19 October, 2012

Buah dan Bentuknya Dalam Memberi Khasiat Kepada Tubuh Kita


Korang suka makan buah dengan sayur tak? Aku memang suka makan buah dengan sayur ni. Kadang-kadang mengidam nak makan sayur atau buah kalau dah lama aku tak makan. Kalau aku, makan nasi dengan sayur + ikan goreng pun dah cukup. Paling aku suka sup sayur campur yang ada brokoli, cendawan, bunga kobis, karot dan tomato...pergh...makan tak ingat donia...

Tapi ada juga member-member aku yang langsung tak makan sayur. Tak tahulah kenapa dorang tak suka makan sayur. Ada sorang member aku tu, jangan kata sayur, buah pun tak makan. Aku tak tahulah macamana sistem imunisasi badan dia...sihat je dia...tapi mungkin sebab dia suka makan makanan berempah kot...(?). Yang husband aku pulak, kalau sayur dengan buah tu, memilih juga. Kalau sayur, cuma makan sayur taugeh, karot, tomato, sawi dengan kailan. Buah pula cuma anggur, rambutan, ciku, duku, langsat, tembikai, nanas, jambu dan 1 atau 2 jenis lagi. Yang lain jangan harap dia nak makan...

Kat bawah ni aku dapat dari cik google...(selama ni tak perasan pula aku persamaan ni...

1. Pisang – Bibir (senyuman)
Mulakan hari indah dengan dan tersenyumlah dengan makan pisang. Pisang mengandung protein yang disebut tryptophan yang apabila telah dicerna, protein ini akan bertukar secara kimia menjadi serotonin. zat ini adalah zat yang penting di dalam otak dalam mengatur suasana hati dan merupakan salah satu ubat anti tekanan yang berkesan dengan meningkatnya pengeluaran kimia serotonin. Mood yang baik berarti hari yang indah bakal kita lalui

2. Cendawan – Telinga
Cuba korang potong cendawan butang misalnya, korang akan dapati cendawan tu mungkin ada iras-iras telinga macam telinga korang...perasan tak?. Tahu tak cendawan dapat meningkatkan daya pendengaran korang? Sebab mengikut kajian, cendawan merupakan salah satu makanan diet yang mengandung vitamin D. Vitamin ini penting untuk kekuatan tulang, bahkan untuk bahagian yang kecil, seperti tulang telinga yang “menyalurkan” suara ke otak. Jadi suka-sukalah makan cendawan ya bagi yang mempunyai masalah pendengaran kurang jelas tu ya...insyaallah dengan izin Allah, mungkin masalah korang boleh berkurangan...

3. Brokoli - Kanser
Kalau kita tengok secara teliti kita akan dapati sayur brokoli ni macam membentuk ratusan sel kanser. Memang terdapat kajian yang dibuat di US pada Tahun 2009, di mana US National Cancer Ins. mendapati dengan makan brokoli secara teratur tiap 1 minggu dapat mencegah kanser sebesar 45%. Dan sekali lagi, kita hanya berusaha, selebihnya hanya Allah SWT yang menentukannya. Kat sini aku paparkan sebahagian report yang dikeluarkan oleh Daily Science "Sulforaphane is particularly abundant in broccoli, but also found in other cruciferous vegetables such as cauliflower and kale. Both laboratory and clinical studies have shown that higher intake of cruciferous vegetables can aid in cancer prevention.
The research was supported by the National Institutes of Health and the OSU Environmental Health Sciences Center."

4. Halia - Perut/Usus
Senangkan nak menggunakan halia ni. Aku rasa kat Malaysia ni, malahan seluruh dunia, orang memeang suka menggunakan halia dalam masakan. Halia memang bagus dalam penjagaan perut/sistem penghadaman kita. Aku waktu kecik-kecik dulu, kalau perut kembung mesti arwah mak aku akan rebus air halia taruk gula sikit lepas tu bagi aku minum. Hah...lepas tu, bedebum bedebam aku buang angin yang tersekat kat dalam perut aku yg kembung. Halia memang membantu sistem pencernaan. Kalau korang tengok kat Malaysia sekarang ni pun, ramai yang kelaurkan produk kurus yang menggunakan halia sebagai bahan utama. Di China pun sama, halia  telah digunakan lebih dari 2000 tahun sebagai ubat untuk menenangkan perut dan mual – mual, salain dari tu, halia juga berfungsi untuk mengurangkan rasa mabuk. Tapi terdapat juga satu kajian yang dijalankan di Universiti Minnesota yang berjaya menemukan bahawa halia dapat menjadi satu bahan dalam menghalang kanser usus...

5. Keju - Tulang
Keju mempunyai kandungan kalsium yang sangat tinggi, yang merupakan bahan yang penting untuk kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis. ditambah dengan mineral lain , fosfat, akan menghasilkan kekuatan didalam tulang dan menambah kekuatan otot. Mempunyai kalsium yang cukup di masa kecil, sangat membantu untuk kekuatan tulang. Kajian oleh University of New York di Colombia menunjukkan remaja yang mengambil kalsium 800-1200mg per hari berhasil menambah kepadatan tulang hingga 6%. Tapi jangan lupa, keju diperbuat dari susu ya. Kalau tak lalu makan keju, minumlah susu pada jumlah yang mencukupi untuk keperluan tulang kita

6. Anggur - Paru-paru
Kalau kita tengok gambar paru-paru kita terdiri, ianya macam ada cabang – cabang yang semakin mengecil lepas tu ada gelembung – gelembung kecil yang disebut alveoli. Binaan yang menyerupai anggur ini membolehkan oksigen mengalir dari paru – paru ke dalam saluran darah. Salah satu alasan kenapa bayi yang lahir pre mature/tidak cukup bulan sukar untuk bernafas adalah kerana alveoli hanya terbentuk pada usia kandungan 24 minggu. Diet dengan memakan anggur juga dapat menurunkan risiko kanser paru – paru dan emphysema. Anggur mengandung zat kimia yang disebut proantosianidin yang dapat mengurangkan masalah asma akibal alahan

7. Tomato - jantung
Tomato biasanya berwarna merah dan mempunyai 4 bagian, sama seperti jantung kita. Tomato mengandung lycopene yang sangat besar dan merupakan zat kimia dari tumbuhan yang mampu mengurangi risiko serangan jantung dan beberapa kanser. Pusat Kesihatan Wanita Amerika menyatakan yg wanita dengan level lycopene yang tinggi dalam darah berisiko mendapat serangan jantung 30% lebih kecil daripada yang memiliki sedikit lycopene. Selain itu, lycopene juga melawan kolesterol jahat.

8. Walnut - Otak
Lipatan – lipatan pada walnut mempunyai bentuk yang sangat mirip dengan otak manusia merupakan petunjuk bagi fungsi kacang walnut itu sendiri. Walnut merupakan satu – satunya kacang yang mengandung asid lemak omega 3. Zat ini mampu mengurangi risiko dimensia. pengkaji mendapati bahawa walnut juga dapat melambatkan proses penuaan otakdan mencegah penyakit Alzheimer. 

9. Karot - Mata
Kalau kita potong karot, kita akan dapat tengok yang bahagian dalam karot mempunyai bentuk yang hampir sama dengan mata, terutama retina. ini adalah petunjuk yang jelas tentang fungsi karot pada mata. Karot mempunyai banyak vitamin dan antioksidan dan salah satunya yang memberikan warna oren pada karot adalah betacarotene, yang mampu mengurangi risiko katarak. Kombinasi beberapa unsur kimia di dalam karot mempunyai fungsi unik yang bermanfaat bagi mata 

10. Batang Seleri - Tulang
Gambar kat atas tu memang nampak batang seleri tu macam bentuk tulangkan? So memang memeranjatkan bukan bila Allah menciptakan sesuatu tu penuh dengan fungsi dan tugasnya. Menurut kajian seleri merupakan sumber yang sangat tinggi dengan silikon iaitu salah satu sturktur molekul yang membantu menguatkan tulang. Jangan tak tahu, di dalam tulang, terdapat 23% sodium dan begitu juga jumlah yg sama terdapat di dalam sebatang seleri

11. Avokado - Uterus/rahim

Macam bentuk uterus kita wanita bukan? Sebenarnya avokado adalah sumber yang tinggi dengan asid folic. Kaum wanita memang tahukan asid folic memang bagus untuk kita sebab ianya dapat mengurangkan salah satunya adalah masalah kanser servik atau radang/barah pangkal rahim

Hmm...macam-macamkan...langsung kita tak terfikir...actually ada banyak lagi antaranya kepah dengan organ seksual lelaki, sweet potato/ubi keledek/ubi manis dengan pankreas dan macam-macam lagi. Sebenarnya banyak yang perlu kita terokai...apapun, enjoy reading informasi yg saya dapatkan dari cik googlish ni ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/