Showing posts with label Kek/Cupcake/Muffin. Show all posts
Showing posts with label Kek/Cupcake/Muffin. Show all posts

17 April, 2012

Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah

Semalam jugak...after sampai rumah selepas bercuti sambut birthday hubby kat PD, aku capai periuk belanga...cheh...macam nak menggorenglah pulak...actually aku nak buat kek birthday kat hubby...kali ni aku try buat kek yang tengah famous sekarang ni...kek baldu merah...len kali nak try buat kek baldu biru macam lagu awie dengan ella la plak...hehehe...

Resepinya...cam biasa aku ikut resepi dari buku 44 resepi kek dan biskut chef Hanieliza...kan aku dah kata buku akak ni memang banyak membantu aku...cuma macam biasa...aku godek-godek ikut apa yang ada kat dapur aku...

Macam cuka...elok aku tuang 1 1/2 camca teh, dah habislah pulak...so aku tambah apple cider...dah tu kat dapur...lemon nak buat buttermilk atau buttermilk tak ada...aku gantikan lemon dengan limau nipis jek...aku letak 2 bijik...ha...amik kau...

Dalam dok tengah nak memutar tu...tetiba pemutar lak rosak...takpa...nasik bek bulan lepas hubby dah belikan aku mixer baru...;-).

Dan alhamdulillah...first attempt aku buat kek baldu merah ni menjadik...cuma aku ni peliklah sikit...apasai masak pakai cuka...tapi tak rasa masam pu...oh ya satu lagi dalam aku dok cari serbuk koko...tetiba koko aku dah lemaulah pulak...(tanda-tanda lama tak masak), so nasik bek jugak dlm peti ais ada chocolate emulco...so aku gantikanlah dengan benda alah tu dalam 1 sudu...

Untuk topping pulak...kebetulan lagi...aku memang tak suka sunquick...so aku gantikan dengan lemon emulco...hehehe...teruk sungguh aku ni...sorrylah pada empunya asal resepi red velvet cake ini...aku cuma menyesuaikan keadaan...

Tara...inilah hasilnya...tapi bab menghias kek...biasalah...fail! Aku memang bukan anak seni...tak ada thrill langsung...takpa asal boleh makan udahlah...dan yang pasti sedap!!!


02 April, 2012

Kek Cawan Coklat Blueberi Yogurt


Bahan-bahan ( 18 - 20 papercups medium size )

  • 300g tepung
  • 350g gula
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1½ sdk soda bikarbonat
  • ½ cawan butter
  • 2 sdk esen vanilla
  • 1 ½ cwn susu segar
  • * 2 biji telur
*** aku tambah 60 ml blueberry yogurt, 2 tbs susu pekat, blueberry filling



Cara-cara

  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila sudah masak, bolehlah dihiaskan dengan topping kesukaan. kebanyakan orang suka letak coklat ganache...tapi aku ni biasalah malasnya...aku just letak fresh cream je...


p/s. Ekcely resepi ni aku dapat dari myresepi.com dan aku tambah dengan bahan2 yang ada kat rumah aku ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/