Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

10 July, 2014

Islamic Relief Malaysia (IRM) - Jom semua!

C&P dari IRM

Assalamualaikum..
We still need another 1005 food packs.
Lets contribute a food pack today .
Lets support our brothers and sisters in Gaza by help them on sponsoring food pack for Sahur and break fast.
Think Humanity, Think ISLAMIC RELIEF!
***
Kami memerlukan lagi 1005 pek makanan.
Marilah bersama-sama kami menyumbang pek makanan hari ini.
Mari bersama-sama membantu mereka di Gaza sekarang dengan menaja pek makanan untuk mereka sahur dan berbuka.
Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!

Pray For Palestine

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaz
a dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah tembakan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah! 

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. 

>>>sila SHARE, agar lebih ramai turut sama mendoakan...


Kredit to Amer Jamain

20 January, 2014

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah...semalam baru sampai dari kampung dengan selamatnya. Cuma sedih sebab kena tinggalkan si kenit 4 orang tu...bila kereta start masuk ke lebuhraya...terus aku terasa rindu pada abang Ammar, P. Ngah Arief, Syamil dan Aqil...rindu oi...

Aku balik kampung pada 15/1/2014 selepas waktu pejabat. Hmm jalan jammed juga...tapi tak apa...demi keluarga tercinta aku harungi jua segala kepayahan...sebab aku tahu, bila aku sampai di kampung dan tengok wajah-wajah orang yang aku sangat sayangi dan rindui...segala keletihan tu akan hilang...

Alhamdulillah aku mempunyai sebuah keluarga yang penyeyang. Alhamdulillah dan terima kasih pada arwah emak dan ayah yang membentuk kami dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi...sehingga kasih sayang itu dengan sendirinya terus mengalir di setiap urat nadi kami untuk kami terus menyayangi setiap darah daging kami....

Amat puas hati balik kampung kali ini. Betul-betul menghabiskan masa dengan anak dan cucu saudara serta kakak-kakak tercinta. Malahan suami aku turut merasai tempias kasih sayang yang kukuh antara kami. Dia juga sangat gembira dapat balik ke kampung aku. Malahan, kali ni dia yang sarankan kami balik ke kampung aku...(aku tahu dia pun rindu dengan sikonet 4 orang tu...saja tak mau habaq...hahaha). Yalah anak saudara aku yang 8 orang tu dengan cucu saudara aku yang sorang tu memang rapat dengan kami...

Apapun...sebenarnya banyak kenangan indah bila bersama mereka yang aku sayang...

09 January, 2014

Demam Campak? Oh no...aku demam denggi!!!!

Assalamualaikum...Baca tajuk entri aku kali ni tak? Hadoiii...termasuk hari ni aku rasa dah hampir 12 hari aku demam. Aku start demam on 27/12/2013 jam lebih kurang pukul 3.00 petang...(cheeewah ingat pula timenyakan?). Of courselah aku ingat sebab waktu tu aku baru lepas makan dengan 2 orang member kat opis aku ni. Late lunch sebab nak temankan sorang kawan lelaki yg tertinggal dompet kat rumah...so lepas balik sembahyang Jumaat, beliau kelaparan gila...

Lepas makan tu, kami sambung lagi berbual kat bilik member aku. Waktu tu aku rasa dah seram sejuk ja badan. Dalam hati aku ingat mungkin salah makan sebab tadi tu aku makan nasi goreng kampung, dan akak kedai tu masukkan kangkung yang separuh masak...

Petang lepas office hour, masa nak balik...aku rasa memang dah lain macam betul...sakit kepala dan memang badan menggigil sangat...tapi aku gagahkan drive juga balik rumah. Sampai di rumah husband aku suruh aku terus mandi sebab takut nanti lagi aku kesejukan. So aku mandi dalam pukul 6.30 petang tu...mandi pun aku ikut petua orang tua-tua...mulakan dari bawah...tapi aku rasa aku mandi macam robot...sebab badan aku sakit sangat dan aku menggigil sebab sejukkkk sangat...

Lepas mandi...terus aku baring....nak makan pun tak lalu. Masa tu aku pakai baju, pakai sweater, lepas tu selimut lagi dengan 2 helai selimut yang tebal...tapi aku masih menggigil...kepala aku pula memang rasa nak pecah saja...sakit gila. Aku ingat aku kena migrain...Perut pula memulas-mulas...oh ya...sejak lepas makan petang tu...aku rasa dah 3 - 4 kali aku ke toilet sebab cirit birit...

Malam tu aku tak boleh tidur...badan aku rasa gatal habis satu badan...dalam telinga, belakang badan, mata...malahan my feminin pun gatal habis...lepas tu joint dengan muscles pun sakit sangat...(oh ya...joint and muscles tu dah beberapa hari aku rasa sakit...aku ingatkan sebab aku banyak sangat mengadap komputer...hmmm)

Esoknya aku langsung tak ada daya...badan merah-merah...sebab tu aku ingat aku kena demam campak...hadoiii

Hari minggu aku berlalu dalam kesejukan yang amat sangat, dengan sakit kepala, loya-loya, cirit-birit, sakit semua urat saraf dan gatal-gatal seluruh badan...(tapi still tak pergi klinik...cheh!)

Esoknya pula, lepas husband balik kerja baru aku gagahkan diri bangun pergi klinik. Memang aku rasa aku kat awangan ja waktu berjalan. Simptom-simptom macam yang aku alami sebelum ni semua belum hilang atau menunjukkan tanda nak reda. Bila sampai klinik, doktor check aku lama juga...tapi tak ada pula dia cadangkan nak buat ujian darah...cuma dia tanya aku nak suntikan atau nak ubat makan biasa. Aku kata nak suntikan...

So...esoknya lepas dapat suntikan...aku rasa badan kuat sikit...tapi aku still ingat aku kena demam campak(hadoiii). Petang tu aku ajak husband pergi cari air kelapa. 5 biji aku beli. Tapi badan tak adalah sejuk sangat macam sebelum ni. Tapi demam still tak kebah and aku masih gatal satu badan, cirit birit dan sakit kepala. Husband pula kelam kabut minta member carikan daun semambu...

Keadaan yang sama berlarutan sampai 2/1/2014...Hari tu aku gagahkan diri pergi opis...tapi semua arahan bos aku macam tak ada apa-apa...aku still kat awangan...petang tu balik aku teguk lagi air kelapa...oh ya aku juga minum 100 Plus 3 botol yang 500ml tu...

Esoknya terus aku tak pergi opis...aku MC lagi sampai 7/1/2014. 8/12014 aku datang opis, ada member aku kebetulan pergi melawat kawan dia kena demam denggi kat HUKM. Bila balik dia cerita simptom-simptom yang berlaku kat kawan dia...aku pula baru tergerak hati nak menjengah cik google...ALAMAK!!! Semua simptom yang aku jumpa ada kat aku...

Petang tu jugak aku ajak husband ke Hospital Selayang. Rupanya memang masalah demam denggi ni banyak berlaku sampai ada satu unit di Hospital Selayang yang dikhaskan untuk demam sahaja iaitu Fever Centre. Berkampunglah aku kat situ dok menunggu ujian darah. Finally dalam pukul 8.40 malam result keluar...doktor kata memang aku demam denggi...tapi alhamdulillah...bacaan bp darah aku menunjukkan recovery...doktor ada tanya aku sepanjang aku demam aku ada buat apa. Aku ceritalah macam kat atas...
Mungkin aku ada pergi klinik dan dapatkan suntikan, ditambah dengan minum banyak air...so platelet darah aku menunjukkan pemulihan yang bagus...so doktor cuma bagi aku ubat demam dan kata aku tak perlu di tahan di wad...

BODOHKAN aku sebab biar demam yang boleh meragut nyawa tanpa tindakan yang sewajarnya...Apapun alhamdulillah sebab kesihatan aku makin pulih. Tapi nasihat aku...pada semua yang alami simptom-simptom yang aku alami, cepat-cepatlah pergi hospital buat ujian darah ya...Satu pengajaran buat aku...

Simptom Demam Denggi:-
1. Demam secara tiba-tiba (sama ada badan panas atau menggigil secara drastik)
2. Sakit kepala seperti migrain
3. Sakit otot badan dan juga sendi-sendi contohnya sendi di siku, tengkuk dan belakang
4. Loya atau muntah
5. Naik ruam yang gatal dan kulit seolah-olah lebam
6. Cirit birit
7. Sakit perut seolah-olah dipulas
8. Tiada selera makan

So kalau ada simptom macam kat atas...cuba minum banyak air kosong/mineral, minum 100 Plus, minum air kelapa...tapi yang penting mesti pergi berjumpa doktor yang bertauliah!
dengue mosquito photo: Mosquito da dengue 719c3f61.jpg

21 October, 2013

Agungnya Allah SWT

Lafaz ALLAH (dalam bahasa Arab) adalah kata yang Unik.

Jika Alif dihapus, maka terbaca Lillahi yang bererti milik Allah.

Jika satu Lam dihapus maka terbaca Illah, bererti Tuhan.

Jika Alif dan Lam dihapus, maka terbaca Lahuu, bererti milik-Nya.

Bila Alif, kedua Lam dihapus maka menjadi Hu, bererti Dia (Allah).


Hanya Pada-Mu Ya Allah Aku Bergantung

02 October, 2013

2 Oktober 2013 - I'm Tired!

Finally, after a few months i'm not updating anything here...now i'm back. But just for a while. I'm really tired, really exhausted...not with myself, not with my husband, not with my family, not with my job...but i'm tired of my colleague...i'm tired with her attitude. Everything was so wrong about her

11 July, 2013

Catitan Awal Ramadhan 1434 H


Assalamualaikum...macamana hari pertama ramadhan korang tahun ni? Apa suasana opis korang? Kat opis aku ni kami dapat pelepasan untuk balik awal...tapi kena masuk kerja awallah...7.30 - 4.30. Yang syoknya beberapa minggu dan sehari sebelum 1 ramadhan hari tu, kami semua masih tertanya-tanya status waktu bekerja kat opis aku ni...sekali petang hari selasa aritu, dapat email dari pihak pengurusan...ada Arahan Amalan Hakim Besar Malaya bil.1/2013 yang memaklumkan bahawa waktu bekerja bagi kakitangan mahkamah di seluruh Semenanjung Malaysia adalah dari pukul 7.30 pagi sampai 4.30 petang. Alhamdulillah...aku rasa sepanjang hampir 18 tahun aku berkhidmat, ini first time Hakim Besar Malaya umumkan benda ni...dalam arahan amalan tu, dimaklumkan bahawa HBM bersetuju waktu persidangan mahkamah diawalkan bagi memberi peluang kepada kakitangan untuk menunaikan ibadah puasa dengan lebih tenang dan diberkati...





1 Ramadhan 1434 Hijrah

Alhamdulillah...sekali lagi aku berpeluang menyambut bulan yang mulia ini, sekali lagi diberi peluang olehNya untuk menikmati bulan seribu rahmat ini.

Harapan aku, Ramadhan ini akan berjaya aku lalui dengan ketabahan dan kesabaran dan aku kuat untuk melawan hawa nafsu aku yang kenkadang terbabas juga...dan yang paling penting, dapat mendekatkan lagi aku dengan kekasihku yang tercinta...Allah Azzawajalla!

Pada semua umat Islam di seluruh ceruk rantau alam ini, semoga kalian semua juga semakin dekat denganNya...pada yang berbalah diluar sana kerana fahaman politik dll...insaflah...syukur Allah memberi kita nikmat sekali lagi dan sehari lagi untuk terus bernafas di bawah naungan kasih sayangNya...

 

Jangan lupa niat puasa...

 harap-harap dapat khatam Quran Ramadhan kali ni...



13 May, 2013

MALASSS!

Lama juga ya aku tak jengah sini...alasan standard...sibuk...(padahal malas...). Although banyak perkara yang bermain difikiran, tapi macam berat ja nak luahkan kat sini.

Anyhow...cuaca sekarang panaskan? Cuti hari minggu lepas, berpeluh-peluh aku kat rumah...maklumlah rumah aku tak ada penghawa dingin (air condition). Panas dan kering. Apa kata pun kat belakang aku dah naik ruam-ruam kecil sebab panas...Tapi kalau tengok suhu 29C...

Macam mana suasan kat tempat korang lepas pilihanraya? (Salah satu sebab aku malas nak menulis...)

Okaylah...malas aku ni dah sampai tahap gaban nak beranak dah ni...aku stop dulu...

06 March, 2013

Fakta Ringkas mengenai Zat Besi dan Period anda


Artikel ni saya dapat dari post di fb. Satu info yang perlu diketahui oleh semua wanita. Sekadar satu pengalaman, dulu, masa saya masih bersekolah dan di awal usia 20an, saya memang menghadapi masalah period. Saya mengalami semua masalah di kolum p'yang perlu diperiksa' kecuali saya tdk pernah pengsan sahaja. Memang menyeksakan sampai mak dengan ayah pun risau. Saya ada buat pemeriksaan doktor, menurut doktor, hormon dalam badan saya tidak tetap...syukur alhamdulillah...sebab bukan disebabkan oleh cyst, fabroid atau sebagainya....tapi itu dululah...

Sekarang bila usia saya menginjak 30an...saya tiada lagi masalah tersebut. Tapi setiap bulan saya still fobia bila time period. Saya akan sediakan pad/tuala wanita dengan banyak...sebab takut tak cukup...Period pain pun cuma kadang-kadang datang menyerang...

So pada yang alami masalah ni setiap bulan, nasihat saya yang paling utama amalkan gaya hidup sihat. Saya walaupun berbadan besar, namun saya cuba amalkan gaya pemakanan dan hidup sihat. Saya cuba amalkan banyak meminum air putih suam dan juga cuba menjaga kebersihan. Saya cuba tukar pad setiap 3 jam sekali sebab pad yg kita pakai lama, mudah mengundang kuman dan virus...benda kotorkan?

> Anda kehilangan 15-20 mg zat besi semasa period bulanan anda.
> Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak zat besi setiap hari
> Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, epal, pisang, terung dan sayur-sayuran berdaun
> Semasa anda period, anda mungkin memerlukan diet tambahan yang kaya dengan zat besi serta tablet zat besi. Ini mungkin berlaku terutamanya apabila anda tidak memakan daging merah.
Fakta Ringkas mengenai Zat Besi dan Period anda

Anda kehilangan 15-20 mg zat besi semasa period bulanan anda.
Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak zat besi setiap hari
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, epal, pisang, terung dan sayur-sayuran berdaun
Semasa anda period, anda mungkin memerlukan diet tambahan yang kaya dengan zat besi serta tablet zat besi. Ini mungkin berlaku terutamanya apabila anda tidak memakan daging merah.
Fakta Ringkas mengenai Zat Besi dan Period anda

Anda kehilangan 15-20 mg zat besi semasa period bulanan anda.
Wanita hamil dan ibu yang menyusukan anak memerlukan lebih banyak zat besi setiap hari
Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah daging merah, epal, pisang, terung dan sayur-sayuran berdaun
Semasa anda period, anda mungkin memerlukan diet tambahan yang kaya dengan zat besi serta tablet zat besi. Ini mungkin berlaku terutamanya apabila anda tidak memakan daging merah.





Article by: - Senang Hamil (Page) 

Buat Perajuritku


Aku jumpa satu puisi yang membakar semangat ini dari post seorang sahabat di fb...negara kita, maruah kita...perjuangkan!

Doa Buat Saudaraku Di Sabah

Assalamualaikum...apa khabar semua...apa khabar saudara seagama denganku? Hmm...sebenarnya aku tak suka membincangkan perkara ini...amat menyedihkan dan melemaskan...jadi cukup sekadar dari kejauhan ini aku titipkan doa kesejahteraan buat kalian semua.

Buat pejuang-pejuang dan perajurit serta anggota keselamatan negara yang aku hormati (ATM, PDRM dan semuanya yang terlibat)...hanya Allah SWT membalas jasa kalian. Jangan kalian ingat kalian sendirian kerana aku, malahan jutaan lagi penduduk Malaysia dan seagama denganmu yang berdiri menyokong dan mendoakan kamu dari kejauhan...

    

25 February, 2013

22 Februari 2013

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana dengan izin dan kasih sayangNya dapat aku lalui satu lagi sambutan hari lahir buat kesekian kalinya. Syukur sangat-sangat sebab diberi kesempatan lagi untuk cuba memperbaiki diri...insyaallah...kasihMu kujunjung Ya Allah.
39 tahun...satu angka yang sepatutnya makin menunjukkan kematangan diri zahir dan batin...insyaallah aku akan cuba menjadi hambaNya yang dirahmati, anak yang mengenang budi, isteri yang pengasih dan taat, adik yang membahagiakan, teman yang didambakan, saudara seislam yang membantu...

Buat saudara dan teman-teman yang sudi mendoakan kesejahteraan aku di dunia dan akhirat, terima kasih banyak. Jasa dan budi kalian semua...aku doakan kesejahteraan dan rahmat buat kalian semua...Terima kasih

19 February, 2013

Hari Minggu Yang Perit

Innalillah...cuti dua hari, badan pulak tak sihat. Batuk teruk, macam nak putus urat perut. Tekak pun rasa perit dan ada kesan darah dalam air liur...tekak luka sebab batuk. Nak makan pun tak lalu...kepala pula pening...rasa macam nak tumbang.

Semalam lagilah...susah nak tidur, dengan perang mercun, dengan batuk...tengah-tengah malam aku bangun minum madu...badan pula rasa seram sejuk demam...makan ubat pun tak jadi apa-apa. Tapi lepas aku teguk madu tu dalam 1 sudu, alhamdulillah lepas tu aku boleh tidur dengan tenang sampai ke pagi...

Hari ni kat opis tak tau macam mana...dahlah ada kes pula...tapi baru saja jap tadi ni member aku bagitau suruh minum madu yang dicampur dengan kicap dan juga limau nipis...kena balik try ni...

Lepas tu aku ada juga terbaca satu lagi petua...juga melibatkan madu...kali ni campur madu dengan halia dan juga air suam. Tumbuk halia sampai hancur, campur dalam madu dan air suam.

Hmm...apapun, hasil bacaan aku, semua petua untuk menghilangkan batuk yang aku baca melibatkan penggunaan madu...ada yang kata campur dengan bawang putih bakar pun ada, sapu kapur makan kat tekaklah...macam-macam...


14 February, 2013

Lirik Lagu Yang Aku suka


Hehehe...tetiba terngiang-ngiang kat telinga aku lagu ni...lagu peberet ni...korang ada lagu peberet dak? Tapikan, jarang sangat dengaq lagu ni kat radio. Nak beli kaset? Dak la kot...sebab bukan semua lagu marcell ni aku minat...

Tapikan, aku bila dengaq lagu ni mesti ingat kat arwah mak dengan ayah aku...Al-Fatihah untuk keduanya yang aku sayang...

Semuanya telah terjadi
Cintaku telah pergi
Dan kini kusendiri
Tanpa dirimu lagi
 tak mudah menepis
 cerita indah

Semusim tlah kulalui
telah kulewati tanpa dirimu
tetapi bayang wajahmu
masih tersimpan di hati

Tak pernah kubayangkan
Kau putuskan cintaku
Kucoba tuk lupakan
Semua tentang dirimu
 tak mudah bagiku
 melupakanmu
Lepas tu  lagu Soledad...tak kisahlah versi mana pun...memang best. Tapi kat bawah ni versi B.Inggeris yang kumpulan westlife nyanyi...best sangat. Oh ya...soledad ni Bahasa spanish...maksud dia bersendirian macam tu...kalau tak silap aku la...Lagu ni pun kalau aku dengaq tengah malam...(sebab phone aku pakai nada dering ni...ahaks)...mesti aku ingat kat arwah mak aku...miss her so much...

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There’s an image of your face
And once again I come to realise
You’re a loss I can’t replace
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad
Walking down the streets of Nothingville
Where our love was young and free
Can’t believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can’t still the voice inside of me
That is calling out your name
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory lives on
Why did you leave me
Soledad
Time will never change the things you told me
After all we’re meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see
Soledad
It’s a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/