Showing posts with label kuih-muih/cucur. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih/cucur. Show all posts

18 October, 2012

Saja jer Nak Cerita!!!

Baru-baru ni terasa nak makan kuih. Pikir punya pikir, teringat kat dalam kabinet ada kacang merah. Ish nak masak apa ya? Takkan nak buat bubur kacang merah kot? Sedap ke tak ni...Nak buat inti kuih pau...alah baru je buat kuih pau beberapa hari sebelum tu. Last-last terjumpa buku "Pencucu Mulut" keluaran karangkraf...kat situ ada resepi kuih bakar kacang merah...

Ha apa lagi. projek pun bermulalah...alhamdulillah menjadi jugak kuih aku ni. Bukannya apa, telur ayam kat dalam fridge tu ngam-ngam ho ada 3 bijik...(ini kes lama tak masaklah ni...sampai terlupa telur ayam dalam esbok tu dah nak habis)

Kalau ikut resepi tu dia pakai santan...aku ni, biasalah...jarang pergi kedai walau pun kat bawah rumah aku ja. Tapi tak apa...stok santan kotak aku masih ada. Tapi instead of kena guna 200 ml air dan 150 ml santan, aku tukar sebab santan kotak tu 200 ml, takkan aku nak membazir pulakkan yg 50 ml tu. So aku terbalikkan resepi tu jadi sebaliknya iaitu 200 ml santan + 150 ml air. Aku letak gula 3/4 cawan saja instead of 13/4 cawan sebab aku letak susu krimer dalam 1 cawan...

jeng...je...jeng...hasilnya adalah (ala mc kat pentas AIM)...
Dan percayalah...walaupun rupanya macam ni, sebab aku ni kreativiti menghias memang fail, tapi sodap...wa cakap lu bro!!!

03 September, 2012

Makan-Makan Sempena Syawal....

Hehehe...tak habis-habis lagi mood raya aku ni. Oh ya...lupa pulak...Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55...aku ucapkan selamat menyambut hari MERDEKA!!! kepada seluruh warganegara Malaysia tidak kira di mana kita semua berada dan di bumi mana kita berpijak. Semoga Allah SWT merahmati Malaysia dan kita penduduk di dalamnya...diberikan kesejahteraan dan keamanan semoga dengan keamanan itu, mudahlah untuk kita menjadi hamba Allah yang tahu mensyukuri nikmatNya...Aku sayang Malaysia...(bangsatlah sesiapa yang menghina Malaysia negara kelahirannya sendiri...). Tak tahu bersyukur punya manusia...

Sambung balik mood raya. Cuti 3 hari lepas bersempena hari Merdeka...aku memang dah planning awal-awal nak buat rendang dengan kuah kacang daging. Kebetulan ada lagi ketupat yang kakak aku bekalkan hari tu yang aku belum masak. So, pagi-pagi dah jalan pusing KL cari ketupat nasi dengan Lemang Pak Ali...

Hasilnya...teng tereng....Kalau nak resepi kuah kacang tu...sonang yo...ni resepinya...ikut selera kakak ipar aku

Bahan-bahan:-
300 gm kacang tanah di sangai dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih   }disangai juga tanpa minyak da
1 inci belacan            }
1 inci halia
20 tangkai cili kering/4 sudu cili kisar
2 batang serai
Garam, asam jawa, gula kabung/gula merah/nesan, dan juga gula serta serbuk perasa
2 cawan santan pekat dan 1 cawan air
200 - 300 gm daging yang dihiris 1 cm tebalnya

* yang di hitamkan tu korang kena kisar sampai hancur/halus ya...

Cara-caranya: -
1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak...korang ingat lembu saja yang naik minyak?
2. Masukkan serai, santan dan air dan daging.
3. Bila dah pecah minyak masukkan kacang tanah dan bahan perisa yang lain.
4. Masak dengan api perlahan sampai sekali lagi pecah minyak.
Bila dah pecah minyak tu, maknanya air dah kering dan kuah kacang kita pun dah masak. Bolehlah dingap dengan ketupat nasi ataupun nasi impit...

Lepas tu hubby nak makan kuih sekaya. Dulu aku tak faham apa kuih sekaya ni...Sekaya yang orang cicah dengan roti tu ke? Pelik aku. Lepas tu dia kata macam kuih tok aji serban...almaklumlah hubby aku orang Terengganu...So banyak juga makanan dia suka makan aku tak tahu...selain sekaya...ada satu lagi kuih yang memang pelik kedengarannya...iaitu ke'ang...korang pernah dengar dan makan tak? Sambung balik pasal kuih sekaya...lepas puas godek kat cik fb dengan google...akhirnya fahamlah aku apa itu kuih sekaya...ibarat kuih karamellah juga rupa-rupanya cuma lebih keras...tak pun bahagian atas kuih serimuka...cuma dalam warna coklat...

Dan inilah hasilnya...walaupun tak jadi berongga sangat sebab aku guna telur sikit saja...takut tak habis, tapi hubby aku amatlah happy dan gumbira sakan...cuma tak melompat saja lagi...

Nak membuatnya pun senang...kat bawah ni aku tempek resepinya ya...

Bahan-bahan:-
2 cawan santan pekat
6 camca makan gula merah @ 2 gelung gula nesan/kabung
Air kapur 1 sudu teh
10 biji telur (aku guna 4 5 biji saja dan aku guna telur ayam...telur itik aku tak lalu...)

Cara-caranya: -
1. Campurkan semua bahan. 
2. Kacau sampai gula hancur
3. Tapiskan
4. Kukus dalam 20 minit - 30 minit
5. Bila sejuk...dah boleh ngap...


02 May, 2012

Paratha with strawberries

Ada satu malam tu, dah pukul 10 lebih aku rasa...tetiba perut aku berkeroncong...alamak...nak makan apalah pulak ni. Last-last aku teringat kat peti ais ada buah stoberi dgn paratha...so aku pun tenagh-tengah malam mula menggodek periuk belanga....huh...camna nak kurus ni...dalam hati aku bertanya...tapi perut kosong mesti diisi, kalau tidak susah nak tidur ni...(alasan!!!)


Sos strawberry

Bahan2: -
1. Buah stoberi - ikut suka nak bubuh banyak mana
2. 2 tbs sugar
3. 4 tbs water
4. A pinch of salt

Cara: -
Masak je sampai gula tu cair...hehehe senang, senang...

09 April, 2012

Cekodok Pisang

Hari Sabtu masa pergi pasat tani, saya juga beli pisang berangan...angan-angannya nak buat cekodok dengan kek pisang...tapi yang jadinya cuma cekodok...keknya tak jadi sebab dah cik ma datang bertandang campur dengan pisang pun tinggal dua tiga biji aja lagi...sebab asyik buat cekodok...sepanjang 2 hari cuti, 2 kali buat cekodok...

Panas-panas lagi ni, baru angkat dari dapur...fuhh menyengat...sedap...hilang rasa mengidam...puas hati...

Resepi cekodok ni senang saja...tepung gandum, gula, air sikit dan kalau saya, saya akan campur dengan susu tepung dan oat...saya tak masukkan apa-apa serbuk penaik...sebab suka rasa asli dan saya masukkan garam sikit...

05 April, 2012

Talam Pandan Ayu

Semalam tetiba teringin nak makan talam yang buat sendiri...godek sana, godek sini cari resepi. Lastly jumpa satu resepi dari majalah Saji...kebetulan ada bahan-bahan kat rumah, aku pun memulakanlah projek...

Resepinya aku snap terus je dari majalah...almaklumlah...skg ni semuanya mudah...hehehe



















Dan inilah hasilnya...husband puji kata sedap... okaylah tu...:-)





03 April, 2012

Bahulu

Sebenarnya aku dah lama buat bahulu ni, tapi baru sekarang rajin sikit nak uploadkan gamabr beserta resepi. Dan disebabkan aku ini teramatlah rajinnya dan tak sabar nak menunggu seperti biasa, acuannya aku guna bukan sahaja acuan yg biasa orang guna tu, aku juga guna acuan tart...hehehe. Tetiba rasa nak makan bahulu. Nak beli kat kedai rasa macam dorang jual yang dah lama, tak fresh. Aku nak makan bahulu yg panas-panas baru keluarkan dari oven.

Resepi yg aku gunakan, pohon utk C&P ya tuan tanah kedaung... medanselera88....

So inilah hasilnya...ekcely aku buat separuh adunan saja...tu pun tahan 2 -3 hari kat rumah aku sementara nak habis...

BAHAN-BAHAN
  • 10 biji telur gred A                        ]
  • 380gm gula pasir                         ]
  • 1 sudu kecil esen ros                  ]     semua ni aku guna separuh je...
  • 200gm tepung gandum                ]
  • 1/4 sudu kecil baking powder   (tak letak pun...sebab dulu2 tengok mak buat bahulu tak letak pun menda alah ni, sedap dan nyaman juga bahulu dia)
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap saja. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. 
  7. Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik kalau 'off' kan kipas kat oven sbb kalo guna kipas bahuluakan mengecut sedikit nanti


02 April, 2012

Apam PolkaDot






Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar (saya guna susu cair kenkadang)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maximum sehingga adunan kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping beg (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan tart atau lompang
  5. Picitkan apa-apa filling yang diminati, biasanya saya gunakan strawberi, blueberi dan nutela
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian buat corak dot atau lain2 corak macam bee, kumbang, bunga, angry bird or anything you wish to
  7. Kukus  selama 10 - 15 minit menggunakan api yang kecil. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang
p/s: Resepi ini saya ambil dari blogger Anjungnorry...pohon izin C&P dan edit sikit2 ya...

Apam Polka-Dot

Apam paling glamour semenjak dua menjak ni...kalahkan Siti Nurhaliza la plak...Dah lama jugak aku rasa apam polka-dot ini pegang title ni. Dari tahun lepas lagi. Kefemesannya (?) tu menyebabkan ada yang buat untuk kegunaan hantaran kahwin...padahal apom je...yang diwarna-warnikan dengan pelbagai corak...entah, tak paham aku...

Apapun, aku pun suka buat sebab mudah dan sedap. Biasanya aku buat pakai 3 inti; - inti strawberi, inti blueberi dan inti nutela....buat untuk makan-makan sendiri saja. Nak berniaga...hmm...tak larat aku....bosan pun ada dok buat menda kecik semontet ni...

Yang terlatest, aku buat masa nak balik kampung minggu lepas. Saja buat utk makan dengan family di kampung. So inilah hasilnya...

Yang ni waktu baru angkat dari atas dapur...panas-panas lagi ni...

Yang ini pula dah aku masukkan dalam bekas untuk bawa balik...

Ekcely ini yang aku buat polka-dot, yg aku lukis macam2 pun ada...hehehe kenkadang aku merapu sakan buat menda ni...

15 April, 2010

Cucur Jagung perisa Ketam

Bahan A

2 cawan tepung gandum
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
isi ketam [boleh guna ketam fillet atau beli isi ketam]
1 tongkol jagung [boleh juga pakai frozen]
3 s/b susu segar
1 s/b butter

Bahan Mesin

1 s/b udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan
3. Curahkan adunan yg berisi ketam ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
4. Biarkan gorengan sehingga garing.
5. Angkat dan toskan.




31 March, 2010

Apam Marmar aka. Marble

APAM MARMAR


Sumber : Mat Gebu/ Maklang (FRD)/ Diana (FRD)
*** Aku just C&P. Tapi susunan color yang aku buat agak tak berseni, sebab aku ni kasar orangnya...
Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

250 g tepung berserbuk penaik {aku pakai tepung gandum biasa je]
200 ml santan
200 g gula halus
2 biji telur Gred A
1 camca teh vanila esen
1 camca makan ovallate
Secubit garam
Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

*Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
*Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga 
  adunan kembang dan pekat
*Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
*Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian
  yg tanpa warna pada atasnya
*Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit.
  Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.



Ni apam yang belum dipotong. Dalam pengukus tu yang nampak putih-putih kat bawah tu sebenarnya aku baru lepas buat laksam. Dalam aku mengukus laksam, sempat pula aku buat bancuhan apam marmar ni...
Tapi tengoklah susunan bancuhan tu, color dia langsung tak teratur. Ikut sedap aku je...
Ini pula yang telah dipotong untuk encik somiku...dia makan dua potong...balancenya, esok husband bawak ke opis menjamu member-member kat opis.

29 March, 2010

Cucur Udang/Jemput-jemput Udang

Ini antara cucur favourite ni. Nak-nak pula kalau dalam tu letak udang banyak-banyak. Memang boleh hadap sampai 4-5 biji. Husband pun suka makan. Letak pula daun kucai banyak-banyak. Cicah pula dengan sos atau kuah kacang. Memang best. Kalau arwah mak dulu, tiap kali buat cucur udang mesti ada kuah kacang sekali. Tapi sejak kahwin ni, husband lebih suka cicah dengan sos cili. Tapi mesti make sure pakai brand "Life". Kalau buat sendiri pun boleh sos ni.

Resepi kat bawah ni aku just C&P dari blog Kak Hanieliza...one of my favourite bloggers. Kalau nak cari resepi yang best-best, mesti aku masuk ke blog akak ni. Thank you so much ye kak. Apapun, resepi yang biasa aku buat, selalunya aku dah alter sikit. Kena ikut selera husbandlah katakan...

CUCUR UDANG

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras [tak pernah bubuh pun]
daun kucai
taugeh [tak bubuh juga sebab husband tak suka]
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
Udang kertas secukupnya
**saya letak gula dalam 1/2 camca
**saya juga letak 1 camca butter/marjerin
**saya juga letak 1 biji telur
**saya juga letak 50 ml susu segar

Bahan Mesin
1 s/b udang kering [tak letak pun]
1 labu bawang besar [ saya tak mesin, tapi saya mayang]
2 cawan air

Cara

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak .
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan [kalau ikut resepi Kak Lieza, dia letak seekor udang kertas atas cucur tu]
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

SOS CILI

Bahan A
10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara

1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/