Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

05 June, 2012

Sup Sayur & Croutons

Hehehe...sup sayurku yang kubuat 2 -3 minggu lepas. Bukan nak puji diri sendiri, tapi memang sedap. Yalah...mana ada sup yang tak sedap. Nak membuatnya pun senang...Croutons tu pula aku just bakar sampai garing roti Gardenia...hiris kecik2, then bakar sampai garing...fuhhh cair selera...Sesuai utk orang yang berdiet ni...

Bahan2 yang aku guna: -
1. Carrot
2. Sawi Putih
3. Cendawan Tiram
4. Cendawan Butang
5. Kubis
6. Kiub ayam maggi
7. Bawang putih
8. Bawang Besar
9. Halia
10. Mixed herbs - oregano, thyme, basil dll
11. Serbuk cili
12. Air
13. Kentang
14. Tauhu Kering(?)...entah aku pun tak tahu nak panggil apa...hehehe...



Caranya: - Aku rebus jek semua bahan2 sampai masak...tapi aku rebus dulu carrot dengan kentang sampai masak dengan bahan perisa dan herbs...lepas tu baru aku letak sayur...actually selain croutons, sedap juga kalau makan dengan bihun or mee...dengan nasi pun boleh...kalau diet, makan sup saja pun tanpa croutons pun sodap...hehehe



15 April, 2010

Acar Mentah

Bahan [hiris]

timun [dihiris memanjang]
lobak merah [dihiris memanjang]
cili merah
bawang besar
halia [dihiris nipis dan memanjang]
garam
gula
cuka atau lime jus
sedikit air garam

Cara

1. Semua sayuran dipotong [ rendam dalam air kapur lebih kurang 1 jam, basuh. Toskan]
2. Gaulkan cuka, gula dan garam. kacau rata.
3. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

05 April, 2010

Cendawan Goreng Bersos Roselle

Seperti biasa, menu aku mesti ada cendawan. Kali ni aku guna cendawan kering yang boleh didapati dipasaraya-pasaraya. Aku juga buat eksperimen dengan sayur cendawan aku kali ni. Aku bubuh air ribena...Sedap juga sebab lebih menyerlahkan kemanisan cendawan tu.


Bahan-bahan
150 gm cendawan kering [direndam lebih kurang 1 jam]
Sebungkus su'un [direndam]
2 keping sayur fucuk [direndam]
2 camca sos roselle
1 camca pekatan ribena
Sedikit minyak zaitun
2 ulas bawang putih*
2 ulas bawang merah [shallot]*
3-4 biji cili api*
Sedikit udang kering*
garam secukup rasa.
**cili utk hiasan
* ditumbuk

Cara-caranya
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur cendawan, su'un dan juga fucuk yang telah kembang. (jangan lupa tos air rendaman)
3. Tambah sos roselle dan juga pekatan ribena. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat.
4. Perasakan dengan garam dan juga cili yang telah dimayang.
5. Masak sehingga kuah agak pekat dan mendidih.


26 March, 2010

Sayur Goreng cendawan

sayur ni aku masak last week. Peberet aku cendawan. Tapi husband tak suka makan sayur except sawi, bayam and kailan. Aku masak main campak-campak je. Ada baki timun, aku potong nipis-nipis, masukkan sekali. Tambah sos tiram...dah boleh makan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/