Sambung balik mood raya. Cuti 3 hari lepas bersempena hari Merdeka...aku memang dah planning awal-awal nak buat rendang dengan kuah kacang daging. Kebetulan ada lagi ketupat yang kakak aku bekalkan hari tu yang aku belum masak. So, pagi-pagi dah jalan pusing KL cari ketupat nasi dengan Lemang Pak Ali...
Hasilnya...teng tereng....Kalau nak resepi kuah kacang tu...sonang yo...ni resepinya...ikut selera kakak ipar aku
Bahan-bahan:-
300 gm kacang tanah di sangai dan ditumbuk kasar
4 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }disangai juga tanpa minyak da
1 inci belacan }
1 inci halia
20 tangkai cili kering/4 sudu cili kisar
2 batang serai
Garam, asam jawa, gula kabung/gula merah/nesan, dan juga gula serta serbuk perasa
2 cawan santan pekat dan 1 cawan air
200 - 300 gm daging yang dihiris 1 cm tebalnya
* yang di hitamkan tu korang kena kisar sampai hancur/halus ya...
Cara-caranya: -
1. Tumis bahan yang dikisar sampai naik minyak...korang ingat lembu saja yang naik minyak?
2. Masukkan serai, santan dan air dan daging.
3. Bila dah pecah minyak masukkan kacang tanah dan bahan perisa yang lain.
4. Masak dengan api perlahan sampai sekali lagi pecah minyak.
Bila dah pecah minyak tu, maknanya air dah kering dan kuah kacang kita pun dah masak. Bolehlah dingap dengan ketupat nasi ataupun nasi impit...
Lepas tu hubby nak makan kuih sekaya. Dulu aku tak faham apa kuih sekaya ni...Sekaya yang orang cicah dengan roti tu ke? Pelik aku. Lepas tu dia kata macam kuih tok aji serban...almaklumlah hubby aku orang Terengganu...So banyak juga makanan dia suka makan aku tak tahu...selain sekaya...ada satu lagi kuih yang memang pelik kedengarannya...iaitu ke'ang...korang pernah dengar dan makan tak? Sambung balik pasal kuih sekaya...lepas puas godek kat cik fb dengan google...akhirnya fahamlah aku apa itu kuih sekaya...ibarat kuih karamellah juga rupa-rupanya cuma lebih keras...tak pun bahagian atas kuih serimuka...cuma dalam warna coklat...
Dan inilah hasilnya...walaupun tak jadi berongga sangat sebab aku guna telur sikit saja...takut tak habis, tapi hubby aku amatlah happy dan gumbira sakan...cuma tak melompat saja lagi...
Nak membuatnya pun senang...kat bawah ni aku tempek resepinya ya...
Bahan-bahan:-
2 cawan santan pekat
6 camca makan gula merah @ 2 gelung gula nesan/kabung
Air kapur 1 sudu teh
10 biji telur (aku guna 4 5 biji saja dan aku guna telur ayam...telur itik aku tak lalu...)
Cara-caranya: -
1. Campurkan semua bahan.
2. Kacau sampai gula hancur
3. Tapiskan
4. Kukus dalam 20 minit - 30 minit
5. Bila sejuk...dah boleh ngap...
No comments:
Post a Comment