat puasa 6? Aku? Hehehe...baru nak start hari ni...doa aku semoga amalan sunat aku ini akan diterima Allah SWT dan diberikan keberkatan olehNya...amin. Korang buat puasa 6 makan sahur tak? Aku bangun juga pagi tadi dalam pukul 5.20 pagi camtu. Aku blender kurma 3 biji dengan 4 scoop hbl dengan susu HL. Alhamdulillah setakat sekarang pukul 1.51 petang, aku masih berdaya saing...chewah...except selesema aku ni tak hilang-hilang juga lagi...almaklumlah duduk kat opis ni macam duduk kat Antartika...sejuk gila...
Okaylah. Sambung balik tentang 4 perkara yang menajamkan mata. Mata aku...hua...power tinggi siot. Antara penyebabnya? Dulu-dulu aku study dalam gelap, cahaya tak cukup terang. Maklumlah...aku anak zaman elektrik baru nak disalurkan...so membesar aku rasa sampai darjah 6 aku hidup disinari cahaya lampu minyak tanah, atau lampu minyak gas kata orang kampung aku. Pelita ayam tu memang mainan akulah. Lepas tu paling utama, faktor genetiklah sebab dalam family aku hampir 90% pakai cermin mata walaupun mak dengan ayah aku tak pakai spek. Tapi bapak saudara dengan mak saudara aku, ramai juga yang pakai spek mata ni. So mata aku ni rasanya power lebih dari 500. Tinggi gila dan cerminnya punyalah tebal. Cuma dengan teknologi sekarang...cermin/plastik yang aku guna tidaklah setebal dulu masa aku Tingkatan 1..
(kalau nak tau...dulu-dulu cermin mata aku camnilah...besar gedabak. Cuma sekarang aku dah tukar pakai camni...ada rezeki lebih...alhamdulillah...)
Dalam part 4 perkara yang menajamkan mata ni...aku rasa semuanya mampu kita buat. Cuma tambah perkataan rajin atau pun malas saja di depan setiap keinginan kita tu. Duduk mengadap kiblat. Senangkan nak buat benda ni. Alhamdulillah kat rumah aku susun atur sofa dan katil memang mengadap kiblat sebab aku pernah terbaca tak elok kalau membelakangkan kiblat.
.
Seterusnya adalah bercelak sebelum tidur. Dulu aku pelik juga bila selalu tengok orang-orang tua amalkan benda ni. Aku ingat sebab nak goda suami ka apa ka...oh baru aku tahu...dangkal sungguh aku ni...Tapi aku tak pernah pun bercelak masa nak tidur...Oh satu amalan baru yang aku kena buat ni...bukan susah pun nak buat ni...Masalahnya...tahan ke laki aku tengok bini dia bercelak tiap malam...ahaks...
Lepas tu kita digalakkan memandang sesuatu yang berwarna hijau dan juga berpakaian bersih. Inilah lagi dua perkara paling mudah kita boleh buat. Yalah kita di Malaysia ni bukankah hidup dikelilingi oleh kehijauan alam. So apalagi...pergunakanlah...Agak-agak mata tu dah naik berbinau...cuba la jenjalan keluar pergi toilet ke atau ke mana-mana...sambil-sambil tu renung-renunglah pokok-pokok disekitar opis atau rumah kita...Aku sebenarnya memang suka warna hijau ni...warna peberet aku tu sebab aku tau arwah mak aku suka warna hijau. So rumah aku sekarang ni, ruang tamu aku memang warna hijau epal...cantik siot...
Pakai baju bersih? Takkan korang suka pakai satu-satu baju tu sampai 2 - 3 hari...Hallo came on lah babeh...busuk tau dak? Apa guna beli mesin basuh dengan bayar bill air setiap bulan kalau suka pakai baju kotor...Takkan nak biar orang sekeliling cium bau longkang kat badan korang kot?...Heeee...janganlah amalkan benda tak elok camtu...kebersihan haruslah dijaga. Kalau kita sembahyang tak tinggal tapi kebersihan diri tidak terjaga tak guna juga. Yalah...kalau pakai spedo yang sama 2 - 3 hari, bukannya kita tau apa kekotoran yang dah tertinggal di situ...
Okaylah...panjang pula cerita/leteran aku...mesti korang boring jugakan? sebab kenkadang aku sendirik naik boring dengan cerita aku ni...tapi life must goes on...Kalau rasa boring...cuba-cubalah ceriakannya...ya tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau Rajin Nak Membaca
- http://www.bharian.com.my/
- http://www.utusan.com.my/
- http://www.hmetro.com.my/
- http://thestar.com.my/
- http://www.nst.com.my/
No comments:
Post a Comment