04 September, 2012

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN


Entry ni saya dapat ari FB ye...Untuk panduan kita semua terutama semua ibu dan bakal ibu...
Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, 
namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara 
sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak 
lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu
formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak 
digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan 
merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala 
khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh 
menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang 
khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu
pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu 
merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin 
di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air 
akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga
menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah
mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika 
kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat,
seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan 
puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang 
dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur 
di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. 
Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. 
Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau 
cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil 
di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan 
sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..
beri bayi anda susu ibu sekerapnya

By: Islamic Articles

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/