Semalam, aku dan lebih kurang 120 orang staff kat opis aku ni terpilih untuk hadiri semianr sehari bertajuk Muhasabah Diri. Secara kebetulan, hubby pun terpilih jugak. Tapi kami berdua biasalah...cover line...bukan semua orang kat opis ni tahu kami husband and wife...hehehe...biarlah rahsia bak kata CT Nurhalija...
Pendaftaran pukul 8.00 aku juga secara kebetulan, waktu seminar tu beberapa member baik aku turut terpilih...hahaha...dalam hati terfikir...agaknya group kami ni ramai yang kena muhasabah diri kot...hahaha...geng budak-budak nakal kat opis...Jangan salah sangka...actually ramai juga antara kami yang sudah menerima APC Anugerah Khidmat Cemerlang...so dalam nakal-nakal kami...we are the top class workers ya...
Ini contohnya ya...
So dalam seminar tu kami melalui beberapa sesi. Sesi permulaan adalah sesi ice breaking oleh Ustaz Faizul Ikhwan Erusan Al Shahalami...yang lawaknya tu...dia kata Shahalami tu sebab dia asal dari Shah Alam...kalau camtu aku plak...Jaharatunnur Izalea Ismaja Al Kedahi...sebab aku orang Kedah...hahaha...Tapi sesi dengan Ustaz ni lawak gila...Start dari pukul 8.30 sampailah lebih kurang pukul 12.30...kami gelak nonstop...macam-macam aktiviti yang dia suruh kami buat...yang syoknya tu dia kata inilah first time dia datang opis, muka orang semua macam tension aja...dia kata mungkin sebab nature of our job kot...hahaha...tahu takpa...
Selepas itu kami diminta untuk cuba mengenali setiap orang yang berada dalam bilik seminar...kami diminta berlegar-legar di sekitar bilik tersebut dan berhenti bila muzik berhenti berbunyi dan cuba mencari siapa teman di sebelah dan cuba mengenali mereka...setelah beberapa kali muzik berhenti, aku sempat mengenali beberapa teman baru...yang selama ini aku tidak tahu apa jawatan mereka walaupun satu opis. Antaranya seorang Pendaftar...tapi maaf aku telah lupa namanya...yang baru bertukar ke opis ni pada 1 Mac lalu
Antara yang dia suruh kami buat semalam adalah pertandingan merekacipta roket or kapal terbang kertas. Setiap dari kami diberikan sekeping kertas A4 putih dan diminta memcipta kapal terbang/roket dan mesti terbangkannya...setiap seorang...ha ambik kau...dah tua-tua ni, lama dah tak main kapal terbang kertas...so antara kami semua, cuma beberapa orang sahaja yang berjaya menerbangkan kapal terbang ciptaan masing-masing...aku pulak...toing...benda tu jatuh tak sampai pun 1.5 meter dari tempat permulaan...hmm...
Yang bestnya dia turut tandakan beberapa aras pencapaian yang kami berjaya terbangkan kapal terbang tu. Peringkat paling dekat dia tandakan sebagai dugong tua nak mampus...ha ambik kau...then peringkat wakil daerah, negeri, negara, dan seterusnyalah...So ramailah antara kami yang di peringkat dugong tuan nak mampos...hahaha...teruk sungguh....
Lepas tu Ustaz Faizul minta kami mengikut arahan dia untuk membuat kapal terbang kertas. Kami diajar membuatnya langkah demi langkah...oh baru aku tahu...cam gitu nak membuatnya. Sekali lagi kami diminta menerbangkan kapal terbang kertas milik masing-masing...dan agak menghairankan bila hampir kesemua kami berjaya menerbangkan kapal terbang kertas tersebut dengan satu sesi pengajaran teknik membuatnya, dan juga teknik membalingnya...Menurut Ustaz Faizul...dengan dorongan, panduan, keinginan dan tekad...semua kita pasti berjaya...
Selepas itu after tea break, kami diajak untuk bermain sekali lagi...kali ini bermain ayam...kami diminta berpasangan dan main osom...pada peringkat permulaan, kami semua diminta mengepak seperti ayam...sekiranya kami menang, kami boleh berjalan dengan bangga sebagai dinasour dan mencari satu lagi orang yang berjaya menjadi dinasour. Seterusnya kami akan osom lagi dan sekiranya menang kami berjaya menjadi ultraman, dan sekiranya menang lagi, maka kamilah raja...alhamdulillah aku berjaya menjadi raja...hehehe...sebab ada juga antara kawan-kawan aku semalam yang kalah terus dan terpaksa menjadi ayam sampai habis sesi permainan tu...hehehe sorry gang, i'm the king!
Lepas tu ada sesi mengenali personaliti...kami diberi beberapa soalan objective untuk dijawab. Dalam setiap mukasurat ada lebih kurang 25 soalan dan kami diminta menandakan apa yang kami setuju tentang diri kami. Dalam sesi tersebut akhirnya aku mengetahui aku berada dalam kelompok penguasa dan juga pemikir...hmm...rupanya aku dominan menjadi pengarah yang baik ya...hehehe sorry bang bini abang bossy sikit ya...and kedekut menurut Ustaz Faizul...hahaha...tak disangkal lagi...
Untuk sesi petang...akan bersambung...sebab petangnya kami bersama mentor kepada Ustaz Faizul...dan sesinya membuat mata aku bergenang...
Apapun...aku cuba menjadi anak, isteri, sahabat, pekerja, dan lain-lain yang baik belaka...
Untuk
No comments:
Post a Comment