02 May, 2012

Makan-Makan Di Nando's Malaysia/Sogo

Hari Ahad lepas, sesaja gi jenjalan dgn hubby dekat SOGO KL, saja nak tengok keadaan di bandar KL selepas bersih 3.0. Masih nampak kesannya...dan seperti biasa, orang masih ramai. Pada agakan aku, mesti orang KL yg turun lepas tension...tapi sebahagian lagi adalah peserta bersih yg ambik peluang datang shopping kat KL lepas habis demo...ah lantak koranglah...jangan menyusahkan aku sudah...

So hari Ahad tu 29/4/2012 aku memula tu tak nak shopping sebab ingat nak pergi Nilai 3 masa cuti hari pekerja 1 Mei. Tapi bila sampai sogo, ada sale barangan keluaran Bonia dll. Sekali dah tersangkut beli kasutlah pulak...hehehe...laling aku pulak jangan ceritalah...dia memang kaki shopping. Tapi sebab tak nak mengaku, dia bagi alasan aku pulak yang paksa dia beli T.Shirt warna pink sebab anak saudara kahwin pakai warna pink...hekeleh hubby aku ni...

Hehehe high heel/hell(?) yg aku baru beli...cadangnya nak buat pergi meneman anak saudara hari kenduri nanti 27/5/2012 di rumah pengantin lelaki...4.5 inci tu...first time aku pakai high heel setinggi ni...biasanya setakat 3 inci ja...



Ni gambar hubby yg tak sabar dok nunggu makanan...4 kali dia refill air dalam kami dok makan tu...


Ini pula aku makan sebagai appertizer...hahaha...orang buat dessert...

Dan inilah yg aku makan dgn hubby...actually bagi hubby ini baru 2nd time dia makan nando's, sebab dia ni pemilih sikit bab-bab makan ni...first time dulu aku bawa dia makan kat KLCC, dia kata tak sedap sebab dry sikit daging ayam dia...kali ini dia puji kata sedap...
 Actually ada satu dish lagi yg aku order...pita and hummus...tapi lupa nak tangkap gambar...apapun...alhamdulillah, kenyang sesangat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/