Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

28 November, 2012

Blueberry Cheece Butter Cake

Baru-baru ni nampak anak saudara aku yang tengah bercuti buat kek. Nampak teringinlah pulak. Aku kalau bab kek-kek ni, aku suka yang aku buat sendiri. lebih sedap dan puas hati bila makan. So aku pun selaklah sana-sini kat blog kegemaran aku. So sampailah ke blog ni Sumber :http://yatiememories.blogspot.com/2011/03/blueberry-cream-cheese-butter-cake.html- Nampak cam cantik je, so aku pun tertarik...ibarat cantik menarik tertariklah. Kebetulan, bahan pun ada kat rumah. Apalagi...projek seh!

Bahan
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150gm buah blueberry (saya guna blueberry filling)
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum+1 sudu kecil baking powder, diayak)
  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese
  • 1/3 cawan susu segar
  • 3 biji telur

Cara-Cara

  1. Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
  2. Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
  4. Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
  5. Letakkan buah blueberry/ blueberry filling secara dot dot....sesudu sesudu.
  6. Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
  7. Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.
Tara...dan inilah hasilnya. Sangat lazat, gebu dan moist...masuk kategori peberet ni...

17 April, 2012

Red Velvet Cake a.k.a Kek Baldu Merah

Semalam jugak...after sampai rumah selepas bercuti sambut birthday hubby kat PD, aku capai periuk belanga...cheh...macam nak menggorenglah pulak...actually aku nak buat kek birthday kat hubby...kali ni aku try buat kek yang tengah famous sekarang ni...kek baldu merah...len kali nak try buat kek baldu biru macam lagu awie dengan ella la plak...hehehe...

Resepinya...cam biasa aku ikut resepi dari buku 44 resepi kek dan biskut chef Hanieliza...kan aku dah kata buku akak ni memang banyak membantu aku...cuma macam biasa...aku godek-godek ikut apa yang ada kat dapur aku...

Macam cuka...elok aku tuang 1 1/2 camca teh, dah habislah pulak...so aku tambah apple cider...dah tu kat dapur...lemon nak buat buttermilk atau buttermilk tak ada...aku gantikan lemon dengan limau nipis jek...aku letak 2 bijik...ha...amik kau...

Dalam dok tengah nak memutar tu...tetiba pemutar lak rosak...takpa...nasik bek bulan lepas hubby dah belikan aku mixer baru...;-).

Dan alhamdulillah...first attempt aku buat kek baldu merah ni menjadik...cuma aku ni peliklah sikit...apasai masak pakai cuka...tapi tak rasa masam pu...oh ya satu lagi dalam aku dok cari serbuk koko...tetiba koko aku dah lemaulah pulak...(tanda-tanda lama tak masak), so nasik bek jugak dlm peti ais ada chocolate emulco...so aku gantikanlah dengan benda alah tu dalam 1 sudu...

Untuk topping pulak...kebetulan lagi...aku memang tak suka sunquick...so aku gantikan dengan lemon emulco...hehehe...teruk sungguh aku ni...sorrylah pada empunya asal resepi red velvet cake ini...aku cuma menyesuaikan keadaan...

Tara...inilah hasilnya...tapi bab menghias kek...biasalah...fail! Aku memang bukan anak seni...tak ada thrill langsung...takpa asal boleh makan udahlah...dan yang pasti sedap!!!


23 March, 2012

Chocolate Cake and Chocolate Buttercream

Red-Velvet-Cake-Video-Recipe


Tak pernah rasa lagi kek ni, tapi bila baca otai2 yg memang terer buat kek, depa kata kek ni sangatlah sedapnya...mesti nak try buat jugak ni...

MARBLE CAKE

Individual Cheesecakes Recipe Demonstration - Joyofbaking.com


Actually suka tengok dia ni masak....nampak simple dan senang...

26 April, 2010

Triple Berries Cheese Cake

Bahan Base


200 gm biskut cheese cracker
3 s/b butter
2 s/b madu

Bahan Keju

250 gm keju krim Philidephia
60 gm butter
100 gm gula halus
3 kuning telur
1 s/k esen vanilla
160 ml fresh atau whipping cream
1 s/b tepung kek
2 s/b tepung jagung
3 biji putih telur [pukul sehingga gebu dan menjadi ringan
aneka buah beri

Cara

1. Gaulkan semua bahan base dan tekan dalam acuan/loyang yg telah disapukan majerin.
2. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
3. Campurkan krim keju, butter dan gula. Pukul sehingga gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata.
5. Masukkan esen vanila dan kacau.
6. Masukkan fresh atau whipping creanm dan kacau rata.
7. Masukkan tepung gandum/tepung jagung berselang seli dengan putih telur yg telah dipukul. Kacau rata. Guna kaedah kaup balikan.
8. Masukkan dalam acuan yg ada base, tabur buah blueberi/rasberi/strawber dan bakar pada suhu 150'C selama 60 minit atau sampai masak.
9. Bila telah masak, biarkan dalam oven sehingga sejuk.
10. Hias dengan topping pilihan. Kek ni lagi sedap kalau simpan +- 5 jam dalam peti sejuk.

***ini resepi kek yang saya buat tu. Saya ambik dari blog kak hanieliza...dan saya ubahsuai mengikut citarasa saya

07 April, 2010

Moist Banana Cake

Sebenarnya dah lama aku berura-ura nak buat kek pisang ni. Cuma baru-baru ni berkesempatan beli pisang kat pasar tani. Kebetulan banyak juga aku beli pisang berangan. Tapi lepas-sehari ke sehari rancangan aku tertunda, sampailah pisang yang banyak pun dah tinggal 5 biji, sebab husband aku suka makan pisang as pencuci mulut. Lagipun aku sendiri tiap-tiap hari bawa pisang ke opis sebagai kudapan utk alas perut. So, semalam misi aku pun telah berjaya aku laksanakan. Actually, banyak resepi kek pisang ni. Tapi utk kali ini, aku menggunakan resepi dari bro. Rozzan.




Bahan-Bahan :

250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 200 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang berangan, and pisang just ada 5 biji jek)
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya tak guna sebab malas nak wat...

Cara :

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.
 yang bestnya, pagi ni aku bawa ke opis menjamu member-member, diaorang kata sedap sangat...kiranya misi aku berjaya!!!




01 April, 2010

Kek Marble

Kek ni aku buat 2 hari lepas. Saja suka-suka nak buat. Lagipun dah lama self raising flour tu menyembunyi dalam kabinet kat dapur tu...Taku nanti dah expired pulak...
Resepinya, aku dapat dari blog resepidiana. Hasil sumbangan chef Norzailina. Tapi, sebagaimana biasanya...memang banyak tapi kalau aku memasak ni...al maklumlah, tangan tak berseni...so, warna tu ikut sedap aku nak aturlah...

Kek Marble
Sumbangan : Chef Norzailina

Bahan-bahan

250gm butter
230gm gula castor
2 camca teh ovalette
4 biji telur
270gm superfine flour
1 camca teh baking powder
60gm susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 camca teh chocolate emulco

Cara-cara

1. Ayak tepung dan baking powder bersama. Ketepikan.
2. Putar majerin, gula dan ovelette hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memutar adunan.
4. Kaupbalikkan tepung menggunakan spatula.
5. Masukkan susu pekat dan putar sebati.
6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiar begitu sahaja,
    satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko, chocolate emulco dan susu segar.
7. Alas loyang bulat 22cm dengan kertas minyak.
8. Sudukan sesenduk adunan tanpa koko ke tengah loyang. Dikuti dengan adunan koko, silih berganti antara
    dua adunan sehingga habis.
9. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min - 50min atau sehingga adunan tidak melekat pada lidi tester.

tadaaa....ini hasilnya...



01 March, 2010

Kek Birthday

KEK COKLAT


Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat

(Ni resepi yang dapat dari blog hanieliza. Thanks ya kak sebab sudi kongsi resepi ni). Gambar kek ni pula, sebenarnya kek birthday yang husben belikan. Cinonet je kek ni, sebab husben tahu saya kurang sikit makan kek ni. Tapi utk resepi di atas, memang selalu buat...walau tak suka sangat dengan kek dan coklat, selalunya buat utk husben bawa ke opis.


10 February, 2010

Kek Tiramisu Mudah

Semalam buat kek tiramisu. Walaupun tengah diet sekarang ni, tapi bila mengenangkan cream cheese yang dah lama terperuk kat fridge tu...buat jugalah. Ingat nak cuba buat cheese cake. Tapi malaslah pulak nak berlama-lama tunggu oven. So, yang senangnya buat tiramisu ni yang aku belajar drpd blog kak Hanieliza although saya dah modified ikut selera saya. Thanks kak for the briliant recipe...sedap...suka sangat!!!

Bahan-Bahan :

A
250gm cream cheese (saya pakai pilahdelpia punya...)
200 ml krim
100 gm gula kastor (ikut suka nak manis mana)
Susu pekat 3 sudu makan

B
Ladies Finger

C
Bancuhan nescafe (air,nescafe,susu) 200 ml
Serbuk koko

Cara-Caranya :
1. Pukul Cream cheese dengan gula kastor sampai creamy and smooth.
2. Masukkan susu dan krim, pukul sampai kembang and fluppy.
3. Dalam satu bekas, tak kiralah bekas apa pun, bulat atau 4 segi, for 1st layer atur ladies finger yang telah dicelup sekejap dalan air bancuhan nescafe. After that, lapis dengan bahan cream and finishing that layer dengan serbuk koko.
4. Ulang langkah 3 secara berselang seli sampai habis.
5. Sejukkan dalam fridge...after a few hours, bolehlah ngap!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/