05 September, 2012

Bersyukurlah


Korang pernah tengok tak gambar kat atas ni? Alah kan gambar ni sikit masa dulu famous gila kat FB. Penuh simbolik dan melankolikkan gambar ni...

Ya...kita sebagai manusia biasa ni, kadang-kadang kita tak pernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada. Biasanya kalau sebut perkataan bersyukur ni...of courselah merujuk kepada rezeki yang kita perolehi dan kecapi. Kita tak pernah nak puas hati dengan apa yang kita ada. Ada lagi tu yang sanggup buat perbandingan dengan rakan taulan, jiran dan sesiapa sahaja.

Aku tabik spring toink-toink-toink pada orang yang sentiasa berusaha untuk maju dan sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan kejayaan yang dikecapi. Orang yang bersyukur, akan sentiasa berpuas hati dengan apa yang diberikan Allah SWT dan akan sentiasa berusaha lagi dan lagi dan lagi dengan rajinnya untuk terus menambah apa yang hanya ibarat sebutir telur ayam mampu menjadi berekor-ekor anak ayam. Yang pastinya tahu jalan dan rajin berusaha...Aku menyokong mereka 100% kerana itu sifat yang harus ada dalam diri kita. Tapi apa yang menjengkelkan aku ialah bila kita tidak mahu berusaha tetapi inginkan kejayaan setinggi KLCC...atau inginkan kesenangan setinggi puncak Everest...

Kalau kita malas berusaha, malas bekerja...janganlah kita harapkan rezeki yang secupak akan menjadi segantang...Baskin Robbins 1 scoop akan jadi 2-3 scoop..
.To......

Lepas tu bila dapat rezeki sikit...asyiiiikkk mengeluh. Bukannya nak tahu bersyukur...Ada yang lagi parah tu...siap salahkan takdir dan paling dahsyat...menyalahkan fitrah Allah SWT...nauzubillah hu min zalik...Tak tahu ke dorang bahawa Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang rajin berusaha dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan olehNya?


Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yangbersyukur.”
Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”
Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.”

So, yang penting sekarang kita berusaha untuk maju dan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat. banyak atau sikit rezeki atau kejayaan yang kita perolehi...yang penting kita bersyukur kerana kita telah berusaha. Kalau rasa kurang, kita tambah usaha supaya kejayaan cemerlang menjadi hak milik kita dengan penuh keredhaan dari Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/