08 October, 2012

Sakit Pingganglah Pulok!!!


Wah...balik dari kursus team building ni, aku sakit pinggang. Actually aku kena sakit pinggang ni malam kedua di sana. Sebabnya aku duduk terlalu lama di atas lantai untuk satu program. Rasanya dekat 2 jam juga aku duduk di lantai yang keras. Aku ni memang tak boleh duduk atau tidur di lantai yang keras, akan ada effect kat pinggang aku. Malam tu, bila balik ke bilik, aku dah rasa lain. Walaupun aku dah rehatkan diri atas tilam, aku tak mampu nak alih atau angkat badan aku. Sakit sungguh. Actually, aku dah lama alami sakit pinggang ni. Tapi dulu tak sekerap ni. mungkin faktor umur dan berat badan menanbahkan lagi masalah aku. Sebenarnya aku start sakit pinggang selepas aku accident kereta dulu. Aku jatuh terduduk atas jalan masa eksiden tu. Sebab tu aku selalu sakit pinggang dan lutut sebab kat lutut aku pula ada besi.
Sakit pinggang (low back pain atau lumbago) sebenarnya adalah penyakit neurologis kedua paling umum setelah sakit kepala. Hampir setiap orang pasti pernah mengalaminya. Untungnya, sebahagian besar sakit pinggang sembuh hanya dalam beberapa hari. Sakit pinggang ni ada dua jenisiaitu Sakit pinggang akut atau jangka pendek yang lazimnya akan dialami untuk beberapa hari dan ada juga yang mengalaminya sampai seminggu. Sakit pinggang kronik pula adalah apabila berlangsung lebih dari 3 bulan.

Sebagian besar sakit pinggang disebabkan oleh trauma punggung bawah atau gangguan seperti sciatica dan artritis. Trauma tersebut dapat disebabkan oleh cedera olahraga, bekerja di rumah atau di kebun, atau tersentak tiba-tiba seperti kemalangan/accident kereta atau tekanan pada tulang belakang lainnya. Penyebab lain yang paling umum adalah apabila kita menggunakan otot-otot punggung  dalam kegiatan yang tidak biasa kita lakukan, seperti mengangkat almari atau melakukan pekerjaan berat seperti mencangkul.
Gejala sakit pinggang berkisar pada sakit otot yang menusuk atau ngilu, kaku atau susah nak bergerak atau tak dapat nak berdiri tegak. Kadang-kadang, rasa sakit yang dirasakan di pinggang dapat menjalar sampai ke tempat lain dari tubuh.
Tips untuk mencegah sakit pinggang
  1. Selalu melakukan peregangan sebelum latihan olah raga atau kegiatan fizikal lainnya yang berat.  
  2. Jangan membongkok ketika berdiri atau duduk. Ketika berdiri, jaga titik berat badan agar seimbang dengan kaki. Kalau bekerja di pejabat, cuba pastikan kedudukan kerusi dan meja adalah pada kedudukan yang selesa bagi kita. Sebab ada juga sesetengah meja yang tinggi berbanding ukuran ketinggian kita. 
  3. Sesekali bangun dari kerusi tempat kita bekerja. Cuba jalan ke sana dan sini beberapa minit supaya darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh anggota badan kita. Ataupun boleh juga letakkan kaki di atas bangku kecil


4.    Pakailah kasut yang betul saiznya dan selesa untuk kaki. Memang pakai kasut tumit tinggi dan kecil tu   
       cantik, tapi kalau mendatangkan effect pada badan, lupakanlah.

    
5.     Tidur mengiring juga dapat mengurangi tekanan pada tulang belakangkita. Jangan tidur atas tilam yang  
        terlalu lembut juga tau...

6.     Mintalah bantuan orang lain bila nak mengangkat benda yang berat.

7.     Jangan ambil barang sambil berdiri dan membongkok. Seeloknya bongkokkan lutut dan barulah angkat 
        barang tersebut
8.    Jaga nutrisi dan diet yang tepat untuk mengurangi dan mencegah berat badan berlebihan, terutama lemak di 
       sekitar pinggang. Diet harian yang cukup kalsium, fosfor, dan vitamin D membantu menjaga pertumbuhan 
       tulang baru.
9. Kalau merokok, cubalah berhenti merokok dan selalulah bersenam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/