09 April, 2012

Makan-Makan Di Restoran Sri Ayutthaya

Hari Jumaat malam Sabtu aritu aku dengan hubby pegi makan dekat Restoran Sri Ayutthaya di Wangsa Maju. Actually this is my first time go there. Sebelum ini cuma lalu-lalang kat depan tu aja sebab pegi shopping abrang dapur dekat Carrefour Wangsa Maju sebelah dia tu, tak pun pergi ke Wangsa Walk kat belakang tu...

Sebelum itu, dua hari sebelum pergi makan tu aku dah booked dulu tempat. Bukan apa, hasil kaji selidik aku, ramai yang suruh booking dulu...katanya kalau tak booking, alamat kena menunggulah...full packs...So aku booking sekitar selepas Maghrib. Waktu aku sampai cuma ada sebuah keluarga Cina yang sedang menikmati hidangan. Alhamdulillah...tak ramai orang, santailah sikit. Cuma bila aku tengok waitress tu aku terfikir...dia cuma berkemban menghidang makanan...macamana dengan tonlesap (ketiak) dia...fuhh...kalau ada bulu-bulu halus yang berterbangan macamana?...Hopefully kebersihan terjagalah...

So inilah menu yang aku dan hubby order...
So juling-julingkan mata or miringkanlah kepala korang ya...nampak simple tapi kenyang gila...
Rasa macam membazirlah pulak...

Air yang hubby order...hubby buat lawak...bunga kena makan jugak ke? Hahaha...laki aku...
Ini pulak air yang aku order, tembikai laici blended...bukan setakat blend sekali, yang sebiji-sebiji laici pun ada juga...actually kalau minum air saja pun dah kenyang...
Menu wajib aku dan hubby bila makan Tahi cuisine...kerabu mangga muda...sedap...sebab dia pakai jus limau utk tambah masam, dan bukannya air asam jawa...tak rasa belacan sangat...

Appertizer...aku pilih deep fried squid...fuhh berpeluh nak habiskan...banyak sangat...
Tomyam seafood...okaylah...yang aku suka sebab tak banyak, just nice utk dua orang makan...tapi setakat aku dok makan tomyam ni, aku pernah rasa yang paling best sekali masa opis aku buat lawatan kerja ke Betong Thailand...fuhh memang kaww dan terangkatlah...hubby pun kalau makan tomyam mesti bandingkan dengan tomyam yang kita orang makan kat Betong tu...masam, pedas, masin, manis...apakata memang sedap sungguh...

Actually ini sebahagiannya...ada lagi iaitu kami order ayam pandan dengan telur dadar...tapi tak sempat nak snap...hubby dah lapar...
Untuk dessert hubby order mango sago...manis dan masam...hubby tak berapa boleh nak makan sebab mango tu betul-betul masam...aku komplen aje...
Aku pulak order Red Ruby atau sengkuang cina yang digaul dengan tepung, dalam tu ada hirisan nangka...sedap jugak tapi too sweet...aku makan tak habis pun...

Okaylah...dalam kami tengah makan tu, aku tengok meja mula dipenuhi orang. Kebanyakannya buat tempahan...jadi betullah tu restoran ni always pack...apapun, aku dan hubby berpuas hati makan kat sini. although harga agak mahal jika dibandingkan dengan kedai-kedai biasa, tapi dengan persekitaran dan suasana...aku rasa okaylah....setakat 3.5 bintang bolehlah aku bagi...

2 comments:

  1. memang best..baru semalam makan..hehhe

    ReplyDelete
  2. Order tak kerabu mangga tu? Sedapkan? Rasanya macam nak makan chicken green curry la pulak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/