Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

15 April, 2010

Gulai Ayam Terengganu (versi MIL)

Bahan

1 ekorayam [potong mengikut suka, basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 s/b gula merah/nesan
minyak [lebih kurang 3 camca]
garam & perasa
Daun pandan [2 helai]
2 s/b susu pekat
4 s/b bawang goreng

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
4 s/b rempah masak gulai cap ROSE
4 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan 2-3 cawan air, daun pandan, kerisik, susu pekat, bawang goreng, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendidih. kacau sekali sekala. Masak menggunakan api perlahan.
5. Boleh masukkan kentang atau lobak merah sekiranya suka*


Gulai ni sedap dimakan sekiranya agak cair. Adakalanya, ibu mertua saya tidak memasukkan cili kering. Sebaliknya menambah 2-3 sudu rempah kurma.

08 March, 2010

Ayam Madu

Ayam madu ni aku masak untuk makan dengan nasi carrot yang aku masak hari Ahad lepas.
Resepinya, aku hasil tunjuk ajar arwah mak aku dan juga mak mertua. Aku combined resepi kedua mereka, dan cipta resepi ikut selera aku.

Bahan
5-6 ketul kepak ayam [digaul dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh garing]
2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih* [aku memang hantu bawang putih]
1 inci halia*
10-15 tangkai cili kering* [rebus dan buang biji dahulu]
                   *bahan-bahan ni diblender halus
1 s/kecil pes asam jawa [aku guna keluaran adabi]
2 sudu sos cili [aku guna brand life]
2 sudu sos tomato [brand life jugak]
3 sudu madu
3 inci gula melaka/kabung/nesan
Garam dan gula

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang merah

Caranya
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar halus, masak sehingga garing dan pecah minyak dengan api yang perlahan.
3. Masukkan semua jenis sos, gula melaka, asam jawa dan juga madu, biar sehingga gula melaka larut. [masukkan air sekiranya perlu]
4. Bila kuah telah agak memekat, masukkan ayam serta garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
5. Sekiranya suka, boleh didihiaskan dengan bawang holland yang dipotong membulat.

22 February, 2010

AYAM GORENG KUNYIT

Ini ayam goreng kunyit yang saya masak semalam, 21/2/2010 atas permintaan hubby.

Bahan :-
250 gm ayam.
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Minyak utk menggoreng
* Dicincang /ditumbuk kasar


Untuk hiasan :-
1 labu bawang holland
2 biji cili merah [nak gantikan dengan capsicum pun okay]
1 biji tomato [dibelah 4]
Daun bawang/ daun ketumbar [saya tak letak pun]

cara-caranya:-
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil dan digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit & perap dengan sos tiram dan bahan-bahan yang dicincang halus selama lebih-kurang 1 jam.
2. Panaskan minyak, goreng ayam dengan bahan perapan sehingga masak dan garing.
3. Masukkan bawang holland yang dihiris memanjang dan buah tomato.
4. Angkat dan hiaskan denga daun bawang/daun ketumbar.

***sedap makan dengan nasi panas-panas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/