15 October, 2012

Berpakaian Tapi Bertelanjang

Canggihkan tajuk entry kat atas tu...menarik...

Actually aku terpanggil untuk menulis tentang hal ini bila aku pergi ke pameran Halfest 2012 di PWTC pada ahri Sabtu 13/10/2012 lepas. Apa kaitannya ya? Sebenarnya masa aku pergi pameran tu, kalau ada sesiapa lagi yang pergi ke PWTC, akan tahu bahawa bukan sahaja pameran makanan, minuman, ubatan malahan pakaian juga turut diadakan.

Memanglah dorang buat pameran/jual produk kosmetik...tapi yang aku sedih, masing-masing seolah-olah berlumba-lumba nak tunjuk mekap siapa lagi hebat (segelintir). Lepas tu bila cakap dengan pengunjung (lelaki) atau sedang berbual dalam telefon, suara getiknya Ya Allah...


Pada para peniaga yang pompuan ni, nasihat aku...janganlah tunjuk sikap gedik...berniaga biar jujur. Ini tak, dengan pengunjung, pembeli wanita, layan ala kadar, tapi kalau dengan pengunjung/pembeli lelaki...galak sungguh...dan satu lagi, perbetulkan juga bahasa dan lenggok tubuh...jangan nak mengendeng sana sini. Cukuplah sorang diri buat maksiat, jangan heret lelaki-lelaki atau suami orang diluar sana untuk berzina mata apabila melihat anda!


Di bawah ni saya petik dari Sunan's Blog dengan entri Wanita Berpakaian Tetapi telanjang...;-


   "Telah ramai gadis Melayu yang melilit tudung mereka paras leher dan sekaligus menampakkan dada. Perihal ini, ada   
sebuah hadis tentang golongan ahli neraka yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis : “Dan orang-orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan-gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya..” (Sahih Muslim).
Sesungguhnya ini merupakan satu mukjizat Nabi s.a.w. Memang benar pada akhir zaman ini begitu ramai golongan wanita yang ‘berpakaian telanjang’. Para ulama memberi definisi berkenaan maksud hadis ini. Antaranya adalah : Pertama, dikatakan mereka berpakaian daripada nikmat Allah tetapi ‘bertelanjang’ daripada mensyukurinya iaitu tidak bersyukur. Kedua, dikatakan ia membuka sebahagian anggota tubuhnya dan mendedahkannya secara zahir. Ketiga, dikatakan ia memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulitnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk badannya.
Pada zaman ini kita dapat melihat kebenaran yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis ini. Barangkali agak sukar untuk digambarkan keadaan tersebut pada zaman itu. Kerana Nabi s.a.w menyatakan dalam hadis yang sama: “Aku belum pernah melihat mereka ini.” Ertinya pakaian seumpama itu belum ada pada zaman jahiliah Arab dan para sahabat juga tentu tidak dapat membayangkan keadaan tersebut. Berpakaian telanjang?"
Memanglah nampak cantik dan bergaya, tapi kalau sampai menjolok setiap pandangan mata...menyebabkan ada hati wanita lain yang terluka, menyebabkan runtuhnya sebuah masjid...cantik pun tak berguna...Kadang-kadang yang menyakitkan hati, bila pakai jubah, tapi seksinya ya amat...terbonjol sana, terbonjol sini...kain pula jenis yang lycra, bergetah...hah apalagi...bila jalan, nampak je alur...


Kempen Legging



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/