Showing posts with label Pelbagai. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai. Show all posts

14 February, 2013

Lirik Lagu Yang Aku suka


Hehehe...tetiba terngiang-ngiang kat telinga aku lagu ni...lagu peberet ni...korang ada lagu peberet dak? Tapikan, jarang sangat dengaq lagu ni kat radio. Nak beli kaset? Dak la kot...sebab bukan semua lagu marcell ni aku minat...

Tapikan, aku bila dengaq lagu ni mesti ingat kat arwah mak dengan ayah aku...Al-Fatihah untuk keduanya yang aku sayang...

Semuanya telah terjadi
Cintaku telah pergi
Dan kini kusendiri
Tanpa dirimu lagi
 tak mudah menepis
 cerita indah

Semusim tlah kulalui
telah kulewati tanpa dirimu
tetapi bayang wajahmu
masih tersimpan di hati

Tak pernah kubayangkan
Kau putuskan cintaku
Kucoba tuk lupakan
Semua tentang dirimu
 tak mudah bagiku
 melupakanmu
Lepas tu  lagu Soledad...tak kisahlah versi mana pun...memang best. Tapi kat bawah ni versi B.Inggeris yang kumpulan westlife nyanyi...best sangat. Oh ya...soledad ni Bahasa spanish...maksud dia bersendirian macam tu...kalau tak silap aku la...Lagu ni pun kalau aku dengaq tengah malam...(sebab phone aku pakai nada dering ni...ahaks)...mesti aku ingat kat arwah mak aku...miss her so much...

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There’s an image of your face
And once again I come to realise
You’re a loss I can’t replace
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad
Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can’t believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can’t still the voice inside of me
That is calling out your name
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad
Time will never change the things you told me
After all we’re meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

03 December, 2012

Orang Kita...

p/s: - Saya terbaca satu post by mantan PM yang saya rasa punya pemikiran yang terkehadapan berbanding kebanyakan orang. Saya amat bersetuju sekali dengan pandangan beliau kali ini. Jom baca...

 (ish nampak hensem la pulak mamat sorang ni walaupun dah tua)

Tun Mahathir : Usahawan Melayu Dapat Pinjaman, Beli Kereta Mewah


PUTRAJAYA 28 Nov. – Kelemahan dalam pengurusan tunai merupakan penghalang kepada usahawan bumiputera mencapai kejayaan lebih besar dalam bidang perniagaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, usahawan bumiputera harus lebih mahir dalam pengurusan kewangan termasuk menggunakan sumber yang ada secara bijak untuk memajukan perniagaan masing-masing.

”Jika usahawan bumiputera mendapat pinjaman RM1 juta untuk tujuan perniagaan, mereka akan belanja separuh daripadanya untuk membeli kereta mewah atau barangan lain.

”Pinjaman tersebut bukan sahaja tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam perniagaan tetapi mereka juga perlu membayar faedah atas dana yang diperoleh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bicara tengah hari sempena Perhimpunan Usahawan Bumiputera Industri Perkayuan di Pusat Maritim Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abd. Rahim.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, usahawan bumiputera juga didapati gagal menguasai beberapa perniagaan francais di negara ini kerana tidak menguruskan aliran tunai dengan berkesan.

”Peniaga Melayu berkenaan gagal kerana selepas mereka mendapat keuntungan, hasil itu tidak dilabur untuk beli stok atau memajukan perniagaan tetapi digunakan untuk tujuan lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan usahawan bumiputera melakukan usahasama dengan syarikat lain bagi menimba pengalaman dan ilmu yang diperlukan untuk memajukan diri.

”Selain perlu bekerja dengan rajin, usahawan bumiputera juga harus bekerja secara bijak dan untuk tujuan itu, kita perlu menimba ilmu melalui pelbagai kaedah termasuk membaca buku.

”Seterusnya kita mesti mengenal pasti apa yang kita mahu. Kita boleh mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan selepas itu baru fikirkan cara untuk memajukannya,” katanya.

Dr. Mahathir turut menggesa usahawan bumiputera supaya meneroka peluang dalam bidang yang berlainan bagi memastikan kejayaan dalam perniagaan.

”Jangan nampak orang lain berjaya dengan jual nasi lemak, semua orang pun pergi jual makanan yang sama dan akhirnya gagal,” katanya.



Post by: UTUSAN MALAYSIA

23 November, 2012

Makan Lagi

Hehehe...adoyai...camna la nak kurus ni...asyik makan ja...diet pun dah macam tak diet...

Makluman...malam ni pergi dinner lagi dengan hubby...celebrate anniversary yang ke-12 tahun yang tak sempat nak sambut berdua aritu sebab sibuk celebrate dengan sedara mara kat kampung...

Jom kita dinner dekat Hotel Istana malam ni...first time pegi hotel tu...tak tahu lagi menu dia best ke tak...

Lepas tu, tak tahu bila, nak pegi dinner lagi. Kali ni dekat Seri Pacific...voucher dah ada...cuma tarikh belum tahu bila nak pergi...

Jom makan!!!

31 October, 2012

Misteri Angka 3 Dalam Hidup Manusia

 Dapat post ni kat fb, nampak menarik jugak nak kongsi kat sini...

Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu,
2. Kata-2,
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan,
2. Keangkuhan,
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan,
2. Keikhlasan,
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang,
2. Cinta,
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan,
2. Kejayaan,
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1.Komitmen,
2. Ketulusan,
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad,
2. Kemahuan,
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki,
2. Umur,
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua,
2. Sakit,
3. Kematian.

30 October, 2012

Doa Bagi Suami/Isteri

Actually, this doa I just C&P from one entry in fb. Just share it with all and hope for the best in our marriage


A BEAUTIFUL DUA (PRAYER) FOR ALL MARRIED COUPLES.....

♥ O Allah, bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion.

♥ O Allah, let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah. 

♥ O Allah, protect our marriage from the whisperings of Shaytaan.

♥ O Allah, give us the strength to live together in justice, equity, love and mercy.

♥ O Allah, let our marriage bring untold blessings to us individually, to our families and our children.

♥ O Allah, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.

♥ O Allah, give us the love which you had blessed Muhammad (SALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM) with Khadija (RADHIYALLAHU ANHA).





Aamiin...

24 October, 2012

Budget/Perancangan Kewangan

Tetiba nak tercerita tentang isu budget. Bukan budget yang kerajaan dok bentang setiap tahun minggu ketiga September tu ya. Tapi ni monthly budget atau perancangan gaji bulanan korang.

Korang ada buat budget bulanan tak? Kedudukan kewangan korang macamana? Kukuh, stabil atau memang bila hujung bulan tu menjunam terus?

Aku? Aku memang sejak aku start pegang gaji pertama, aku dah prepare budget bulanan untuk setiap sen gaji yang aku terima. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan stail arwah ayah aku kot. Ayah aku dulu siap ada buku kira-kira lagi tentang keluar masuk duit dia. Ayah aku bab matematik memang terer.

Macam aku, budget aku berubah mengikut tahun dan kepentingan. Aku ni biasanya akan set target apa yang aku nak. So bila aku ada buat perancangan bulanan, biasanya apa yang aku target tu aku akan dapat. Tapi sekarang, aku rasa target aku yang kecik-kecik dah habis kot, so aku nak target benda besar pulak. Aku nak try buat macam kakak aku. Dia buat target dan budget utk beli rumah secar tunai dan awal tahun ni dia berjaya beli rumah banglo secara tunai. Aku tak adalah nak beli rumah banglo. hidup berdua dengan hubby, tanpa zuriat, cukuplah rumah semi-D atau paling kurang rumah teres (kalau dapat lot tepi lagi bagus)

Camna nak mulakan budget ya? Memula korang kena: -

1. Cuba kumpulkan semua bil, resit atau apa sahaja bukti perbelanjaan korang macam bil air, elektrik, astro dan juga resit minyak.

2. Cuba rekodkan semua duit yang korang terima setiap bulan (kalau korang bekerja sendiri). Kalau gaji monthly, senang nak trace.

3. Cuba juga buat satu list perbelanjaan yang korang biasa buat setiap bulan macam duit minyak kereta, duit bayaran kereta, rumah dll

4. Bahagikan list perbelanjaan korang kepada dua iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan terapung. Perbelanjaan tetap macam duit rumah, sewa rumah, kereta, internet, astro dsb. Perbelanjaan terapung pula macam belanja perubatan, barang dapur, hiburan dll

5. Kalau dari budget tu korang dapat total perbelanjaan kurang dari pendapatan, hah lebihan tulah yang boleh korang masukkan dalam list simpanan korang. List simpanan korang pula, korang kena pandai adjust untuk simpanan apa. Macam budget utk simpanan ke Mekah, simpanan hari tua atau beli rumah dll.

6. Yang paling penting, setiap bulan korang kena review balik budget bulanan korang. Sebab ada masanya kita spend duit kita untuk benda yang tak penting pun. Lepas tu, cuba korang sediakan beberapa tabung (macam aku, aku guna sampul surat), dan labelkan tabung tersebut macam utk barang dapur, utk bil, utk ubat dsb. Sebab adakalanya, duit yang kita belanjakan bukan sama setiap bulan. Contohnya setiap bulan korang peruntukkan RM500.00 utk beli barang dapur, bulan 9 korang belanja RM350.00 sahaja untuk beli barang dapur, so maknanya korang ada lebihan RM150.00. Nasihat aku, korang jangan pulak pegi belanja duit lebihan tu utk benda lain. Korang simpang dalam tabung belanja kecemasan. Dan begitulah setiap bulan. Kalau ada lebihan dari mana2 tabung, masukkan dalam tabung belanja kecemasan.

Okaylah, tu cadangan aku. mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Apapun, aku selesa dengan cara aku. Sekarang nak target dalam beberapa tahun, sebelum aku pencen aku boleh bayar mungkin separuh duit rumah yang bakal aku beli secara tunai menggunakan duit simpanan aku(melalui cara ni) dan selebihnya aku guna duit simpanan/potongan gaji bulanan aku juga...insyaallah...

household-monthly-budget-numbers.png

Sayur...eee...tak sedap!!!

Wahahaa...jangan tertipu dengan tajuk entri aku tu...sapa kata sayur tak sedap? Aku cukup suka makan sayur. bagilah sayur apa pun, mesti sedap je kat tekak aku ni
.

Tapi ada jugakan orang yang tak suka makan sayur. Atau pun ada juga yang memilih sayur apa yang nak amkan dan sayur apa yang tak nak makan. macam hubby aku, dia makan sayur tertentu saja, macam kailan, taugeh, lobak merah, dan kalau kobis, kacang panjang dan sawi pula, kalau buat masak lemak putih baru dia makan...pelik betullah selera orang ni. Ada sorang member pulak, langsung tak makan sayur. Padahal banyak kelebihannya kalau kita makan sayur ni.


  • Cuba tambahkan sayur-sayuran (hijau terutamanya) kedalam masakan korang. Sebagai contohnya, aku pasti ramai bebudak atau kita yang dah berusia ni sukakan sup, so apakata korang kalau buat sup atau tomyam ke atau mee, bihun ke...lebihkan sayur. Lepas tu janganlah pula korang lokek letak lain-lain complement kat dalam sup tu macam lebihkan sotong, daging atau ayam atau udang mengikut kesukaan family korang
  • Untuk makan tengahari, cuba korang just prepare salad saja sebagai main dish. Tapi janganlah korang letak daun semata-mata, letaklah hirisan kecil ayam, peperoni atau daging burger yang dihiris kiub dan kecil-kecil. Aku pasti, nak tak nak, family korang kena makan juga, sebab lapar...ahaks (ni tips kejam punyer!)
  • Cuba korang masak sayur dalam setiap makan malam korang. Tapi janganlah letak semata-mata sayur hijau saja, korang letaklah sayur yang pelbagai warna, sebab bebudak ni atau orang tua pun, kadang-kadang tertarik dengan mainan warna
  • Kalau korang nak buat kek, biskut, roti atau kuih talam sekali pun, apa kata sesekali korang tambah idea baru. Cuba sagat halus lobak merah, atau kisar daun bayam, celeri atau kobis dalam adunan kek, biskut, kuih korang. Kalau aku, biasanya kalau aku buat cucur udang, aku akan letak macam-macam sayur dalam tu. Kalau cekodok pula, aku akan tambah bukan sekadar sayur, aku tambah oat lagi
  • Kalau buat pasta atau lasagna, atau mi segera, tambah kepekatan kuah dengan puri sayur. Percayalah, sedap. Kalau tak nak buat puri, cincang halus pun ok apa. (Baru-baru ni aku ada makan sup asparagus kat SDCC, sedap gila...)
  • Kalau korang suka makan burger, aku cadangkan sesekali korang cuba subway...lepas tu korang minta dia letak extra veggies, aku pasti, anak korang takkan pilih dan buang sayur yg dorang letak dalam tu punyalah. Kalau pizza pun apakata sesekali korang order pizza utk vegetarian punya...Kalau korang buat pizza sendiri lagi senang, letak je macam-macam sayur atas tu, lepas tu letaklah telur ke apa ke sama sebagai topping
  • Kalau korang suka makan BBQ, kebab pula, jangan lupa tambah sayur sama dekat batang grill tu macam baby potato, kobis brussel, ceri tomato, capsicum dll..
  • Lagi satukan, kalau anak koranglah ni, jangan bapak budak pula, apa kata korang cuba bentuk sayur dalam pinggan dorang tu dengan pelbagai karakter macam mickey mouse ke, smiley ke...mesti dia tertarik nak makan sayur tu...

18 October, 2012

Isabella

Bila aku tulis nama tu sebagai tajuk post aku, apa yang korang fikirkan dan apa yang terlintas difikiran korang? Aku saja je nak tulis tentang novel ni sebab aku tengah pasang angan-angan nak balik baca novel ni malam ni sebab aku baru beli cetakan edisi terbarunya...


Aku pasti, yang paling banyak mesti terfikirkan lagu Isabella nyanyian amy search tu...Korang rasa betul ke aku nak cerita tentang lagu tu? Sebenarnya tak. Aku bukan nak bercerita tentang lagu isabella tu...

Apa yang aku nak cerita di sini adalah salah satu buku yang aku suka baca. Ekcely aku baca buku ni berulang-ulang kali. Kali pertama aku baca buku ni kalau tak silap aku masa aku di sekolah menengah. Buku sapa entah aku baca. Rasanya buku kat perpustakaan kot. Tapi pertama kali aku baca, aku memang dah jatuh cinta dengan buku ni. Rasanya buku tu adalah buku yang dialihbahasa oleh saudara Abdullah Hussain. memang dah lama buku tu.

 (pada pemilik blog mulabelajarhentimimpi, saya pohon C&P gambar ni ya sebab saya memang tak ada gambar salinan asal buku ni)

Ekcely novel ni lebih kepada perbincangan tentang perbandingan antara Islam dan Kristian yang berlaku kerana sifat ingin tahu Isabella anak kepada seorang ketua paderi di Cordoba, Spain. Dalam novel ini juga lahir sebuah kisah cinta (walau tidak diperincikan kerana lebih menitik beratkan perbandingan Islam/kristian dan pencarian Isabella tentang keunggulan Islam). Aku suka watak Umar Lahmi...seorang pemuda Islam yang teguh dalam pendiriannya sehingga menarik minat Isabella.

Eh malaslah aku nak tulis panjang lebar tentang novel ni. kalau aku cerita habis semua...manalah thrill lagi korang nak membacanya. Tapi jangan lupa tau baca novel ni...memang best! Oh ya, lupa nak bagitahu...mengikut kajian, kisah Isabella ni adalah satu kisah benar ya yang benar-benar berlaku di Kota Cordoba, Sepanyol semasa di bawah penjajahan Islam semasa pemerintahan Bani Umayyah.

Homemade Es Krim

Dua bulan lepas aku ada beli mesin buat es krim...saja je aku beli dengan target aku boleh buat aiskrim sendiri yang lebih menyihatkan aku (ada ka?). Yalah kalau aku buat aiskrim guna jus buah-buahan saja...mestilah tak ada effect yang tak baik kan? Tapi aku tak buat pun lagi aiskrim yang just guna jus buah tu. Kalau mat saleh depa panggil sorbet...

Tapi sebab nak try guna mesin baru, aku buatlah juga. Setakat ni dah 2 kali aku buat.

Yang pertama sekali aku buat adalah perisa stoberi (yang ni memang sedap giler)
Aku blend buah stoberi dengan tambah stoberi paste...

Kali kedua aku buat aiskrim yoghurt...pegh tak sedap langsung...sebab aku buat ikut suka nafsu aku...macam-macam aku tambah...(tapi sedap juga la...cuma yang stoberi dulu lagi sedap). Yang kali kedua ni aku letak buah blackberi dengan blueberi.

Tapikan...sepertimana aku seadanya...scoop aiskrim memang yillek kat rumah aku ni...aku cedok pakai sudu ja...tu yang nakpak camtu...huahuahua...


08 August, 2012

Cerita Aku...

Tadi...petang ni la...aku dok kat dalam opis aku...tetiba dengar suara baby menangis...lama jugalah dengar suara baby menangis...hah sudah...ekekek...janganlah korang suspender pulak...actually memang baby betul yang menangis. Mana ada hantu bulan puasa camni...apadah...

Aku pun keluarlah tengok sebab dengar lama sangat baby tu menangis. Apasallah orang bawa baby ke opis aku ni...Lagipun kat opis aku actually baby dengan kanak-kanak memang tidak digalakkan kecuali atas sebab dan keadaan tertentu. Tapi exceptionlah utk family baby tadi coz according to her father, his wife got a case before SAR. Maybe nobody at home can take care of that baby. Sebab tu dorang terpaksa bawa ke opis aku ni. Cian baby tu...menangis tak henti-henti sampai kelaur air mata air idung. Aku agak baby tu mungkin dalam umur  5 - 6 bulan kot. Sebab tecik lagi...tiut pulak tu...baby girl. Mommy dia bagi pakai pinkish lagi...tomei dan tiut...

Menangis sakan baby tu. Rasanya dia lapar kot. tapi yg harunya mommy dia just bawa air kosong saja. Tak bawa susu extra...or maybe baby tu breastfeed so manalah dia mahu minum air masak kosong...mana cedapkan baby...eee...geram tengok baby girl tu...So bila mommy dia ada kes, baby tu kena tinggal dengan daddy dia...muda lagi si bapanya...rasanya awal 20an...menggelabah member...kami yang nak tolong pujuk baby tu pun menggelabah juga...yalah dia meraung Ya Allah tak ingat donia...

Apapun nasihat aku pada yang ada baby tu...kalau ada urusan di mana-mana, lebih baik jangan bawa baby. Tapi kalau tak ada pilihan, nak buat camna. kenalah bawa juga si tecik tu. tapi pastikan keperluan baby disediakan ya...kalau tak cian sangat kat baby, menangis kelaparan...

07 July, 2010

Kata "Maaf" Dari Lelaki Pengubat Jantung Wanita

Selalu ingat dalam hidup ini, anda jangan pernah melupakan 2 kata ajaib yaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda ini remeh tapi tahukah anda bahwa hanya dengan mengucap maaf pada perempuan dengan tulus anda sudah membantu memperpanjang usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat sulit dilakukan banyak orang terutama lelaki. Tapi ilmuwan Massachusetts University membuktikan, permintaan maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesehatannya terutama jantung.

Perempuan yang mengalami perlakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain bisa menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat meningkatkan risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya, yang akan kembali normal sekitar 20 peratus lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20 peratus lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf karena mendapat perlakuan tak nyaman. Hal ini menunjukkan seseorang laki-laki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Penelitian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Peneliti mengukur tekanan di astolik dari 29 laki-laki dan 59 perempuan.

Kedua kelompok secara individu diminta untuk menyelesaikan ujian matematik dalam waktu lima minit. Selama mengerjakan ujian, partisipan di ganggu sebanyak tiga kali oleh peneliti sambil marah dan menyuruhnya untuk lebih cepat dalam mengerjakan tugasnya.

Pada akhir ujian, para partisipan mengatakan, “Kau jelas tidak cukup baik“. Namun, dua minit kemudian peneliti meminta maaf atas kekerasan yang terjadi pada setengah dari partisipan laki-laki dan perempuan.

Partisipan perempuan yang menerima permintaan maaf menjadi lebih cepat tenang, sementara kaum laki-lakinya justru menjadi lebih gelisah.

“Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada manfaat potensial bagi kesehatan seseorang perempuan atas permintaan maaf,” ujar salah seorang peneliti, seperti dikutip dari Telegraph, Rabu (21/4/2010).

Tekanan darah yang diukur dalam penelitian ini adalah tekanan darah di astolik, yaitu tekanan dalam darah antara detak jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirahat setelah kontraksi. Jika terlalu tinggi dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Maka, sayangilah pasangan anda, jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf. Special 2 Magic words yang membuat hidup anda tenang. Sepele tapi bermanfaat banyak. Selamat mencoba

08 April, 2010

Indahnya Berbuat Baik


By: agussyafii

Dan Allah senantiasa memberikan pertolongan kepada hambaNya selama ia menolong saudaranya (HR. Muslim).

Hadist diatas mengingatkan kepada kita, bila hati kita bersedih, akan ada orang yang lebih bersedih daripada kita. Bila kita mengalami kesulitan, akan ada orang yang lebih sulit hidupnya daripada kita. Cobalah tengok dijalanan atau disebelah rumah kita, barangkali mereka justru membutuhkan pertolongan dan Allah meminta kita untuk memperhatikan dan menolong mereka yang sedang kesusahan atau sedang dalam kesulitan.

Membantu orang lain membuat kita merasa nyaman dan membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi, bagus juga secara kesehatan psikis. Penelitian mutakhit di Michigan University menyebutkan bahwa orang-orang yang memberikan perhatian dan membantu orang lain akan hidup lebih lama.

- Membantu teman, kerabat, atau tetangga dengan duduk berbincang, bertegur sapa dan untuk menanyakan bagaimana kabarnya atau sedang sibuk apa sekarang.

- Bergabunglah untuk menjadi relawan sebuah organisasi sosial kemasyarakatan.

- Ambillah sampah yang berserakan yang ada di halaman rumah, di taman atau dipantai.

- Memberikan ruang parkir yang cukup bagi orang lain.

- Membantu orang tua menyeberangkan jalan

- Menghormati pejalan kaki ketika kita sedang mengendarai kendaraan bermotor.

Perbuatan baik yang sederhana seperti diatas menunjukkan kepribadian yang positif pada diri kita. Memaafkan, memberi hadiah, mengucapkan salam, melakukan kebaikan paling ringan dan tularkan pada orang lain, anak-anak kita juga orang-orang yang kita cinta. Lakukan terus menerus dan lihat perubahan yang terjadi pada diri kita dan sekitarnya akan ada sebuah keajaiban.

Langit Senantiasa Tersenyum


By: agussyafii

 

Pagi hari tadi seperti biasa sehabis sholat subuh, saya dan Hana, putri saya (4 th) suka sekali jalan-jalan. Saya dikejutkan dengan teriakan Hana, 'Ayah..lihat. Langitnya tersenyum' ucapan Hana menyentak kesadaran saya, sambil melihat langit nampak ada awan yang indah seolah ada gambar sebuah senyuman.

Saya teringat satu ayat QS. Ibrahim (14) : 19, 'Tidakkah kamu perhatikan, bahwa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi dengan hak (keindahan)? Ayat ini memberikan gambaran bahwa begitu agungnya ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bernama langit, langit memiliki keindahannya. Sekaligus dimaknai bahwa kehidupan manusia akan menjadi indah jika terbuka seperti langit. Membuka diri dengan melihat semua sebagai awan yang indah. Hal-hal yang menyenangkan seperti kebahagiaan, senyuman, pujian, kesehatan sebagai awan yang putih. Sementara hal-hal yang menyedihkan seperti kedukaan, tangisan, makian, kepedihan, sakit sebagai awan kelabu.

Semua awan putih dan awan kelabu datang dan pergi silih berganti. Itulah yang diajarkan langit kepada kita agar senantiasa tersenyum ketika hadir awan putih dan awan kelabu semuanya menjadi nampak indah. langit yang luas dan terbuka semua kejadian yang berada di alam dinaunginya. Orang baik dan orang jahat diperlakukan sama yaitu penuh cinta dan kasih sayang oleh langit biru. Mari kita simak pesan tentang langit biru.

'The Expression of blue sky is compassion, because blue sky means empaty of self. When there's unity. And Whithout the thought of Iam loving. Love becomes the natural Expression of that of oneness.'

Siapa saja yang sudah menjadi langit biru akan mengisi hidupnya dengan cinta dan kasih sayang. Langit biru simbol keikhlasan. Tatkala kita meniadakan diri dari aku, ego, keangkuhan, kesombongan maka muncullah sikap Cinta dan kasih sayang pada diri kita untuk sesama terjadi begitu saja, spontan, tanpa paksaan, tanpa upaya, tanpa usaha. Semuanya menyatu dalam cinta secara natural dan alamiah. Itulah yang terjadi kenapa langit senantiasa tersenyum.









Air Mata Seorang Pemuda


By: agussyafii : seorang teman FB yang saya kira merupakan saudara dari tanah seberang yang banyak melakukan amal di rumah anak-anak yatim. Semoga usaha beliau dirahmati Allah SWT. cerita-ceritanya saya paparkan di sini untuk renungan kita semua sebagai hambaNya. Gaya penulisan dan bahasanya tidak saya ubah kerana menghormati hasil penulisan saudara Agus.

Malam itu ada seorang pemuda datang ke Rumah Amalia, badannya terlihat bugar namun hatinya menyimpan berbagai kepiluan dihati. Dia bertutur bahwa dirinya dididik dilingkungan yang taat beragama. Ketika dia beranjak dewasa dia terjerumus dalam lingkungan yang kotor. Sampai dia terserah penyakit aneh dikedua kakinya. Bintik-bintik kecil yang banyak dan memalukan. Penyakit itu sudah berulang kali diobati namun juga tak sembuh.

Mulanya saya tidak begitu merisaukan apa yang menimpa diri saya, tapi terasa mengganggu juga. Jadilah saya pelanggan di rumah sakit umum di jakarta. minggu pertama operasi kaki kiri, minggu berikutnya operasi kaki kanan. bukannya malah sembuh, bintik-bintik itu malah bertambah banyak. tubuhku yang awalnya segar bugar dengan fitness, kini nampak loyo dan tidak bersemangat. lanjutnya.

Setiap kali mendengar orang mengaji, merinding bulu kuduk saya. Ya Allah, Hancur rasanya hati saya seolah beban begitu sangat berat menindih saya.

'Ya Allah, Ampunilah dosa2 hambaMu ini....Dari kecil dididik agama, ketika dewasa hancur karena minuman & maksiat. Ampunilah hambaMu yang kotor ini Ya..Allah.'

Saya benar-benar bertobat. Ibadah saya tingkatkan, kebiasaan bershodaqoh dan berbagi rizki untuk anak-anak Amalia terus saya lakukan. ketekunan saya beribadah dan kesibukan saya bekerja menyebabkan saya lupa penyakit yang memalukan itu. saya bahkan lupa untuk berobat dirumah sakit. ' Begitulah ucap pemuda itu.

Anehnya penyakit itu tidak lama kemudian lenyap tanpa bekas. kaki saya kembali pulih, seolah tidak kena penyakit. Inilah peringatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi saya agar segera bertaubat dan tidak meninggalkan ibadah sholat. Tubuh saya kembali lambat laun sehat kembali. menghilangkan semua noda dan dosa yang melekat pada diri saya. amin..Ya Allah,' tutur pemuda itu sambil mengusap air mata yang bercucuran. Itulah air mata seorang pemuda, air mata yang penuh kecintaan dan ketakwaannya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Subhanallah..
---

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS Ath-Thalaq 2-3
 
Di bawah, satu lagi petikan cerita dari FB untuk panduan kita semua sebagai hambaNya

Bukti Cinta Allah


By: agussyafii  

'Maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaqwa.' (QS. Ali-Imran: 76).

Setiap muslim yang bertaqwa kepada Allah akan selalu mendapatkan cintaNya. Tanda-tanda cinta dari Allah dapat dilihat dari keimanannya yang terus menerus bertambah dari waktu ke waktu. Ibadahnya semakin meningkat lebih baik, hubungan sosial semakin dicintai banyak orang. Sensitifitas terhadap penderitaan kepada orang lain terasa lebih peka dan peduli sebab dzikir kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala seolah tidak pernah lepas darinya.

Ada seorang perempuan sholehah yang bekerja sebagai pembantu rumah tangga. Dia senantiasa melaksanakan sholat tahajud. Suatu hari majikan mendengar doa-doa yang ia baca dalam sujudnya. Dalam doanya terucap,

'Ya Allah, aku memohon kepadaMu dengan cintaMu kepadaku agar Engkau memuliakanku dengan bertambah ketaqwaan dihatiku.'

Begitu selesai sholat, sang majikan bertanya padanya. 'Darimana kamu tahu bahwa Allah mencintaimu? mengapa engkau tidak katakan saja, 'Ya Allah, aku mohon kepadaMu dengan cintaku padaMu?' Sang pembantu perempuan itu menjawab, 'Bapak, kalo bukan karena karena cintaNya kepadaku, mana mungkin Dia membangunkanku untuk berdiri sholat menghadapNya? Kalo bukan karena cintaNya kepadaku, mana mungkin Dia menggerakkan bibirku bermunajat kepadaNya dikeheningan malam?'

Ya, kalo bukan karena cintaNya kepada kita, mana mungkin kita bisa melaksanakan sholat tahajud disetiap malam. Kalo bukan karena cintaNya Allah subhanahu Wa Ta'ala kepada kita, mana mungkin kita bisa saling mengajak dalam kebaikan.

06 April, 2010

Kelebihan Membaca Al Quran


Artikel ni aku dapat dari FB. Aku tahu, penulis ni memang berniat untuk berkongsi apa yang dia tahu.  Mungkin ini adalah ibadah dan dakwah dari beliau untuk umat manusia. Aku just C&P hasil tulisan beliau yang aku yakin adalah seorang saudara kita dari tanah seberang...

By: agussyafii


Malam yang sunyi dalam kesendirian membaca al-Quran dengan memahami makna sungguh merupakan kenikmatan tersendiri. Dengan membaca pelan sambil meresapi setiap kandungannya terasa keindahan sendiri, sebagai Allah berfirman, 'Maka bacalah al-Quran apa yang mudah bagimu untuk membacanya.' (QS 73:20). Rasulullah senantiasa mengajarkan kita agar kita mengetahui manfaat dan keutamaan membaca al-Quran diantaranya adalah.

1. Menentramkan hati, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi wa Salam, ' Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di suatu masjid daripada masjid-masjid Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya kecuali turun kepada mereka ketentraman hati, mereka diliputi dengan rahmat, malaikat menaungi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka dan Allah menyebut-nyebut makhluk yang ada disisiNya. (HR. Muslim).

2. Penyembuh. Menurut Ibnu Qayyim dalam kitab 'Zadul Ma'ad menyebutkan bahwa al-Quran adalah penyembuh yang sempurna dari seluruh penyakit jasmani maupun rohani, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Hai Manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman (QS. 10:57).

3. Kedua Orang Tua Mendapatkan Mahkota Surga, dari Muadz Bin Anas, Rasulullah bersabda, 'barangsiapa membaca al-Quran dan mengamalkan apa yang terdapat didalamnya. Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orang tuanya pada hari kiamat kelak. Dimana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari didunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa pahala itu disebabkan amalan seperti itu. (HR. Abu Dawud).

4. Kemuliaan Dari Allah. Orang yang membaca al-Quran senantiasa mendapatkan kemuliaan dari Allah bahkan orang yang masih terbata-bata dalam membaca al-Quranpun mendapatkan dua pahala, sebagaimana sabda Nabi Muhammad,

'Orang yang membaca al-Quran dan ia mahir dalam membacanya maka ia berkumpul bersama para malaikat, yang lebih mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang masih terbata-bata dan merasa berat membacanya maka ia mendapatkan dua pahala.' (HR. Muttafaqun 'Alaihi).

Sementara dihadist yang lain Nabi Muhammad juga bersabda, ' Bacalah dan bacalah sekali lagi bacalah dengan tartil seperti dilakukan didunia karena tempatmu terletak diakhir ayat yang engkau baca.' (HR. Tirmidzi).

5. Dibela di Akherat. Dari Abu Hurairah, bahwasanya Nabi bersabda, 'Bacalah al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat (pembela) bagi ahlinya yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya. (HR. Muslim).

Maknanya Miskin

Makna Miskin

By: agussyafii

Di sebuah sekolah, seorang puteri bintang film terkenal diminta ibu guru mengarang cerita tentang sebuah keluarga miskin. Begini cerita yang ditulisnya. 'Pada zaman dahulu kala, ada sebuah keluarga miskin. Maminya miskin, papinya miskin, anak-anaknya miskin. Pembantunya miskin, sopirnya miskin. Tukang kebunnya miskin, satpamnya miskin. Babby sitter-nya miskin. Semuanya miskin.'

Terbayangkah oleh kita apabila orang miskin punya pembantu, sopir, tukang kebun, penjaga malam, baby sitter. Tentunya dia bukan orang miskin tapi begitulah anak-anak dengan logikanya sendiri.

Kalau kita menilai orang miskin dari berapa banyak jumlah kekayaan, kesimpulan tadi tentunya benar namun bila kita menilai berdasarkan hati bukan dari jumlah kekayaan kesimpulan tadi tidak benar.

Makna kemiskinan adalah ketika kita tak pernah merasa cukup terhadap apapun yang kita punya, tidak perduli berapapun jumlahnya. Demikian juga dengan kekayaan hakekatnya adalah ketika kita sudah merasa cukup dan bersyukur terhadap apapun yang ada pada diri kita, tak peduli berapapun jumlah yang kita miliki. Rasa cukup dan kemampuan kita bersyukur itu kunci kita melepaskan diri dari kemiskinan hakiki.
---

'Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain. sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.' (Q.S. Al Qhashas [27] : 77)
 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/