Tapi itu cuma satu istilah je...ini ha...yang selalunya bila malam malam, masa kita sedang sedap berdengkur, tetiba kaki kena tarikh mengkarung @ simpul biawak...Ya Allah, sakitnya tak terkata. Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.
Kalau ikutkan, tarik mengkarung ni biasa dialami oleh bakal-bakal ibu, maknanya orang yang pregnantlah tu. Tapi aku ni dari dulu lagi dah alami benda ni. Nak kata mengandung...ish, tak pula aku mengandung...jadi kenapa ya menda alah ni berlaku?
P/s: petikan di bawah ni aku dapat dari blog madlut.com; -
"Secara saintifiknya , tarik mengkarung atau simpul biawak, atau muscle cramp ni terjadi sebab otot-otot kita yang berada dalam keadaan ketat (tight) akibat aktiviti cergas, kemudian tidak dilonggarkan atau direnggangkan terlebih dahulu sebelum kita berehat. Walaupun semasa kita berehat, badan kita memang relaks, tapi otot masih kekal dalam keadaan ketat. Ditambah dengan kekurangan air dalam badan dan juga asid laktik pada otot yang tidah dinyahkan, menyebabkan otot akan mengalami kesakitan. Biasanya, ia terjadi bila kita melakukan sesuatu aktiviti sukan, contohnya macam main bola, tanpa melakukan regangan terlebih dahulu.
Kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki atau betis sahaja malah mungkin boleh berlaku di bahagian-bahagian lain seperti paha, perut, tumit dan juga tapak kaki. Penyebab utama adalah kerana keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan"
Di bawah ni pula aku senaraikan cara untuk menghilangkang atau menyahkan biawak/mengkarung tu dari terus bersimpul kat urat kita ya...
1- Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut (aku dah amalkan benda ni sejak 3-4 tahun lepas...kenkadang rasa nak tergelak pun ada, dok tengah sedap-sedap tidur, tau-tau aku dah terlompat tergedik-gedik jalan tengah malam kat tepi katil)
2- Membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Pada peringkat awal semestinya ia amat menyakitkan, namun ia akan memberi kelegaan yang paling segera. (yang ni aku baru praktiskan, sebab malas nak terjun katil)
3- Ketika itu juga, urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki. (yang ni aku tak buat. Tapi kadang-kadang sebelum masuk tidur, kalau cuaca sejuk, aku siap-siap juga sapu minyak panas. Tapi tak selalu sebab aku risau nanti laki aku pula yang alri terjun katil sebab busuk minyak angin...hahaha)
4- Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan. (yang ni tak pernah lagilah...)
5- Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya. (betul tau, kalau aku minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi, jarang mengkarung dapat bertenggek kat betis aku...hahaha lagi...terbuat lawak bodoh la plak aku ni)
6-Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot. (Bab ni aku lemah sikit...makan ikut sedap aku ja. Rasa nak makan banyak aku makan, rasa tak mau makan, aku tak makan. Sebab tu berat tak pernah nak betul)

No comments:
Post a Comment