Showing posts with label Pengat. Show all posts
Showing posts with label Pengat. Show all posts

02 April, 2012

Bubur Cha-cha Berjagung

Hari Ahad 1/4/2012 lepas tertunailah hajat nak makan bubur cha-cha. Actually aku dah beli lama dah tepung cha-cha tu. Cuma menunggu masa yang sesuai untuk masak...maklumlah...akukan busy...hehehe...alasan paling common...

Pagi tu aku pepagi lagi dah maklumkan pada hubby nak buat bubur cha-cha ni. Kebetulan pagi tu aku nak pegi Giant Taman Permata, bolehlah aku beli santan dengan daun pandan. Hairan kenapa aku tak masak benda yang lain lagi? Sebenarnya aku ni isteri yang agak bertuah. Suami aku biasanya tak bagi aku masak. Bukan sebab aku tak pandai masak ye!!! Sebenarnya kami cuma berdua...nak masak pun tak padan katanya, nanti tak habis, membazir. Suami aku biasanya akan suruh aku masak bila dia nak makan masakan tertentu yang kalau ada di kedai makan, tapi tak sedap...hehehe masuk bakullah pulak. Actually memang betul.  Macam dia nak makan asam pedas ke, laksa kuah putih ke, laksam ke, nasi minyak dll tu baru dia suruh aku masak. Kekadang rindu juga nak masak dan makan hasil masakan sendiri, tapi husband tak bagi...aku turut sajalah...

So berbalik kepada bubur cha-cha tadi. Aku dah beli tepung ni aku rasa dah lama, masa balik Kedah dulu. Bulan 2 aku rasa. Aku beli tepung bubur cha-cha kat Pekan Rabu, Alor Setar. Beli sebungkus saja. Cukuplah untuk kami berdua. Alhamdulillah, lepas balik dari Giant, aku etrus rebus tepung tu. Kebetulan ada juga jagung tin yang aku beli bulan lepas yang belum digunakan. So aku pun campur sekalilah. Dalam hati risau juga takut husband tak suka, sebab dia tu susah sikit tentang makanan pelik-pelik (? pelik ke?). Tapi alhamdulillah dia ulang sampai ke malam...

Tadaa...inilah hasilnya....

26 April, 2010

Kuah Durian

Sebenarnya dah lama teringin nak makan buah durian. Cuma masalahnya, hubbyku tak makan durian, bau pun dah tak tahan...wawawa...Tapi hari tu, aku berkeras nak makan juga, so, bila pegi pasar malam, aku pun belilah buah durian. Aku beli yang paket saja. Itupun hubbyku dah bising-bising kata busuk...
Apapun, terlaksanalah sudah misiku nak makan roti cicah kuah durian...
Bahan :
Isi durian - ikut suka, saya letak dalam 9 ulas
100 gm gula - kalau nak letak gula merah/melaka pun boleh, tapi kurangkan jumlah gula pasir
400 ml santan - 250 ml santan pekat, 200 ml santan cair
sagu 50 gm - direndam lebih kurang 10 min
Daun pandan
Sedikit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan kecuali kecuali santan pekat dan sagu ke dalam periuk.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Bila kuah telah mendidih, masukkan santan pekat dan sagu.
4. Masak di atas api perlahan sehingga masak.
5. Sedap dimakan dengan roti, rati jala ataupun pulut...



15 April, 2010

Bubur Jagung

Bahan

500 gm isi jagung [nak pakai frozen pun boleh]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 cawan air
1/2 cawan gula merah
2 s/b gula [sekiranya kurang manis]
2 inci gula melaka
2 s/b sagu mata ikan [basuh dan toskan]
garam
daun pandan

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh dan sagu nampak jernih.
3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendideh sekali lagi.
4. Hidangkan.

31 March, 2010

Pengat Nangka 3 Rasa

Pengat ni aku buat weekend lepas. Actually, husband aku memang hantu pengat especially pengat nangka, pisang and ubi...

Bahan-bahannya

250 gm isi nangka, diracik kasar
1 batang keledek kuning, dibuang kulit dan dipotong dadu selebar 1 inci
1 batang keledek merah, juga dipotong selebar 1 inci dadu
1 biji gula melaka
1 cawan biji sagu, direndam
300 ml santan [100 ml santan pekat, 200 ml santan cair]
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa

Cara-caranya

1. Didalam periuk rebus keledek bersama air secukupnya sehingga empuk.
2. Masukkan, gula melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.

3. Bila gula melaka telah larut, masukkan sagu dan juga santan cair dan kacau sehingga ia mendidih, tapi pastikan tidak pecah minyak.

4. Perlahankan api dan masukkan santan pekat. Kacau rata dan padamkan api. Rasa cukup tak gulanya. Sedia untuk dihidang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/