17 October, 2012

Suka Ambil Kesempatan

Korang pernah tak alami benda macam ni? Maknanya ada orang suka ambil kesempatan atas kebaikan anda, atau pun anda sendiri yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang? Contohnya, kat opis korang ada sorang mamat yang pendiam dan jenis ikut sahaja apa arahan yang diberi tanpa bantahan atau apa-apa. Setiap hari korang akan minta dia pergi belikan makanan atau minuman kat korang. lepas tu korang mungkin tak bagi upah atas bantuan yang korang suruh dia buat tu? Kalau korang bagi upah pun, mungkin tak memadai macam bagi upah sebungkus nasi lemak RM1.00 je kat dia? Padahal tenaga dan wang ringgit yang dia keluarkan lebih dari sepatutnya (kena naik motor untuk pergi beli makanan).

Atau pun, kalau kat opis, korang suruh dia buat kerja macam-macam, padahal kerja tu kerja korang dan bukannya kerja dia? Contoh macam bos korang suruh korang buat profile sesuatu projek, dan tugas buat profile tu memang tugas korang. Sebaliknya, sebaik sahaja keluar dari bilik bos, korang dengan muka selamba minta sorang lagi hamba Allah untuk buat kerja tersebut padahal memang dah sah-sah kerja buat profile tu bukan kerja dia sebab benda tu tak termasuk pun dalam bidang tugas dia dan dia tidak diajar pun untuk buat benda tu masa dia sekolah/study dulu?

Memanglah budak yang korang suruh tu akan buat tanpa banyak bersuara. tapi korang ingat dia suka? Apakejadah nak buat kerja korang yang sah-sah tak ada dalam fail meja dia? Budak tu buat sebab terpaksa dan sebab tak mahu jadi cerita panjang. Kadang-kadang buat tu antara ikhlas dengan tidak jer. Kalau dari segi hukum agama...sapa nak jawab? Maknanya korang makan gaji buta jer tau tak?



"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur." - Surah Al A'raaf:10, Al Quranul Karim



"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." - Surah Al Ahzab:72, Al Quranul Karim

P/S. Aku bukanlah cerdik pandai dalam bab-bab hukum Allah SWT, tapi korang hayatilah makna 2 surah di atas...Jangan sampai Allah SWT tarik balik rezeki yang dia bagi untuk korang sebab korang tidak pernah bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan untuk korang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/