Apa maksud hipertensi/hypertension
hipertensi juga sebenarnya famous di kalangan kita sebagai tekanan darah tinggi. Biasanya, dalam kebanyakan kes, darah tinggi ni akan menyerang dikalangan orang dewasa, dan ajrang sangat dialami oleh kanak-kanak. Tekanan darah pula adalah tekanan darah yang berlaku disekitar dinding arteri (aku cakap ni hasil pembacaan aku ya...kalau salah minta maaf ya). Bila tekanan tu menjadi sangat tinggi, workload melampau (macam kita juga, kalau kerja dan kerja, sampai satu ketika, kita akan selalu buat silap dan akan sakit-sakit sanan sini), itulah yang boleh menyebabkan jantung kita terpaksa bekerja melebihi kemampuan untuk mengepam darah, dan itulah jugayang menyebabkan kerosakan pada arteri. Sebab tu, kalau kita tak kontrol dan membuatkan arteri kita over work, itu yang menyebabkan kita diserang sakit jantunglah, strokelah dan masalah buah pinggang.
Apakah tanda-tanda anda mengalami tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi juga turut dikenali sebagai pembunuh senyap. Sebab adakalanya langsung tiada tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh pengidapnya. Kenyataannya, seorang daripada 5 orang mengalami tekanan darah tinggi dan tidak mengetahuinya. Ramai yang tidak sedar dan tidak tahu, tekanan darah tinggi juga sebenarnya boleh mengakibatkan kerosakan pada hati, paru-paru (sistem pernafasan), saluran darah, buah pinggang dan juga otak sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Bacaan normal bagi tekanan darah kita adalah dalam lingkungan 110/75 @ 120/80. Kalau dah di bacaan 130/85, dah start kena hati-hati dan kontrol pemakanan ya. Dan kalau bacaan adalah 140/90, korang mungkin dah kena start makan ubat untuk kontrol tekanan darah korang. Arwah mak aku pernah 2 kali kena tahan kat spital sebab tekanan drah naik sampai 170 lebih. Tapi waktu kat spital tu, dorang tak bagi mak makan ubat apa-apa pun, just bagi mak relaks dan kontrol makan, lepas 1 malam tidur spital, dah boleh keluar. tapi diakhir hayat mak, kerana darah tinggi, arwah mak dapat serangan jantung masa mengerjakan ibadah haji masa tahun 1999 yang menjadi penyebab mak kembali kepadaNya di sana.
Oh ya, mengikut kajian, lelaki lebih ramai mengalami tekanan darah tinggi pada usia 45 tahun keatas. Tapi menjelang umur 65 tahun, orang perempuan yang lagi ramai dapat tekanan darah tinggi. Tapi, kalau dalam family korang ada yang mengidap darah tinggi, korang memang berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi ni. Lepas tu kalau korang ada kencing manis pun, peratus untuk korang dapat tekanan darah tinggi ni adalah besar. Macam dalam family aku, mak ada darah tinggi, ayah pula ada diabetic, so kami yang anak-anak memang mewarisinya. Macam abang aku yang sulung ada kencing manis, kakak pun ada yang ada kencing manis, ada abang yang ada darah tinggi...aku? Alhamdulillah setakat ni belum lagi, mungkin sebab faktor umur, tapi dah start berhati-hati ni...tapi kalau Allah dah tentukan, nak buat camna ya tak...
Selain faktor keturunan, dari pembacaan aku, faktor bangsa juga menjadi faktor kepada berlakunya tekanan darah. Lepas tu, garam juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kenaikan tekanan darah. dalam garam ada kandungan sodium yang boleh menyebabkan naiknya tekanan darah. Sebab tu, kalau kita ada tekanan darah tinggi, doktor akan minta kita kurangkan makan makanan masin dan makanan yang telah diproses sebab ikut kajian, makanan yang telah diproses ni biasanya mengandungi lebih 75% kandungan sodium didalamnya. Kalau ikut satu kajian di amerika, kita cuma digalakkan mengambil 1,500 mg sodium sahaja sehari iaitu dalam 3/4 camca teh saja...(uiks?)
Satu lagi, tekanan darah pun boleh naik juga kalau korang asyik stress. Contohnya bos aku sekarang ni. Kerja banyak, asyik stress, selalu mengadu letih. Kalau arwah mak aku dulu, kalau dia kata letih dan asyik nak tidur, maknanya tekanan darah dia naik tau. Lepas tu orang berbadan kiut (macam akulah tu), pun berisiko besar untuk mendapat tekanan darah tinggi. Ada juga orang yang tekanan darahnya akan naik hanya diwaktu mengandung (kakak aku). Dan kepada peminum alkohol, anda juga berisiko mendapat darah tinggi ya!
Treatment
Setakat yang aku baca, diet yang betul adalah ubat paling mujarab untuk menangani masalah high blood pressure ni. Lebihkan makan makanan berserat, rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan kekacang. kurangkan daging merah, banyak gula dan garam, alkohol dan kafein.(yang ni tak dak masalah bagi aku, sebab aku memang suka makan sayur dengan buah, tapi bab gula dengan garam tu...huh kena kontrol lagi ni). Senaman juga menjadi ubat mujarab dalam menurunkan tekanan darah ya...huhuhu...
Lepas tu, hasil bacaan aku juga, minum air kosong yang mencukupi juga bantu reduce high blood pressure tau. Sebab air membantu membuang lebihan sodium dalam darah kita. Selain daripada tu, of courselah ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.
So, kepada semua, sama-samalah kita jaga kesihatan kita ya. Kadang-kadang kita malas nak fikir pasal jaga kesihatan ni semua, tapi fikirlah orang yang kita sayang...
No comments:
Post a Comment