Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

20 January, 2014

BALIK KAMPUNG

Alhamdulillah...semalam baru sampai dari kampung dengan selamatnya. Cuma sedih sebab kena tinggalkan si kenit 4 orang tu...bila kereta start masuk ke lebuhraya...terus aku terasa rindu pada abang Ammar, P. Ngah Arief, Syamil dan Aqil...rindu oi...

Aku balik kampung pada 15/1/2014 selepas waktu pejabat. Hmm jalan jammed juga...tapi tak apa...demi keluarga tercinta aku harungi jua segala kepayahan...sebab aku tahu, bila aku sampai di kampung dan tengok wajah-wajah orang yang aku sangat sayangi dan rindui...segala keletihan tu akan hilang...

Alhamdulillah aku mempunyai sebuah keluarga yang penyeyang. Alhamdulillah dan terima kasih pada arwah emak dan ayah yang membentuk kami dengan kasih sayang yang tak berbelah bagi...sehingga kasih sayang itu dengan sendirinya terus mengalir di setiap urat nadi kami untuk kami terus menyayangi setiap darah daging kami....

Amat puas hati balik kampung kali ini. Betul-betul menghabiskan masa dengan anak dan cucu saudara serta kakak-kakak tercinta. Malahan suami aku turut merasai tempias kasih sayang yang kukuh antara kami. Dia juga sangat gembira dapat balik ke kampung aku. Malahan, kali ni dia yang sarankan kami balik ke kampung aku...(aku tahu dia pun rindu dengan sikonet 4 orang tu...saja tak mau habaq...hahaha). Yalah anak saudara aku yang 8 orang tu dengan cucu saudara aku yang sorang tu memang rapat dengan kami...

Apapun...sebenarnya banyak kenangan indah bila bersama mereka yang aku sayang...

19 December, 2013

Jelousenyer!

Family kakak aku...dorang pergi berkelah dekat chalet terapung...memancing...ala tak best pun (dengan nada cemburu!)
Abang Ammar dengan muka bangga sebab dapat ikan...mama dia kata perut lagi nampak sebab besar dari ikan yang cikonet ja...hahaha...bangga tu...korang nampak tak ikan tu?


26 December, 2012

Percutian Dalam Hujan...

Dah musim tengkujuh sekarang ni kat pantai timur...kat dalam tv dgn radio, amaran banjir dah dibuat...

So kepada semua yang tinggal di pantai timur dan juga di selatan tanah air, serta yang rumah dekat kawasan rendah tu, hati-hati dan waspada selalu ya...

Actually, aku pun baru je balik dari pantai timur ni. Balik ke Terengganu my hubby hometown. Aku balik malam Jumaat aritu 21/12/2012...(konon2 hari doomsday si kafir tu...). Aku balik lepas waktu pejabat, dalam pukul 5.20 macam tu. Kat KL waktu tu hujan juga, tapi sikit2 ja...tapi bila masuk ke area Kuantan dan seterusnya, memang hujanlah...walaupun tak lebat tapi memang sepanjang jalan sampai ke Taman Chendering Utama tu, hujan.

Aku ni pu sekarang ni macam nak demam tak demam. Yalah, beberapa hari di pantai timur nun, tiap-tiap hari aku meredah hujan. Tidur malam pun macam tidur dalam aircond...sejuk giler. Hidung pun memang dah selesema ni...kepala pening-pening...

Aku di Kuala Terengganu sampai 23/12/2012 je...lepas tu aku sambung cuti di Kemaman, tidur kat Awana Kijal...tapi biasalah, hujan ja...so banyak aktiviti yang tergendala...
Ni gambar dari bilik penginapan aku...tengok ombak tu...kuat giler...kolam mandi pun ditutup sebab hujan...
Tingkap yang berkabus sebab cuaca terlalu lembap dan sejuk


21 December, 2012

Balik Kampung

Yahoo...jom balik kampung...

Hehehe, petang ni aku dengan hubby dah plan nak balik ke kampung di Terengganu. Harap-harap plan kami ni dapat tertunailah. Actually aku dah siap packing baju semalam dan dah siap-siap bawa kat dalam kereta tu. Yalah, hujung-hujung tahun ni, mood nak kerja pun on and off je...lebih-lebih bila dengar member kat opis ni pergi sana, pergi sini. Yang aku ni...cuti berlambak lagi, tapi...masa nak bercuti tu tak mengizinkan...kes banyak wooo....

Ni pun kebetulan sebab Krismas jatuh pada hari Selasa, so, aku ambik kesempatan cuti 24/12/2012 sebab bos aku pun dah naik malas nak dengar kes. Dia pun dah macam aku, naik nak muntah tengok fail kes. Kalau fail nipis macam kat lower Court to tak apalah juga, ini setambun...yang dekat nak sama tinggi dengan aku pun ada...berbundle-bundle...

Apapun, Terengganu, tunggu kepulangan aku...lapaq nasi dagang, lapaq nasi air, lapaq saat dengan otak-otak Kemaman...and the best part, aku dapat relax and dapat pi check gigi aku yang dah lama tak jumpa miss dentist...plax pun dah rasa setambun dah ni...

Oh ya...lepas tu on the way balik ke KL nanti, kami dah plan nak bermalam kat Awana Kijal...so jom join...!


13 March, 2012

Kenduri Rashid/Marliah

Malam Jumaat 9/3/2012 hari tu, aku dengan hubby, keluarga abg Zainal, keluarga Yaacob, keluarga Hj. Nan dengan abg. Mansor berkonvoi ke Kuala Klawang Negeri Sembilan bersama-sama Rashid (bakal pengantin baru) dan juga member dia Saiful. Kami semua berkumpul selepas maghrib di restoran Deen Taman Melawati.

Actually, sebelum ini, group inilah juga yg menjalankan tugas merisik dan meminang untuk Rashid. Tentu ahirankan...mana pula perginya keluarga Rashid. kena kami yang mengambil tugas penting ini. Sebenarnya ini adalah perkahwinan Rashid kali KETIGA...kali KETIGA diulang....

Apapun, jangan salah sangka...berdosa berburuk sangka. Sebenarnya Rashid telah ditakdirkan Allah SWT untuk menduda 2 kali. Bukan kerana perceraian ya...Sudah ditentukan Allah SWT sejak azali...kedua-dua isteri beliau meninggal dunia akibat kanser. Isteri kedua beliau meninggal tahun 2010 lalu akibat kanser payudara. Isteri pertama pula kalau tidak silap aku akibat kanser usus...aku pun tak pernah jumpa isteri pertama dia...sebab bila kau mula kenal Rashid melalui husband, dia isteri kedua beliau sudah diperingkat akhir kanser payudara.

Sebenarnya kesian jugak dekat si Rashid ni...kerana isteri-isteri beliau meninggal...anak-anak semuanya di ambil oleh mertua dgn alasan dia tidak boleh memberi komitmen. Hari tu bila bersembang dgn dia, dia kata sebab dah kawin semula, dia akan fight utk ambil semula anak-anak dia...harapan dan doa semoga dia berjaya. Lagipun isteri ketiga dia Marliah nampak memang bertanggungjawab. maklumlah sebagai pensyarah yg seharian berjumpa anak-anak didik, aku rasa dia memang akan jadi ibu tiri yang baik. Lagi pun anku tengok keluarga Marliah baik-baik belaka dan merendah diri walaupun semuanya berkedudukan dan berpangkat tinggi.

Ini pula sebahagian hantaran yg disediakan oleh Rashid utk bakal isterinya dan digubah oleh isteri abg. Zainal. memang kreatif dan cantik...dan juga mahal-mahal belaka...apapun, itu kehendak Rashid...


Salah satu hantaran yang aku cukup berkenan...bakul pastri...slurpp...memang akan aku tempah utk aku sendirik nih...

Ini pula gabungan hantaran kedua-dua pengantin dan kat hujung tu...Rashid tengah diakad nikah sambil member2 kat tepi excited dok mengusik

Oh ya...aku dan lain2 rombongan pengantin ditaja tidur 2 malam kat hotel Sri Klawang. Almaklumlah bukannya dekat dari KL nak ke Kuala Klawang dan seterusnya ke rumah pengantin. Dari KL ke Kuala Klawang pun dah makan masa 1 jam 45 min. Dari Kuala Klawang ke rumah pengantin pula, ambil masa 45 minit sebab jalan memang bengkang bengkok sakan...macam kat bukit putus. lagipun rumah pengantin hanya 55 km nak ke Karak Pahang, kiranya bersempadanlah ni.

Apapun, terima kasih pada Rashid dan isteri Marliah dan juga keluarga pengantin perempuan yg nampak ibunya agak kesedihan kerana bapa pengantin perempuan/Marliah baru meninggal  4 bulan lalu...


SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE ANAK CUCU DAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT. SEMOGA BAHAGIA DAN TABAH MENGHADAPI CABARAN

01 March, 2010

Percutian Ke Cherating

Pada 14/2/2010 hari tu, aku dengan suami, telah meluangkan masa merehatkan minda dan mata di Cherating, Pahang. Bukan kerana nak sambut valentine day yang tak berfaedah tu. Sebab selama ni memang tak pernah sambut pun. Cuma kebetulan, CNY tahun ni jatuh pada tarikh tersebut, so, our vacation jatuh pada tarikh tu. Actually, aku dengan husband memang selalu pergi bercuti pada setiap CNY, almost every year, tak pernah miss pun.
       So, kali ni kami memilih untuk menginap di Hotel Impiana Spa & resort Hotel, Cherating. Kami bertolak dari Kuala Terengganu pada 14/2/2010 tu sekitar pukul 9.00 pagi. Kami ke KT untuk ziarah family members yang tinggal di sana. On the way nak ke Impiana, husband sempat beli nasi minyak utk dia, dan utk aku pula, nasi air berlauk. Dalam pada tu, ada juga lain-lain kudapan/kuih-muih yang kami beli. kami juga sempat singgah ke Kuala kemaman yang cuma beberapa km saja dari Hotel Impiana. Di situ, kami beli makanan popular Pantai Timur...satar dan otak-otak. (Sayangnya aku terlupa nak snap kesemua makanan tu).
     Kami tiba di Impian lebih-kurang pukul 12.25 petang. Terus check-in. Dapat bilik no 250. First impression...wah, standardnya Impiana ni. Pemandangan pun cantik sangat. Kebetulan, masa kami sampai, ramai juga mat-mat saleh yang tengah bersantai kat lobi hotel...Tapi, after we reached to our room...dush...segalanya merudum. Bilik agak kecil, dan kami juga mendapat bilik yang tak boleh dikunci. Bilik air tak ada bath tub (pada harga yang ditawarkan...rasanya tak berbaloi dengan bilik yang disediakan). Dari segi safety, memang tak terjamin. Waktu malam susah nak tidur sebab pintu tak boleh kunci, lepas tu pencahayaan kawasan sekeliling pun agak kurang. Takut berlaku sesuatu yang tak diingini Kebersihan pun sekadar okay je. Tuala juga tak disediakan. Telefon juga rosak, kami juga hanya mendapat 2 single bed. So, utk sebarang komplen, we have to go to the main lobby to see them. After a few hours, barulah house keeper datang hantar towel. Dia bagi alasan, towel habis...rasanya sebagai hotel yang dah well maintain, masalah ni tak sepatutnya berlaku.
     Anyhow, pemandangan pantai dengan pool yang disediakan, memang best gila. And ada satu yang best tentang bilik kat situ. Tingkap jenis open air. So, angin memang kaw-kaw best. Nyaman je. Makanan juga best. Walau not many choice, tapi sedap. And, on the day we check-in, pihak Impiana ada sediakan complimentary drinks...lemongrass tea....kah,kah,kah...lucu nampak my husband punya face...berkerut-kerut nak habiskan tea tu...The next morning, utk breakfast, makanan memang sedap walau saya mengharapkan ada kelainan berbanding hotel/resort lain yang pernah saya kunjungi. Ada nasi lemak, rendang ayam, mee goreng, conge, bread, salad with 2-3 kind of cheese etc. My husband love the coffee they served...
     Memang sakan kita orang berendam. Tak kira panas terik. Yang syoknya, tapi juga mengundang kehairanan...dan juga pertanyaan, kenapa tak ramai orang mandi kat pantai dan pool. Tengok beberapa family je yang mandi-manda kat situ. Yang selebihnya, just hang around the beach and pool. Ada setengah tu macam nak jaga status je...For me and my husband, our target memang nak berendam sakan. So, status-status semua tu, letak kat belakang ajalah. For me, water is the best way to release tension. Yalah, kalau kita susah hati, bukankah kita digalakkan untuk berwuduk? So, apatah lagi kalau dapat berendam...acting pula macam budak-budak...wah...bestnya. Rasa terbang semua masalah.
     And one more yang tak bestnya, setiap kali pergi bercuti, bila balik, muka mesti kena sunburn walaupun dah ambil langkah sepatutnya. Apapun, walau ada baik dan buruknya percutian kali ni, i'm still happy...
For Impiana crew, thank you...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/