Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

30 October, 2012

Menu Selepas Raya Korban

Saja je nak tunjuk apa yang aku dah masak dengan
daging korban yang aku dapat raya hari tuh...

Antaranya, hati + daging goreng kunyit...sedap woo...lama dah mengidam nak makan daging masak kunyit ni







Yang ni pulak bukan daging korban, tapi rojak katih from terengganu. Aku start makan rojak katih ni sejak kahwin orang ganu, sebelum tu tak tau pun kewujudan masakan ni

Kat atas ni pula, kari tulang daging korban...selain makan dengan nasik putih, aku juga buat cicah dengan ketupat pulut daun palas
Sebab semua resepi daging, aku pun gorenglah ikan kerisi ni stail mak mertua aku...

Actually banyak lagi daging korban dalam fridge, nak masak apa pun tak tau lagi...hehehe resepi daging ajalah kot dua tiga menjak ni...

03 September, 2012

Makan-Makan Sempena Syawal....

Hehehe...tak habis-habis lagi mood raya aku ni. Oh ya...lupa pulak...Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55...aku ucapkan selamat menyambut hari MERDEKA!!! kepada seluruh warganegara Malaysia tidak kira di mana kita semua berada dan di bumi mana kita berpijak. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan kita penduduk di dalamnya...diberikan kesejahteraan dan keamanan semoga dengan keamanan itu, mudahlah untuk kita menjadi hamba Allah yang tahu mensyukuri nikmatNya...Aku sayang Malaysia...(bangsatlah sesiapa yang menghina Malaysia negara kelahirannya sendiri...). Tak tahu bersyukur punya manusia...

Sambung balik mood raya. Cuti 3 hari lepas bersempena hari Merdeka...aku memang dah planning awal-awal nak buat rendang dengan kuah kacang daging. Kebetulan ada lagi ketupat yang kakak aku bekalkan hari tu yang aku belum masak. So, pagi-pagi dah jalan pusing KL cari ketupat nasi dengan Lemang Pak Ali...

Hasilnya...teng tereng....Kalau nak resepi kuah kacang tu...sonang yo...ni resepinya...ikut selera kakak ipar aku

Bahan-bahan:-
300 gm kacang tanah di sangai dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih   }disangai juga tanpa minyak da
1 inci belacan            }
1 inci halia
20 tangkai cili kering/4 sudu cili kisar
2 batang serai
Garam, asam jawa, gula kabung/gula merah/nesan, dan juga gula serta serbuk perasa
2 cawan santan pekat dan 1 cawan air
200 - 300 gm daging yang dihiris 1 cm tebalnya

* yang di hitamkan tu korang kena kisar sampai hancur/halus ya...

Cara-caranya: -
1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak...korang ingat lembu saja yang naik minyak?
2. Masukkan serai, santan dan air dan daging.
3. Bila dah pecah minyak masukkan kacang tanah dan bahan perisa yang lain.
4. Masak dengan api perlahan sampai sekali lagi pecah minyak.
Bila dah pecah minyak tu, maknanya air dah kering dan kuah kacang kita pun dah masak. Bolehlah dingap dengan ketupat nasi ataupun nasi impit...

Lepas tu hubby nak makan kuih sekaya. Dulu aku tak faham apa kuih sekaya ni...Sekaya yang orang cicah dengan roti tu ke? Pelik aku. Lepas tu dia kata macam kuih tok aji serban...almaklumlah hubby aku orang Terengganu...So banyak juga makanan dia suka makan aku tak tahu...selain sekaya...ada satu lagi kuih yang memang pelik kedengarannya...iaitu ke'ang...korang pernah dengar dan makan tak? Sambung balik pasal kuih sekaya...lepas puas godek kat cik fb dengan google...akhirnya fahamlah aku apa itu kuih sekaya...ibarat kuih karamellah juga rupa-rupanya cuma lebih keras...tak pun bahagian atas kuih serimuka...cuma dalam warna coklat...

Dan inilah hasilnya...walaupun tak jadi berongga sangat sebab aku guna telur sikit saja...takut tak habis, tapi hubby aku amatlah happy dan gumbira sakan...cuma tak melompat saja lagi...

Nak membuatnya pun senang...kat bawah ni aku tempek resepinya ya...

Bahan-bahan:-
2 cawan santan pekat
6 camca makan gula merah @ 2 gelung gula nesan/kabung
Air kapur 1 sudu teh
10 biji telur (aku guna 4 5 biji saja dan aku guna telur ayam...telur itik aku tak lalu...)

Cara-caranya: -
1. Campurkan semua bahan. 
2. Kacau sampai gula hancur
3. Tapiskan
4. Kukus dalam 20 minit - 30 minit
5. Bila sejuk...dah boleh ngap...


09 April, 2012

Kari/Gulai Tulang

Next day saya buat gulai tulang...best...tapi ambil masa juga nak merebusnya, supaya lembut. Pressure cooker ada, tapi lagi suka rebus pakai dapur biasa...nak rempah tu lebih meresap...

Resepi yang saya guna...resepi yang arwah mak ajar...mudah dan senang


Bahan-bahan: -

1 kilo tulang
5 camca rempah kari daging - bancuh dengan 1 cawan air
1 labu bawang besar - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
1 camca kerisik
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Garam & gula
200 ml santan pekat
400 ml santan cair
Minyak untuk menumis
3 biji kentang dipotong 6
Air secukupnya

Cara-cara: -

1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan pula bahan-bahan yang telah dimayang halus dan goreng sehingga naik bau dan kekuningan
3. Masukkan pula rempah yang telah di bancuh dengan air dan juga kerisik
4. Bila telah naik minyak, masukkan tulang dan santan cair, dan air,  masak hingga menggelegak dan daging      
    lembut
5. Seterusnya masukkan kentang dan biarkan kentang masak
6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan mengikut selera

Saya juga pada hari tu masak gulai tulang bersama rebung...bahan dan caranya adalah sama, cuma saya gantikan kentang dengan rebung...


Hasilnya...wallahup...makan bertambah-tambah...hua...camna nak kurus ni bang...

31 March, 2010

Sup Tulang/Daging

SUP MAMAK POWER


Bahan A

1 kg daging/tulang lembu
4 helai daun pandan
(daging direbus + daun pandan)

Bahan B

4 sudu makan rempah sup [aku guna rempah adabi]
30gm cili api*
100gm bawang kecil*
30gm bawang putih*
50g halia*
( *semua bahan di atas dikisar halus)
2 batang kayu manis
garam secukup rasa
gula sedikit

Bahan untuk taburan:

daun sup+ daun bawang
daun ketumbar
bawang goreng

Cara-caranya:

1. Tumis bahan kisar + rempah sup hingga garing..
2. Masuk kan ke dalam periuk rebusan daging [boleh dimasukkan kentang/lobak merah jika suka]
3. Masak sehinggga mendidih.
4. Sedap dimakan dengan nasi panas atau cicah dengan roti...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/