Alhamdulillah, hari ni dah 14 Zulhijjah, maknanya dah 4 hari umat Islam menyambut aidiladha dan maknanya umat Islam yang sedang menunaikan haji di Mekah juga telah selesai dengan ibadah melontar di Jamrah sejak semalam. Aku rasa kebanyakan para jemaah juga telah bertolak balik semula ke Mekah dan melaksanakan umrah ifadlah dan amalan-amalan sunat yang lain (betulkan aku kalau aku salah).
So, macamana dengan ibadah korban korang tahun ni? Aku tahun ni tak buat ibadah korban. mungkin tahun depan kot, sebab dah plan dengan family di kampung.
Tapi, walaupun aku tak buat ibadah korban, alhamdulillah kenyang juga aku makan daging korban. Rezeki dari Allah SWT sebab kakak ipar aku buat 2 bahagian korban. So banyak juga yang dia suruh aku ambil. Lepas tu sebaik balik rumah hari raya kedua tu, anak jiran pula datang hantar daging korban. banyak juga. aku rasa dekat 2 kilo. So sekarang peti ais kat rumah aku tu penuh dengan daging korban. Itu pun ada sebahagian yang aku dah masak kari hari tu...wallah sedap...cicah pulak dengan ketupat palas...fuhh meleleh air liur wa cakap lu beb!
Dekat opis aku ni pun ada juga buat ibadah korban, aku dengar 3 ekor kot. Meriah juga dorang buat, sebab ada masak-masak dan makan sekali. Dekat kampung aku pun ramai juga yang buat. Tapi setakat ni yang aku dengar, kat taman perumahan member aku, 20 ekor lembu dorang buat korban. Banyak giler.
No comments:
Post a Comment