Semalam, 30 September hari Ahad aku dengan hubby planning pegi ke C4 utk beli barang dapur. Biasanya kalau dari rumah aku nak ke C4, aku dengan hubby suka masuk ikut DUKE. Lebih dekat dan efisien. Entahlah kenapa, tapi kami berdua suka sangat pegi C4 Wangsa Maju walaupun kat Kepong pun ada C4 juga.
Okay, tinggalkan cerita C4 tu. Actually aku nak cerita tentang seseorang. Entah kenapa masa on the way nak ke C4 tu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran aku pada salah seorang kawan baik arwah mak, yang juga merupakan jiran sebelah rumah mak di kampung. Nama penuhnya aku tak tahu, tapi kami semua lebih mengenali dia sebagai Njang Minah. Sebabnya suami dia kami panggil Njang Chek Lah. Actually dia pun bukanlah penduduk tetap dari kampung aku. Sebabnya dia adalah merupakan isteri kedua kepada Njang Chek Lah. Mereka berkahwin setelah isteri Njang Chek Lah meninggal dunia iaitu Njang Som.
Aku rasa, mereka berkahwin masa aku dalam sekolah menengah. Njang Minah ni baik. Dulu, setelah Njang SOm meninggal dunia, rumah Njang Chek Lah nampak usang dan kosong. Sebab Njang Chek Lah duduk sorang-sorang. Tapi sejak mereka berdua kahwin, ceria saja rumah jiran aku tu. Njang Minah pun baik dan peramah (orang Kedah kata - rabung).
Waktu arwah mak masih ada, kedua-dua orang ni saling berkunjung satu sama lain. Kalau aku balik dari sekolah, cari mak aku tak ada, kemungkinan ada kat rumah doranglah tu. Lompat parit tepi rumah aku, sampailah ke dapur rumah Njang Minah. Kami suka lepak kat pelantar dapur rumah dia. Rumah pun memanaag cantik dan bersih, pokok bunga pun banyak.
Tapi...semalam bukan itu sahaja yang aku kenangkan. Apa yang aku kenangkan adalah, semasa arwah mak hendak ke Mekah tahun 1999 tu, mak pernah berpesan pada Njang Minah (waktu tu Njang Chek Lah dah meninggal dunia), agar tolong tengok-tengokkan kami anak-anak mak. Mak pesan pada Njang Minah supaya jaga kami...(dari situ bolehkan diandaikan betapa mak mempercayai Njang Minah untuk menjaga kami berbanding orang lain)
Tapi...bila mak meninggal di Mekah pada 28 Mac 1999 (10 Zulhijjah), entah bagaikan satu cerita suram...hidup Njang Minah mula dilanda masalah dan musibah. Dia dipinggirkan oleh anak-anak tiri. (Kalau aku boleh katakan dia diusir dari rumah Njang Chek Lah)...Memang kami sekeluarga sedih atas pemergian dia. Waktu tu manalah ada kemudahan handphone macam sekarang...kampung katakan. Hubungan kami terputus. Ada juga aku dengar dia ada bertandang sekali menziarahi anak tirinya yang sakit...tapi kami tak berjumpa. Sebab rumah Njang Chek Lah disebelah rumah aku telah dirobohkan oleh anak-anak dia.
Sedih juga bila mengenangkan insan yang mak aku baik dan suka, hilang entah ke mana tanpa khabar berita. Insan yang mak aku percaya dan minta untuk menjaga kami sebagai seorang tua, tak kami tahu apa khabar hidupnya sekarang.
Aku masih terbayang ramah dan baiknya serta wajah Njang Minah. Doa aku, semoga dia gembira. Andai ajal telah menjemputnya, aku doakan dia ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikannya kepada keluarga kami. Kalau dia masih ada, aku pohon Allah SWT pertemukan kami sebelum ajal menjemput.
No comments:
Post a Comment