Korang kalau ada ahli keluarga yang nak meninggal, korang perasan tak apa-apa tanda sebelum dia pergi meninggalkan kita selama-lamanya? Macam aku, satu atau dua hari sebelum ayah meninggal, ada juga aku terfikir something bila bulu mata aku yang sebelah kiri luruh. Ada terdetik di hati aku, aku nak menangis ni...tapi aku buang jauh-jauh perasaan tu sebab aku tak mahu terikut-ikut dengan benda macam ni.
Lepas tu anak saudara aku pula, mengikut cerita kakak aku (mak dialah), dia mimpikan ayah aku memanggil dia malam sebelum ayah aku meninggal hari tu. Lepas itu emak saudara aku (adik ayah) pun mimpi juga terlihat satu jenazah yang lengkap berkapan beberapa hari sebelum tu.
Agaknya Allah SWT cuba memberi kita satu isyarat. tapi kita sebagai manusia, kita tidak tahu dan faham maksudnya.
Tapi semasa emak aku nak meninggal dulu, hari emak aku meninggal, loket kesayangan aku, yang arwah mak beli di Mekah, jatuh batunya secara tiba-tiba. Waktu tu aku memang sudah terdetik di hati, something is going with my beloved mother...aku juga mimpi arwah mak aku berjalan menaiki tangga ke arah satu kawasan yang putih bersih...wallahualam...semua itu adalah petunjuk dari Allah SWT
Apapun, terus-terang aku katakan di sini, sebenarnya sejak akhir-akhir hayat ayah, aku selalu berdoa kepada Allah SWT agar andai masanya telah tiba bagi ayah untuk kembali menemui Ilahi, permudahkanlah ayah melalui perjalanan itu. Bukanlah aku biadap, tapi aku kasihan melihat ayah menderita sakit yang agak lama. Namun aku faham, sakit itu adalah satu kifarah dari Allah SWT. Semoga roh ayah tenang dan ditempatkan di samping hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh...aku sayang ayah
Antara gambar ayah tahun ni...semua ini bakal menjadi kenangan kami semua anak-anak ISMAJA. Masa ni ayah masih boleh duduk dan berbual dengan kami. Tapi dua atau tiga bulan sebelum puasa, ayah memang semakin tidak sihat, dan keluar masuk wad.
Oh ya, kepada semua doktor pakar di Metro Hospital Sg Petani, Hospital Pantai Sg Petani terutamanya doktor-doktor pakar di Wad ICU Kedah Medical Center(KPJ) serta kakitangan, terima kasih atas budi dan jasa anda merawat ayah semasa hayatnya. Anda semua sentiasa dalam doa kami sekeluarga.
No comments:
Post a Comment