04 April, 2012

Rahsia Baby Pandai Baca


(✿◠‿◠) AURAT ANAK-ANAK KECIL

“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”
[Asy-Syura ayat 49-50]


Jadi tidak usahlah rasa rendah diri jika kesemua anak yang dianugerah Allah itu perempuan.

Tidak pula berasa gundah-gulana jika ditakdirkan kita mandul. Malah saya nyatakan, jangan sekali-kali “pilih kasih” di antara anak-anak atas sifat jantina mereka. Ia amalan orang jahiliah!

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”
[ At-Tahrim ayat 6]

Itulah tugas utama yang perlu dipikul. Bagaimana mahu melaksanakannya? Pastikan anak-anak melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Bagaimana manual penjagaan anak?

“ Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur 10 tahun”.[Surah Al-Luqman]

Mungkin kita membuat pilihan supaya anak kita tidak bertudung atas alasan alahai… tidak mengapa dia masih budak.

Perasaan, “dia masih kecil” atau “dia masih budak” dan tidak perlu dipaksa dalam melaksanakan perintah Allah akan menyebabkan ia menjadi satu kebiasaan yang sukar dipulihkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/