02 April, 2012

Sambutan Birthday K.Chik dan Ammar

Minggu lepas aku balik kampung...saja nak merelease tension. Maklumlah....banyak benda yang berlaku kat opis ni yang membuatkan aku dan husband tension giler. Politik kuat sungguh kat opis aku ni. Depa ingat depa kuat, sombong dengan orang. Depa lupa Allah SWT yang Maha Agong ada di atas sana.

Apapun kita tinggalkan masalah yang menyesakkan nafas tu.

Berbalik kepada cerita aku balik kampung. Kebetulan pada 27/3/2012 hari tu kakak aku yang aku panggil kak Chik dengan anak saudara aku Ammar Faidz sambut birthday pada hari yang sama. Kebetulan aku balik pada 24/3 2012 hari tu, aku pun merancang dengan kakak-kakak aku untuk buat sambutan birthday kat kedua-dua orang kesayangan aku tu. Kak Chik sempena menyambut birthday yang ke 45 aku rasa dan Ammar birthday yang keempat tahun...dah makin besar anak saudara aku yang penyabar ni.

Ekcely pada tarikh tu Ammar demam teruk juga, demam selesema. Tapi sebab mengingatkan kek yang dah lama dia idamkan, aku rasa dia dah excited sangat sampai tak kisah walaupun demam. Sebenarnya dah lama dia minta pada emak dia utk belikan kek ultraman. Tapi yalah kakak aku memang sibuk...balik mengajar pun dah pukul berapa...so dengan adik dia lagi, memang tak sempat.  Kak Chik pula tak kisah pun.
So satu hari tu aku try search kedai kek online di utara sana, especially sebelah Sungai petani. Lastly aku terjumpa kedai ni Yati Krazy Cakes yang pada aku agak pemes kat belah SP sana. So aku pun tempahlah kek dgn tema ultraman utk Ammar. Sebab tak mau membazir, aku just bagitau tuan punya kedai supaya hias kek dgn bunga warna pink, utk kakak aku, kak Chik.

Ini kek yang dihantar pada pagi tu...Ammar excited giler...

siap pesan bahagian yang ada gamabr ultraman dia punya...tak boleh potong...dengan senyuman yang dipaksa...tak larat sebab demam selesema...tapi sporting sebab mama suruh senyum...


Hubby dgn abg ipar...father of the birthday boy yg tak sabar nak makan... and birthday boy dgn sepupu...kawan baik dan musuh...Kak Nana...



Dan lagi sebenarnya waktu buat sambutan tu tiba2 Kak Chik bagitahu dia nak buat untuk anak saudara sorang lagi yang kami panggil Chik....la...tak adalah nama kat kek tu...tapi tak apalah...kita join sekali...birthday Chik yang ke 13 tahun...cepatnya masa berlalu...dulu kecik lagi...maknanya juga sudah 13 tahun emak pergi meninggalkan kami sebab Chik lahir pada tahun mak meninggal juga pada 27hb Mac 1999 yang juga merupakan birthday Kak Chik dan juga Ammar



Ammar dengan Kak Chik yang dia panggil mak...yalah kakak aku yang jaga dia sejak lahir...memang dia saling menyayangi depa ni...

Apapun....doa aku semoga ketiga-tiganya berbahagia selalu, sihat dan diberkati Allah SWT, berjaya dunia dan akhirat...buat Chik dan Ammar semoga menjadi anak yang berjasa dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/