Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

20 December, 2012

PENGORBANAN YANG TIDAK TERNILAI



Saya terbaca kisah ni di fb...saya C&P je...sebab dalam hati saya selama ini, kalau saya just C&P hasil kreativiti seseorang dalam penulisan, bukan niat saya nak cilok hasil penulisan orang tanpa sebab. Bagi saya kisah yang dapat kita jadikan panduan dan teladan, tidak salah kita berkongsi bersama. Pahalanya sudah tentu kepada mereka yang memulakannya dengan niat untuk memberi pengajaran. 

Okaylah tak mau tulis panjang2 luahan hati saya...korang baca sajalah kisah kat bawah ni tentang pengorbanan seorang ayah. Duhai anak-anak sekalian, janganlah kita lupa pengorbanan dan kasih sayang yang emak dan ayah telah berikan kepada kita. Walau siapa pun kita, walau apapun darjat dan pangkat kita, darjat, pangkat dan kedudukan emak dan ayah lagi tinggi dari kita. Walau adakalanya mereka mungkin pernah menyakiti kita fizikal dan mental, namun maafkanlah mereka...kerana tanpa mereka, kita tiada di sini...tiada apa-apa...SAYANGI DAN HARGAILAH IBU BAPA ANDA!!!!!

UPU (BPKP JPT)
Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. Mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

Pada semua, hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal..

Psst: LIKE dan SHARE lah kisah ini jika ianya mampu memberi tauladan dan peringatan kepada anda dan juga insan yang anda sayangi. -upu-
Demi anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. Mereka tinggal di gombak dan hantar anaknya di IPG melaka.

Nak di jadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk seremban dari gombak dan terus ikut bukit putus melalui kuala pilah untuk ke melaka melalui tampin. katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di kuala pilah.

Mendengar cerita pakcik ni, dlm hati aku berkata, "balik dari melaka ni aku akan ikut jalan blk ke seremban ikut jalan yg pacik ni lalui td" ... bila sudah abis selesai di IPG (instutut perguruan), blk ja terus ikut jln tersebut iaitu dr melaka ke seremban melalui tampin dan kuala pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dgn selekohnya yg tajam dan lory lagi......

Cuba kita bayangkan pakcik ni dgn anaknya melalui jalan ni dgn beg dan bekalan mereka....sebak hati bila mendengar cerita pakcik ni...di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada ari jumaat ini "pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke gombak"....

Sayu hati lihat wajah seorg ayah yg sanggup bersusah payah utk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri... semoga Allah memberi rezki yg melimpah ruah pada keluarga pakcik ni....

Pada semua, hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup... kasih mereka tidak pernah luntur utk kita yg bernama anak.

- Kisah dari, Kee Perantau Simpang Tiga.

Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. renung-renungkan dan selamat beramal..

Psst: LIKE dan SHARE lah kisah ini jika ianya mampu memberi tauladan dan peringatan kepada anda dan juga insan yang anda sayangi. -upu-

01 October, 2012

Teringat...

Semalam, 30 September hari Ahad aku dengan hubby planning pegi ke C4 utk beli barang dapur. Biasanya kalau dari rumah aku nak ke C4, aku dengan hubby suka masuk ikut DUKE. Lebih dekat dan efisien. Entahlah kenapa, tapi kami berdua suka sangat pegi C4 Wangsa Maju walaupun kat Kepong pun ada C4 juga.

Okay, tinggalkan cerita C4 tu. Actually aku nak cerita tentang seseorang. Entah kenapa masa on the way nak ke C4 tu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku pada salah seorang kawan baik arwah mak, yang juga merupakan jiran sebelah rumah mak di kampung. Nama penuhnya aku tak tahu, tapi kami semua lebih mengenali dia sebagai Njang Minah. Sebabnya suami dia kami panggil Njang Chek Lah. Actually dia pun bukanlah penduduk tetap dari kampung aku. Sebabnya dia adalah merupakan isteri kedua kepada Njang Chek Lah. Mereka berkahwin setelah isteri Njang Chek Lah meninggal dunia iaitu Njang Som.

Aku rasa, mereka berkahwin masa aku dalam sekolah menengah. Njang Minah ni baik. Dulu, setelah Njang SOm meninggal dunia, rumah Njang Chek Lah nampak usang dan kosong. Sebab Njang Chek Lah duduk sorang-sorang. Tapi sejak mereka berdua kahwin, ceria saja rumah jiran aku tu. Njang Minah pun baik dan peramah (orang Kedah kata - rabung).

Waktu arwah mak masih ada, kedua-dua orang ni saling berkunjung satu sama lain. Kalau aku balik dari sekolah, cari mak aku tak ada, kemungkinan ada kat rumah doranglah tu. Lompat parit tepi rumah aku, sampailah ke dapur rumah Njang Minah. Kami suka lepak kat pelantar dapur rumah dia. Rumah pun memanaag cantik dan bersih, pokok bunga pun banyak.

Tapi...semalam bukan itu sahaja yang aku kenangkan. Apa yang aku kenangkan adalah, semasa arwah mak hendak ke Mekah tahun 1999 tu, mak pernah berpesan pada Njang Minah (waktu tu Njang Chek Lah dah meninggal dunia), agar tolong tengok-tengokkan kami anak-anak mak. Mak pesan pada Njang Minah supaya jaga kami...(dari situ bolehkan diandaikan betapa mak mempercayai Njang Minah untuk menjaga kami berbanding orang lain)

Tapi...bila mak meninggal di Mekah pada 28 Mac 1999 (10 Zulhijjah), entah bagaikan satu cerita suram...hidup Njang Minah mula dilanda masalah dan musibah. Dia dipinggirkan oleh anak-anak tiri. (Kalau aku boleh katakan dia diusir dari rumah Njang Chek Lah)...Memang kami sekeluarga sedih atas pemergian dia. Waktu tu manalah ada kemudahan handphone macam sekarang...kampung katakan. Hubungan kami terputus. Ada juga aku dengar dia ada bertandang sekali menziarahi anak tirinya yang sakit...tapi kami tak berjumpa. Sebab rumah Njang Chek Lah disebelah rumah aku telah dirobohkan oleh anak-anak dia.

Sedih juga bila mengenangkan insan yang mak aku baik dan suka, hilang entah ke mana tanpa khabar berita. Insan yang mak aku percaya dan minta untuk menjaga kami sebagai seorang tua, tak kami tahu apa khabar hidupnya sekarang.

Aku masih terbayang ramah dan baiknya serta wajah Njang Minah. Doa aku, semoga dia gembira. Andai ajal telah menjemputnya, aku doakan dia ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikannya kepada keluarga kami. Kalau dia masih ada, aku pohon Allah SWT pertemukan kami sebelum ajal menjemput.

26 September, 2012

Ayah

Baru aku perasan, raya kali ni aku langsung tak ambil gambar bersama ayah! Kalau tidak tu banyak juga kami anak-anak perempuan ayah yang suka menempel dan bergambar dengan ayah sampai ayah naik rimas. Terutama kakak aku si Kak Ilah tu.

Korang kalau ada ahli keluarga yang nak meninggal, korang perasan tak apa-apa tanda sebelum dia pergi meninggalkan kita selama-lamanya? Macam aku, satu atau dua hari sebelum ayah meninggal, ada juga aku terfikir something bila bulu mata aku yang sebelah kiri luruh. Ada terdetik di hati aku, aku nak menangis ni...tapi aku buang jauh-jauh perasaan tu sebab aku tak mahu terikut-ikut dengan benda macam ni.

Lepas tu anak saudara aku pula, mengikut cerita kakak aku (mak dialah), dia mimpikan ayah aku memanggil dia malam sebelum ayah aku meninggal hari tu. Lepas itu emak saudara aku (adik ayah) pun mimpi juga terlihat satu jenazah yang lengkap berkapan beberapa hari sebelum tu.

Agaknya Allah SWT cuba memberi kita satu isyarat. tapi kita sebagai manusia, kita tidak tahu dan faham maksudnya.

Tapi semasa emak aku nak meninggal dulu, hari emak aku meninggal, loket kesayangan aku, yang arwah mak beli di Mekah, jatuh batunya secara tiba-tiba. Waktu tu aku memang sudah terdetik di hati, something is going with my beloved mother...aku juga mimpi arwah mak aku berjalan menaiki tangga ke arah satu kawasan yang putih bersih...wallahualam...semua itu adalah petunjuk dari Allah SWT

Apapun, terus-terang aku katakan di sini, sebenarnya sejak akhir-akhir hayat ayah, aku selalu berdoa kepada Allah SWT agar andai masanya telah tiba bagi ayah untuk kembali menemui Ilahi, permudahkanlah ayah melalui perjalanan itu. Bukanlah aku biadap, tapi aku kasihan melihat ayah menderita sakit yang agak lama. Namun aku faham, sakit itu adalah satu kifarah dari Allah SWT. Semoga roh ayah tenang dan ditempatkan di samping hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh...aku sayang ayah
Antara gambar ayah tahun ni...semua ini bakal menjadi kenangan kami semua anak-anak ISMAJA. Masa ni ayah masih boleh duduk dan berbual dengan kami. Tapi dua atau tiga bulan sebelum puasa, ayah memang semakin tidak sihat, dan keluar masuk wad. 

Oh ya, kepada semua doktor pakar di Metro Hospital Sg Petani, Hospital Pantai Sg Petani terutamanya doktor-doktor pakar di Wad ICU Kedah Medical Center(KPJ) serta kakitangan, terima kasih atas budi dan jasa anda merawat ayah semasa hayatnya. Anda semua sentiasa dalam doa kami sekeluarga.


Sedekah dan Doa Untuk Ahli Kubur


Sumber: Ahmadhumaizi.blogspot
: - Artikel ini dipetik dari kitab Manâzilul âkhirah karya Syeikh Abbas Al-Qumi. Semoga ianya menjadi panduan keinsafan untuk kita semua. Insya Allah.
Alam Barzakh adalah satu perjalanan Akhirat ketiga yang menakutkan. Tentang alam Barzakh banyak disebutkan di dalam Al-Qur’an dan hadis, tersurat dan tersirat. Di dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman:
وَمِنْ وَرائِهِمْ بَرْزَخٌ إلى يَوْمِ يُبْعَثُون
“Dan di belakang mereka ada Barzakh sampai hari kiamat.” (Al-Mukminun: 100).
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata: “Demi Allah, yang kutakutkan atasmu adalah alam Barzakh.” Sahabatnya bertanya: Apakah Barzakh itu? Beliau menjawab: “Alam kubur sejak kematian hingga hari kiamat.” (Al-Bihar 6: 267)
Panggilan Sedih Penghuni Kubur
Di dalam kitabnya Lubb al-Lubab Ar-Rawandi mengatakan:
Dalam suatu riwayat dikatakan bahwa orang-orang yang telah meninggal, mereka datang setiap Jumaat pada bulan Ramadhan. Mereka berdiri dan masing-masing mereka memanggil dengan suara sedih dan menangis:
“Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai kerabatku, sayangi aku dengan sesuatu semoga Allah menyangimu. Ingatlah kami, jangan lupakan kami dengan doa. Sayangi kami dan keterasingan kami. Kami telah diabadikan di penjara yang sempit, kesedihan dan penderitaan yang lama masanya. Maka sayangi kami, jangan bakhil kepada kami dengan doa dan sedekah untuk kami. Semoga Allah menyayangi kita sebelum kalian seperti kami.
Alangkah sedihnya kami! Kami sebenarnya mampu sebagaimana kalian mampu.
Wahai hamba-hamba Allah, dengarlah bicara kami, jangan lupakan kami, kerana kalian pasti akan mengetahui dan merasakan besok. Infakkan apa yang kalian miliki. Dahulu kami juga miliki, tetapi kami tidak menginfakkan di jalan ketaatan kepada Allah, kami menahannya di jalan kebenaran, sehingga kurnia itu menjadi malapetaka bagi kami dan bermanfaat bagi orang lain. Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, sepotong roti atau segelas minuman.”

Kemudian mereka memanggil: “Cepatlah kalian menangisi diri kalian, menangisi segala yang tidak bermanfaat bagi kalian sebagaimana kami menangisi diri kami dan segala yang tidak bermanfaat bagi kami. Bersungguh-sungguhlah kalian sebelum kalian seperti kami.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: 162, bab 39, hadis ke 697)
Pentingnya Sedekah dan Doa untuk Ahli Kubur
Dalam kitab Jami’ul Akhbar disebutkan, sebagian sahabat berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Berikan hadiah untuk keluargamu yang telah meninggal.” Kami bertanya: Ya Rasulallah, apa hadiah untuk orang-orang yang telah meninggal? Rasulullah saw menjawab: “Sedekah dan doa.” Selanjutnya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya setiap hari Jum’at arwah orang-orang yang beriman datang ke langit dunia vertikal dengan rumah mereka. Masing-masing mereka memanggil dengan suara yang sedih sambil menangis: Wahai keluargaku, wahai anak-anakku, wahai ayahku, wahai ibuku, wahai keluargaku, sayangi kami semoga Allah menyayangi kalian dengan apa yang telah dihadiahkan kepada kami. Celakalah kami, hisab (perhitungan) dibebankan pada kami, sementara yang memanfaatkan orang lain.
Mereka memanggil keluarganya: “Sayangi kami walaupun dengan satu dirham, atau sepotong roti atau sehelai pakaian. Semoga Allah memberi pakaian dari pakaian surga.”
Kemudian Nabi saw menangis, dan kami pun ikut menangis bersama Nabi saw, sehingga Nabi tidak mampu bercakap kerana banyaknya menangis. Kemudian beliau bersabda:
“Mereka adalah saudara-saudara kalian dalam agama. Mereka telah dihancurkan oleh tanah sesudah mereka memperoleh kebahagiaan dan kenikmatan di dunia. Mereka memanggil dengan kata-kata celaka dan penyelasan atas diri mereka. Mereka berkata: Celakalah kami, sekiranya apa yang kami miliki kami infakkan dalam ketaatan dan keredhaan Allah, nescaya kami tidak menyusahkan kalian. Kemudian mereka kembali dengan sedih dan menyesal. Kerana itu, segeralah kamu bersedekah untuk keluarga kalian yang telah meninggal.” (Jami’ul Akhbar: 169)
Dalam hadis yang lain disebutkan:
“Tidaklah kamu bersedekah untuk orang yang telah meninggal, kecuali malaikat  mengambilnya di puncak cahaya yang sinarnya memancar sampai ke tujuh langit, kemudian ia berdiri di tepi liang kuburnya seraya memanggil: Assalamu’alaikum wahai penghuni kubur, keluargamu memberikan hadiah ini untukmu, lalu penghuni kubur itu mengambilnya dan membawanya ke kuburnya, sehingga menjadi luaslah tempat pembaringannya.” Kemudian Imam (sa) berkata: “Ingatlah, barangsiapa yang menyayangi orang yang telah meninggal dengan sedekah, ia memiliki pahala di sisi Allah sama dengan pahala orang yang berperang di perang uhud; dan pada hari kiamat nanti ia akan mendapat naungan arasy Allah, hari tidak ada naungan kecuali naungan arasy. Dengan sedekah orang yang hidup, yang meninggal dapat diselamatkan.” (Jami’ul Akhbar: 169)
Dalam kitabnya Zadul Ma’ad Allamah Al-Majlisi berkata: Hendaknya yang hidup tidak melupakan orang-orang yang telah meninggal, kerana mereka sangat terbatas untuk memperoleh amal yang baik. Mereka mengharap dan mengintip kebaikan dari anak-anaknya, kerabat, dan saudara-saudaranya yang beriman. Khususnya doa-doa mereka dalam solat-soat malam mereka, sesudah solat-solat fardhu, dan doa-doa mereka di kuburan-kuburan suci. Hendaknya seorang anak mendoakan ayah dan ibunya lebih banyak daripada terhadap orang lain, dan beramal kebajikan untuk mereka.
Dalam suatu hadis dikatakan: “Sungguh ada seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya ketika mereka masih hidup, kemudian keduanya meninggal, tetapi ia tidak melaksanakan apa yang mereka tinggalkan dalam agamanya dan tidak memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang durhaka. Ada juga seorang hamba yang tercatat sebagai anak yang durhaka kepada kedua orang tuanya dan tidak berbakti kepada mereka ketika mereka masih hidup, tetapi setelah mereka meninggal ia melaksanakan apa yang mereka ditinggalkan dalam agamanya, dan memohonkan ampunan untuk mereka, maka Allah azza wa jalla mencatatnya sebagai anak yang berbakti.” (Al-Kafi 2: 163, hadis ke 21)
Di antara kebaikan yang terpenting bagi kedua orang tua dan seluruh kerabat yang telah meninggal adalah menunaikan perintah agama yang mereka tinggalkan saat hidupnya, melepaskan mereka dari hak-hak Allah dan mahluk-Nya, mengqadha’ apa yang mereka tinggalkan, haji dan seluruh ibadahnya, dengan cara membayar atau bersedekah.
Dalam riwayat yang shahih dikatakan bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) melakukan shalat untuk anak-anaknya setiap malam dua rakaat, dan untuk kedua orang tuanya setiap hari dua rakaat; pada rakaat yang pertama setelah Fatihah membaca surat Al-Qadar, dan rakaat kedua surat Al-Kautsat. (Al-Bihar 82: 63)
Umar bin Yazid berkata bahwa Imam Ja’far Ash-Shadiq (as) melakukan shalat untuk puteranya setiap malam dua rakaat, dan untuk orang tuanya setiap siang hari dua rakaat.” Kemudian aku bertanya kepadanya: Mengapa shalat untuk anak dilakukan di malam hari? Beliau menjawab: Karena permadani untuk anakku. (At-Tahdzib 1: 467, hadis ke 178)
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Sesungguhnya seorang mayat yang berada dalam himpitan kubur, kemudian Allah meluaskan kuburnya dan memberikan kurnia kepadanya. Lalu dikatakan kepadanya: Kamu diringankan dari himpitan kubur kerana solat Fulan saudaramu untukmu. Kemudian ditanyakan kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa): Bolehkah solat dua rakaat itu untuk dua orang? Beliau menjawab: Boleh.
Selanjutnya beliau berkata: “Sesungguhnya seorang mayyit, ia merasakan bahagia akibat kasih sayang yang dihadiahkan kepadanya dan permohonan ampunan untuknya, sebagaimana orang yang hidup bahagia dengan hadiah yang diberikan kepadanya. (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 554)
Rasulullah saw bersabda:
يدخل على الميت في قبره الصلاة والصوم والحجّ والصدقة والبر والدعاء ويكتب أجره للذي يفعله وللميت
“Masuklah pada mayyit di kuburnya shalat, puasa, haji, sedekah, kebajikan, dan doa; dan pahalanya dicatat untuk orang yang melakukan dan juga untuk mayyit. (A-Faqih 1: 117, hadis ke 557)
Rasulullah saw juga bersabda:
مَنْ عمل مِنَ المسلمين عن ميت عملا صالحاً اضعف له أجره ونفع الله به الميت
“Barangsiapa dari kalangan muslimin yang melakukan amal soleh untuk orang yang telah meninggal, Allah melipatgandakan pahala baginya dan dengannya memberi manfaat pada orang yang telah meninggal.” (Al-Faqih 1: 117, hadis ke 556)
Dalam suatu riwayat dikatakan: Jika seseorang bersedekah dengan diniatkan untuk orang yang telah meninggal, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril agar datang membawa seribu malaikat ke kuburnya, dan masing-masing malaikat membawa tempat makanan dan berkata: “Salam atasmu wahai kekasih Allah, ini hadiah dari Fulan bin Fulan untukmu.”
“Kemudian bercahayalah kuburnya, dan Allah memberikan kepadanya seribu kota di surga, mengawinkannya dengan seribu bidadari, memberinya seribu pakaian yang baru, dan menunaikan baginya seribu keinginan.” (Al-Bihar 82: 63, hadis ke 7)

Innalillah...Ayah Telah Tiada @ 9 September 2012

Assalamualaikum...Hmm...rasanya sudah agak lama aku tak menjengah di sini. Rasa tak ada mood saja...
By teh way, untuk makluman semua, ketiadaan mood aku sejak kebelakangan ni sebab aku masih bersedih di atas kembalinya ayah tercinta Ismail bin Nik Din @ Mydin ke rahmatullah pada 9 September 2012 bersamaan 22 Syawal 1433 H sekitar jam 10.30 pagi.

Apa perasaan aku semasa mendapat perkhabaran tentang ketiadaan ayah? Aku agak terkejut namun aku redha. Sebab bagi aku ayah telah agak lama menderita sakit. kalau tidak silap aku sejak tahun 2011 lagi ayah sudah beberapa kali keluar dan masuk hospital. Yang terbaru ayah masuk hospital adalah beberapa hari sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal lalu. Dengan penyakit kencing manis, jantung dan tekanan darah rendah serta buah pinggang, pada usia ayah yang menghampiri 84 tahun, kesemua penyakit tersebut sebenarnya makin melemahkan ayah. Tidak banyak yang dapat Doktor lakukan. Kerana kalau dibuat rawatan bagi penyakit kencing manis, akan ada pula effect kepada jantung, dan kalau dibuat rawatan untuk buah pinggang, tekanan darah ayah dan jantung juga akan menghadapi masalah...

Apapun, kami sekeluarga redha walaupun bersedih dengan pemergian ayah. Dan lagi, yang agak menyedihkan aku lagi...aku kini seolah-olah sebatang kara. Walau ada suami dan saudara mara yang lain yang sentiasa ada dan menyokong kami satu sama lain, tapi bila tiada ketua keluarga, orang yang paling berpengalaman dalam keluarga, orang tua yang harus kita ikut panduan dan nasihatnya...aku rasa sebahagian hidup aku agak kosong...tiada lagi tempat untuk kami anak-anak dan golongan muda ini untuk mendapatkan ansihat dan pandangan...

Ayah...banyak kenangan pahit manis kami bersamamu. Apatah lagi kami anak-anak gadismu. Yang pernah suatu masa dahulu cuba menunaikan segala impian dan harapanmu. Anak-anak gadismu yang telah betah hidup dalam pantauanmu. Banyak sungguh kenangan yang kau tinggalkan untuk kami, sebagaimana arwah emak Chek Jahara binti Yaacob.

Bagi aku sendiri, dalam usia yang bakal menjangkau 40 tahun tidak berapa lama lagi, hidup dan menjadi zuriatmu penuh warna warni. Banyak keringat, wang ringgit dan tenaga yang kau curahkan dalam membesarkan aku dan saudara-saudaraku. Sukar untuk kami membalasnya ayah biar dengan segunung emas dan intan sekalipun. Budi dan jasamu ayah, akan kami kenang sehingga terputusnya nafas ini. Hanya Allah SWT yang mampu membalaskannya...

Doaku hanya untukmu emak dan ayah. Dalam setiap deruan nafas dan kerdipan mata ini, kenangan bersama kalian tidak akan pernah padam walau seketika. Kalian insan yang paling kusanjung, jasa-jasamu ku bawa mati.

Terima kasih untuk kasih sayang, wang ringgit, pengorbanan dan jasamu selama 38 tahun 6 bulan lebih yang telah engkau sumbangkan dalam membesar dan mendidik aku sehingga hari ini. Aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan ayah di sana. Yang pasti, aku tidak akan pernah menoktahkan ingatanku pada kalian sampai bila-bila, sehingga nafas dan jasadku bercerai di ambil kembali olehNya.

Ya Allah Ya tuhanku, peliharalah kedua ibu dan bapaku sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu aku kecil dahulu. Tempatkanlah mereka disamping hamba-hambaMu yang beriman dan beramal soleh. Permudahkanlah mereka di alam sana dan rahmatilah mereka Ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin

02 August, 2012

Emak & Ayah

Tetiba hati aku sayu saja bila teringat arwah emak Hajjah Chek Jahara bt Yaacob dan ayah di kampung Hj Ismail b Hj Nik Din. Tak dapat aku ungkap dengan kata-kata...aku merindui mereka terutama emak...damailah emak disisiNya...kutitipkan al-fatihah buat kalian berdua...



05 July, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Tak lama lagi kita umat Islam dah nak menyambut bulan paling mulia dalam Islam. Ramadhan Al Mubarak...huhuhu...happynya nak sambut bulan ni puasa ni. Tak tahu kenapa, tapi aku cukup suka dengan bulan yang penuh dengan ujian dan rintangan ni. Mungkin kerana pada bulan ini kita rasa kita lebih hampir dengan Allah SWT. Bukanlah maksud aku bulan-bulan lain tu kita tak ingat Allah, tapi biasanya pada bulan Ramadhan ni kita akan lebih mendekatkan diri dengan Allah sebab pahala yang kita dapat lebih banyak, amalan yang kita buat lebih banyak daripada bulan-bulan biasa, dan satu lagi kalau bulan puasa ni, kita akan cuba pelihara hati, mata, telingat dan ibadah kita...jadi rasa macam Allah dekat sangat dengan hati kita...

Lagi satu yang mengingatkan aku dengan Ramadhan adalah ingatan aku pada arwah mak aku, Hajjah Chek Jahara binti Yaacob. Yalah, puasa menjadi saat yang indah bila mak aku masih ada. Aku masih ingat raya puasa terakhir aku bersama mak aku...pada hari raya tu, aku dengan kakak aku lepak-lepak dengan mak aku. lepas tu kakak aku minta mak aku cium kami sebab asyik kami saja yang cium mak aku, pipi, dahi, hidung, dagu dan tangan arwah mak...Yang bestnya mak aku cium kami. Lepas tu aku dan kakak minta mak halalkan makan minum dan susu yang dia berikan pada kami. Mak aku angguk...mulianya hati mak aku...aku masih ingat hangatnya pipi mak yang aku cium...aku masih ingat juadah yang mak masak hari tu...dan bila tiba Hari Raya Korban tahun tu, aku mendapat perkhabaran yang menyentak hati aku sampai kini...mak meninggal ketika menunaikan ibadah haji di Mina pada 10 Zulhijjah...sedih tapi aku tahu mak bahagia disisi Allah SWT yang mengambil pulang mak aku dengan indah sekali dan penuh keberkatan di hari Haji Akbar (hari Jumaat). Mak, aku rindukan mak...

01 June, 2012

TERIMA KASIH IBU



AJAIBNYA TANGAN IBU...

Ketika kita lapar...tangan
ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan
ibu yang memberi
minuman,
Ketika kita
menangis...tangan ibu
yang mengesat air mata,
Ketika kita
gembira...tangan ibu
yang menadah Syukur,
memeluk kita erat
dengan deraian air mata
bahagia,

Ketika kita dilanda
masalah..
.
tangan ibu
yang membelai..
Ketika kita
mandi...tangan ibu yang
meratakan air ke seluruh
badan,membersihkan
segala kekotoran,
Ketika kita
mengantuk...tangan ibu
yang dodoikan
dengan penuh kasih
sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua &
kelaparan...
tiada tangan dari anak
yang menyuap,
Dengan tangan yang
menggeletar,
ibu suap sendiri makanan
ke mulut dengan linangan
air mata,
Ketika ibu sakit...di mana
tangan anak yang
ibu harapkan dapat
merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu
terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak
dimandikan...
di mana tangan anak
yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah
ibu buat kali yang
terakhir.

Tangan ibu, tangan
ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan
kasih...
Boleh membawa ke
Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi
bertemu Illahi & takkan
kembali lagi..
Hargailah dan sayangilah
mereka selagi masih
berkesempatan...
   

(actually, aku sedih...aku tak ada gambar emak aku yang dapat aku tunjukkan di sini sebab aku tak sempat nak scan gambar arwah mak banyak2. Tapi insyaallah aku akan scan kemudian...lagi satu, aku tahu kami sekeluarga tak pernah mengabaikan arwah mak, kasih sayang kami senantiasa mengiringi mak. Semoga arwah mak tenang di sisi Allah SWT di sana kerana aku tahu, mak insan yang terpilih di sisiNya...Makkah 1999)
Shared by: Suazira

24 February, 2012

My All


p/s: Satu lagi lagi yang amat mengingatkan aku pada emak

I'm thinking of you
in my sleepless solitude tonight
if it's wrong to love you
then my heart won't let me be right
cause I'm drowned in you
and I won't pull trough
without you by my side

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song
I'd give my all for your love tonight

Baby can you feel me
imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
vividly emblazoned in my mind
and yet you're so far
like a distant star
I'm wishing on tonight

I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
cause I can't let go on
living in the memory of your song

I'd give my all for your love tonight
I'd give my all to have
just one more night with you
I'd risk my life to have
your body next to mine
Because I can't let go on
living in the memory of your song

I'd give my all for your love tonight
give my all for your love
tonight...

Diari Hati Mu



p/s: Ini juga merupakan sebuah lagu yang sering mengingatkan aku pada arwah emak yang aku sayangi

Biarkan aku
Menjalin asmara
Dengannya yang ku cinta
Jangan ku dihalang
Walau pedang bukan penghalang

Gelora rindu
Buat ku merasa tersiksa
Jauh darinya
Andai ku punya sayap
Kau di bulan akan ku jelang

Kasihku dengarlah
Suara hatiku
Kata hati ini
Hanya dirimu seorang
Yang ku sayang

( korus )

Kekasih tulis namaku
Di dalam diari hatimu
Kekasih setiap senyummu
Pengubat rindu di hatiku

Puisikan segala janji-janji kita
Bakar semua kepalsuan

Nian Di Hati



p/s: tak tahu kenapa, tapi lagu ni akan selalu mengingatkan aku pada arwwah mak Hajjah Chek Jahara binti Yaacob...

Suburnya nian sukar dimadah
Mekar jiwa dilamar mimpi
Kasih sepantun tulisnya sudah
Hanya rindu ikatan hati
Berlumpur intan seri masih bertandang
Bagai bulan dipagar bintang

Angin berderu ombak mengalun
Melambai daun sedang rimbun
Sarat di hati rindu ditanggung
Airmata ku tak terbendung
Dikau ku sanjung cinta suci terulung
Di jiwa ku semakin ranum

( korus 1 )

Terpadamlah gundah di hati
Setenangnya air di kali
Hilanglah resah terpancar naluri
Janji yang diikat teguh... berdiri

( korus 2 )

Lafazlah sejujur hatimu
Setulus halusnya budimu
Damaimu sesudah gerimis
Bawa daku bersama meniti pelangi

( korus 3 )

Ku yakin di sana menanti
Mahligai kencana abadi
Disaluti sutera asli
Selimut cinta aroma harum kasturi

( korus 4 )

Kasihmu beraja di hati
Kasihku bertahta di jiwa
Walaupun tiada di mata
Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang
Seribu sumpah kau tunaikan
Cinta berkurun kasih berzaman
Kerana sayang ku turutkan
Guruh di laman umpamanya gurindam
Mengusap di hati yang rawan

( ulang korus 1, 2, 3, 4 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/