24 October, 2012

Hari Raya Korban - 10 Zulhijjah 1433 Hijrah


Assalamualaikum...dah nak sambut raya kita ya. Bagaimana persediaan korang untuk menyambut raya korban ni? Lepas tu kalau kat tempat korang, meriah tak raya haji ni? Adakah sehebat hari raya puasa lalu?


Aku raya haji tahun ni, macam biasa aku balik ke Terengganu, kampung cik abang. Skeptikalnya, aku rasa ramai orang berpendapat kalau raya haji, mesti sebelah pantai timur suasananya meriah sebagaimana raya puasa...betul tak? Dulu aku pun berpandangan macam tu. Tapi bila dah kahwin dengan orang sebelah sana, aku rasa, kemeriahan tu bukan terletak pada negeri mana, tapi lebih kepada bagaimana kita menyambutnya.

Sebab apa aku kata macam tu? Hah ni chek nak habaq pi okay. Chek ni orang utara, orang Kedah pheawlah katakan. Husband chek pula memang pheaw orang Terengganu, anak kelahiran Kuala Terengganu. Dulu masa mula-mula kahwin, chek kena sambut raya pertama iaitu raya puasa di Terengganu. Dalam hati, tak apa, boleh merasai kemeriahan perayaan di pantai timur. Tapi hangpa tau dak? Pagi-pagi raya chek dok tereyak sorang-sorang, sebab tak syok sungguh raya di sana. Tak meriah langsung. Tak dak orang/bebudak yang datang bertandang. Last sekali, sejak dua menjak kebelakangan ni, kalau balik raya sana (biasanya raya haji), belah petang chek dengan hubby sibuk meronda keliling kuala terengganu tengok kampung orang. Sebabnya boring...Masak pun, untuk makan sekeluarga saja

Macam husband chek pula, first time sambut raya adalah raya haji di kampung chek. Hah, terkejut beruk dia bila tengok kemeriahan kat kampung chek walau pun raya haji. Ramai bebudak datang bertandang ke rumah. Lepas tu, la ni, sejak mak mertua meninggal dunia, (ni bukan chek paksa tau) hubby lagi suka nak balik kampung chek kalau cuti, tak kiralah cuti raya ka, cuti rehat ka atau apa-apa cuti.

Kadang-kadang risau jugak sebab hubby tak balik Terengganu, takut ipar duai kata chek yang kontrol tak mau balik. Masalahnya, hubby chek yang malaih nak balik sana. Tapi jangan salah sangka juga ya, family chek bukan orang senang dan penuh kekayaan wang ringgit. Tapi mungkin satulah, family chek ramai, lepas tu kami mesra antara satu sama lain. Kalau berkumpul, bersembang tak ingat dunia. Boleh buat aktiviti macam-macam. Belah hubby pula, cuma ada dia dengan sorang kakak dan sorang abang. tak ramai. Lepas tu masing-masing sibuk. So masa nak berkumpul tu terhad.

Tambah sejak mak mertua dah tak ada (bapa mertua pun dah lama meninggal, tak sempat jumpa pun). Sebab kalau balik Terengganu sekarang, kami cuma balik ke rumah kakak hubby je. Rumah arwah mak mertua dah di sewakan pada orang. So hubby agak keberatan kalau balik dan menyusahkan keluarga kakak ipaq chek. Pernah chek cadangkan kat hubby, kalau segan nak tidur rumah kakak dia, apa kata kami tidur hotel, dia malas pula, bimbang kakak terasa hati...hmmm...susahkan

Apapun, raya haji kali ni, chek raya di Terengganulah. Dah beli juga sedikit juadah untuk di bawa balik. Belilah sikit-sikit. Sebab raya haji ni tak banyak pula orang sediakan juadah atau kuih muih...nak buat biskut macam raya puasa lepas, chek sibuk pula kebelakangan ni. Esok baru start cuti. Pagi-pagi buta lepas subuh dah nak bertolak ke Terengganu. Harap-harap selamatlah perjalanan kami berdua sehingga ke destinasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/