04 May, 2012

POTLUCK - 4/5/2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak berkumpul, akhirnya inilah kali pertama tahun 2012 ni aku dan member-member seangkatan berjaya mengumpulkan diri. Itupun bukan semua dapat hadir. Apapun, terima kasih pada yang tidak pernah jemu hadir dan memberi sokongan pada member sejawatan dengan kita.

Untuk potluck yg julung kalinya dapat diadakan ditempat aku ni, aku rasa aku relaks je...dah pro kot handle majlis...hehehe perasan. Yalah sebagai tuan rumah, takkan nak suruh tetamu pula ambil alih tugas kat dapur tu ye...sikit-sikit aku buat, alhamdulillah selesai semuanya

Untuk potluck pertama tahun ni, aku masak kari ayam, goreng ikan pekasam dan juga pencuci mulut kek pandan kastard. Actually, sebelum ni aku rancang nak buat whipped potato dgn coleslaw je, tapi ada pula member yg tanya apa main dishnya...hahaha...nampak sangat perut orang Melayu...mesti nak makan berat macam nasi...so terpaksa tukar rancangan kpd potluck nasi berlauk...

Tapi aku tak sempat pun nak snap juadah yang terhidang arini, sibuk melayan tetamulah katakan. Terima aksih pada member2 yang sudi bawa hidangan utk dikongsi bersama-sama. Semoga hari Jumaat ini, pahala kita memberi makan kepada insan-insan yg kelaparan...kitalah tu, akan diberkati Allah SWT

Thanks bebanyak pada K.Zuraidah yang bawa sambal udang dan buah mangga, Zolmazlinawati yang susah payah belajar buat sup sayur campur, K.Suryany yang bawa sambal  ikan bilis, buah-buahan kering dari Mekah serta karipap, K.Khadijah Wazir yang bawa puding roti karamel, Intan yang bawa sambal belacan, Suriyati yang masakkan nasi, kek coklat dan kacang panggang, Saras yang bawakan yong tau foo dan kekacang, Awais dan Ms Loo yang bawakan buah-buahan...alhamdulillah, semuanya rezeki dari Allah...


Ini kastard yang tengah aku masak...untuk kek pandan kastrad aku...ekcely aku geram dgn satu buku masakan tu, betul2 aku ikut resepi dia utk kastard, sekali yg jadi...keras gila...masa tengah mengacau tu aku dah terpikir...apasal nampak macam nak jadi keras semacam ja...huh...orang nak tulis buku masakan, dia pun nak tulis, tapi ilmu kedekut...bagi resepi ntah hapa-hapa...len kali aku ikut resepi kastard aku sendiri, lagi sedap...ini terpaksa aku tambah itu ini sebab resepi menipu...yalah, adakah patut dia tulis santan 50 ml, air pandan 120 ml...aku pula betul bendul...main ikut ja...sekali kau...hah tongkol kastard aku...


Yang kat atas ni pula kari ayam aku...alhamdulillah semua member cakap sedap...


Ni pula meja kat opis aku yang dah aku setkan utk hidangan...oklah...


Yang kat atas ni pula, kek span pandan aku yang tengah mengembang...aku happy sangat dengan kek aku sekarang ni. Aku dapat resepi kek dari blogger Cikmin...terima kasih utk resepi kek yang menjadik selalu bila aku buat kek...wa respect lu la sis!!! Tak kedekut ilmu...bagi resepi yang betul-betul menjadik...lembut, ringan dan gebu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/