04 April, 2012

RAHSIA MEMBENTUK ANAK HEBAT



SIBUK TIDAK BERMAKNA EFEKTIF
Benar, tiada ibu atau bapa yang sempurna di dunia ini. Yang ada ialah, ibu bapa yang efektif. Lebih efektif seorang ibu atau bapa mendidik anaknya, lebih besar potensi anak tersebut untuk cemerlangdan berjaya dunia dan akhirat.
Menariknya, sesetengah ibu bapa membanting tulang setiap haridemi menambah rezeki untuk anak-anak, tetapi tidak terfikir untuk menimba ilmu mendidik anaksendiri! Kumpullah seberapa banyak harta yang anda mahu. Hantarlah anak ke sekolah swastasemahal mana sekalipun.
Dapatkanlah khidmat guru yang paling berkalibar. Namun, harta atausekolah atau guru sebaik mana pun tidak boleh menggantikan diri dan tempat istimewa andasebagai ibu atau bapa jika anda impikan anak yang hebat.

MENGAPAKAH KASIH SAYANG TIDAK MEMADAI?
"Tapi saya sangat sayangkan anak saya. Bukankah kasih sayang syarat utama mendidik anak?"mungkin inilah yang tersedik di hati anda sekarang.
Ya, kasih sayang sangat perlu tetapi berapa ramai ibu bapa yang amat menyayangi anak merekanamun gagal membentuk anak menjadi seorang insan yang berwibawa? Berapa ramai anak yangtidak menghormati ibu bapa, yang mensia-siakan segala usaha yang dibuat oleh ibu bapa mereka,yang suka melepak ke sana sini sedangkan ibu bapanya saban hari membanting tulang untukmencari rezeki?
Tanpa memahami minda anak-anak, anda mungkin tidak tahu cara menunjukkan kasih saying andasebaik mungkin.
Sedangkan, tugas anda yang paling utama sebagai ibu bapa ialah menjadi sumberinspirasi kepada anak-anak anda. Supaya mereka bukan setakat menjadi "anak-anak yang baik",malahan membesar menjadi "anak yang cemerlang dan sehabis baik".

MENGAPA DOA TIDAK MENCUKUPI?   
Allah berfirman dalam Al-Quran: 
"Sesungguhnya Allah tiada merobah keadaan sesuatu kaum, sebelum mereka merobah keadaan dirimereka sendiri." ~ Surah Ar-Ra'd (ayat 11)
Benar, doa adalah senjata seorang Islam. Tetapi anda tidak boleh impikan hasil yang berbeza selagi usaha yang anda buat tidak berubah. Laksana seorang petani; apa saja benih yang anda tanam,itulah dia yang akan anda tuai. Allah akan membantu anda bila anda benar-benar berusaha untukberubah. Hanya doa seiring dengan usaha yang bersungguh-sungguh akan membuka jalan untukkeadaan yang lebih baik.
Mendidik anak akan terus menjadi satu perkara yang mengelirukan selagianda tidak mengambil inisiatif untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.
Hakikatnya, ada tiga syarat yang anda perlu ada untuk membentuk peribadi anak yang hebat:
1. Sikap Positif. Dengan sikap positif, minda anda terbuka untuk belajar dan berubah, jikaperlu. Ibu bapa yang bersikap negatif enggan menilai dan memuhasabah kelemahan dirisendiri. Akibatnya, situasi tidak boleh diperbaiki.
2. Ilmu Keibubapaan. Banyak ilmu yang perlu diahami yang boleh membantu anda untukmenjadi ibu bapa yang lebih berwibawa. Ini termasuk : pembawakan anak, kepintaranemosi, perbezaan dan persamaan anak lelaki dan anak perempuan dan banyak lagi.
3. Kemahiran Keibubapaan. Jika anak-anak anda suka bermusuh, iri hati dan dengkisesama mereka, apakah caranya untuk meredakan ketegangan ini? Jika anak anda sensitif,bagaimana cara terbaik untuk anda membesarkannya? Jika anak anda kurang yakin padadirinya, apa yang boleh anda lakukan untuk menjadi seorang yang lebih yakin pada dirinyasendiri?

ILMU KEIBU-BAPAAN TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI 
Mendidik anak perlukan ilmu yang ditimba dengan bersungguh-sungguh. Bacalahbuku, berjinaklah dengan seminar keibu-bapaan, fahami anak anda, fahami diri anda sendiri.Mendidik anak bukannya mudah.
Tetapi ia bukan suatu misteri. Banyak kajian yang telahdilakukan dalam bidang psikologi kanak-kanak yang boleh menolong anda memahamiselok-belok membesarkan anak anda.
Setiap kanak-kanak berpotensi untuk jadi hebat. Dengan memahami psikologi kanak-kanak, anda mampu untuk mendidik anak yang bermotivasi, taat dan berbudi tinggi.
Setiap anak boleh mencapai yang lebih baik. "Lebih baik"mungkin bermakna, "lebihbertanggungjawab", atau "kurang bertengkar dengan adik-beradik", atau "kurang baran" atau lebih cemerlang pelajarannya.

INGATLAH WAHAI IBU BAPA 
Kasih sayang tidak memadaiDoa tidak mencukupiIlmu keibu-bapaan tidak datang dengan sendiri. Timbalah ia bersungguh-sungguh seikhlas hatiAgar anak menjadi insan yang hebat dan pandai berdikariDemi Islam yang dicintai

by Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim on Tuesday, April 3, 2012 at 8:34pm ·
Sumber:Jamilah Samian[seorang Trainer Professional yang ditauliahkan oleh Institut Pengurusan Malaysia]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/