Terlalu lama dudk di meja kerja, lama mengadap komputer, posisi tidur yang tidak tepat atau stress yang berkepanjangan boleh menjadi penyebab kepada masalah leher tegang dan kaku yang juga dikenali sebagai muscle tension.
Actually aku pernah mengalami keadaan ini suatu ketika dulu di mana muscle di bahagian leher/tengkuk saya membengkak sebesar telur akibat tekanan kerja dan selalu mengadap komputer serta mengangkat fail yang berat. Pada peringkat permulaan, aku mengalami ketegangan otot yang amat sangat di bahagian leher sebelah kanan menyebabkan aku demam dan tidak mampu mengalihkan leher ke kiri atau kanan. 3 klinik aku pergi, sampaikan ada satu klinik menyarankan agar aku buat CT scan kerana berkemungkinan aku mendapat brain tumor...mohon dijauhkan...last sekali aku pergi ke Hospital Selayang sebab bengkak yang sebesar telur ayam kat leher aku tu dah berbuah jadi 3 bijik...korang bayangkan!!! Alhamdulillah bila aku pergi Hospital Selayang, doktor tu sekali tengok je terus dia tanya aku banyak kerja ke, selalu mengadap komputer ke and selalu angkat benda berat ke? Jawapan aku yes...so dia pun bagilah ubat kat aku antaranya magnesium...dan ubat sapu yang aku dapat dari bahagian klinik pakar kat Hospiotal Selayang...alhamdulillah lepas 2 hari makan, bengkak tu menyusut...tapi sekarang ni rasa macam sakit tengkuk baliklah...kena cool sikit ni...takleh stress
So sekarang kalau aku stress biasanya aku pegi spa...aku suka and relaks je bila ada orang pampered aku...
Okay sambung balik...
Bila dah sakit urat leher, nak buat apa pun susah, sakit leher selalunya akan menyebabkan sakit kepala. So hasil bacaan aku kat internet, antara yang disarankan adalah empat langkah di bawah ni. So kalau mula merasakan urat leher tu dah mula tegang dan kaku untuk digerakkan, nak paling kiri kanan pun susah, cubalah langkah ni.
Step 1: Lakukan regangan pada bahu dan leher dengan menggerakkanleher ke kiri dan ke kanan secara perlahan. Ketegangan pada leher terjadi karena adanya kontraksi di bahagian bahu dan leher yang biasanya disebabkan oleh stress atau tekanan.
Disarankan melakukan regangan ini waktu pagi selepas bangun tidur dan kalau rasa muscle mula menegang. Langkahnya adalah dengan cukup sekadar menggerakkan kepala dengan memutar mengikut arah jarum jam atau sebaliknya perlahan-lahan 9macam cikgu selalu ajar masa mula-mula nak warming up masa sekolah dulu tu). Lakukan secara berulang sampai muscle mula terasa mengendur.
Step 2: Boleh guna apa saja krim penghilang rasa sakit, macam tiger balm kat bawah ni yang ada rasa mentol yang panasnya efektif melepas rasa tension pada muscle tu dan sendi yang menegang. Aku kat rumah mesti ada stok pelekat tiger balm...kenkadang kalau aku sengugut pun aku letak benda alah ni...
Step 3: Jumpalah doktor berdekatan anda dan dapatkan nasihat perubatan serta vitamin yang boleh membantu melegakan dan menghindari kita dari rasa tension
Step 4: Tapi kalau alergi dengan ubat, boleh juga hilangkan rasa tegang kat bahu atau tengkuk yang kaku tu dengan air panas atau sejuk. Kalau tak tahan panas, boleh ambil beberapa ketul air batu/ketul ais, letak dalam bekas plastik atau tuala, wrap aje kat leher korang. Letaklah dalam 5 hingga 10 minit. Nak buat berulangkali pun boleh...tak salah, cuma pastikan stok air batu banyak kat peti ais tu sudahlah
.
kalau nak yang panas pula, boleh ambil satu tuala muka dan panaskan dalam microwave sampai agak panas. Lepas tu bolehlah letak disekeliling leher/tengkuk sampai tuala tu sejuk balik...tak pun boleh rendam dalam air panas...
sedang mengalami ...
ReplyDeletesaket sangat nie ..2 hari lepas bangun2 dari tidur je mmg tak dapat gerak ,
kejutkan kawan kat sebelah )nasib baik katel ostel rapat dok pukul die tgah tedoq ja) ,bgtau die pale xleh gerak ,die pn nk usik la leher tu ,langsung MENANGES saye ,sbb mmg tak pernah urat tegang smpai mcm tu ..b4 nie if tgang or salah tedo pn msty oke lagi still gagah ,tp kali ni sampai sy x dpt g kelas la .. :(
now dah 2 hari ,yok02 pn dah habes sy kerjakan still x el0k ...mcm mana nie ..es0k ada test :(
same lar..sy pn ponteng klas jgk..hrini bt amali prsampelan mknn..:(
DeleteTips yang sangat baik. Terima kasih. Saya juga nak kongsikan beberapa petua lain antaranya, kurangkan minuman sejuk yang ber gas. Kurangkan makan daging kambing. Kurangkan mengangkat benda berat yang memberikan tekanan pada leher anda. Tq
ReplyDeleteTime.kasih atas info ni.. sbb saya mengalami ketegangan leher sesekali ia dtg..
ReplyDeleteT.Kasih, sejak akhir-akhir ini saya selalu rasa tegang leher, saya sedang mengalami stres yg sangat kuat sekarang.
ReplyDelete