02 April, 2012

Apam PolkaDot






Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
  • 150gm susu segar (saya guna susu cair kenkadang)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna filling blueberi)
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maximum sehingga adunan kembang
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping beg (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan tart atau lompang
  5. Picitkan apa-apa filling yang diminati, biasanya saya gunakan strawberi, blueberi dan nutela
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian buat corak dot atau lain2 corak macam bee, kumbang, bunga, angry bird or anything you wish to
  7. Kukus  selama 10 - 15 minit menggunakan api yang kecil. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. Saya menggunakan warna pudar untuk apam ni, kalau nak lagi cantik boleh guna banyak warna dan warna yang lebih terang
p/s: Resepi ini saya ambil dari blogger Anjungnorry...pohon izin C&P dan edit sikit2 ya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/