Actually, 1 hari sebelum tu aku dapat call dari abang sulung aku, iaitu bapa bakal pengantin. Aku ingatkan abang aku nak ingatkan pasal kenduri tu, rupanya, dalam masa yang sama, ayah aku di masukkan ke wad lagi. Sebabnya ayah aku penat, susah nak bernafas. Waktu aku dapat phone call dari abang aku tu aku dah risau habis. Yalah, ayah aku bukannya muda lagi. Umur dah 83 tahun dah. Dah lanjut usia ayah. So, pada usia yang dah senja ni, macam-macam penyakit yang ayah deritai, kencing manislah, buah pingganglah, jantunglah dan terkini penat dan darah tinggi...doa aku bila aku meningkat dewasa nanti dan menggapai usia tua, aku tetap maintain sihat...insyaallah...sebab aku tak ada zuriat, takut nanti aku menyusahkan kaum keluarga yang lain pula. Apapun, setelah aku call kakak2 aku yang lain, aku ambil keputusan utk balik pada pada hari Jumaat. Sebab sometime, ayah aku cuma perlukan perhatian dan bukannya nazak...Sebenarnya itulah yang aku harapkan sebenarnya...
Ini gambar ayah masa dapat rawatan di Hospital ...tut..., kesian ayahkan. Gambar ni kakak aku K.Ilah yang hantar. Actually ayah dekat hospital ...tut...tak lama cuma satu malam. Family aku putuskan nak hantar ayah ke Hospital ...tut...(swasta) setalah kami tidak berpuas hati dengan tahap rawatan yg diberikan pada ayah. Bila transfer ke Hospital swasta ni pula, tetiba Doktor yg biasa rawat ayah cutilah pula. So tak ada doktor yg arif tentang penyakit ayah aku. Depa minta kami bawa ayah balik dulu. Eh...mana boleh camtu. So, sekali lagi family aku berbincang. Keputusannya, kami bawa ayah ke KMC/KPJ. Actually dekat KMC ni pun ayah memang dah biasa dapat rawatan di situ. Tapi kami tak bawa ke situ awal-awal sebab KMC di Alor Setar, ayah di Merbok. So hospital yg terdekat of courselah di sekitar SP.
Tapi alhamdulillah, bila ayah di hantar ke KMC/KPJ, ayah ditempatkan di ICU 3 malam juga. Tapi alhamdulillah kesihatan ayah nampak makin okay. Yang peliknya, terus Doktor Pakar kat situ dapat trace masalah ayah aku. Peliklah pula, mana kepakaran hospital kerajaan. Kenapa tak ada doktor pakar yang emrawat ayah aku masa di sana? Hmm... attitude kot? Masa di ICU KMC/KPJ ayah turut diberi rawatan physiotherapy bagi mengurangkan kahak ayah yg pekat sangat sebab jangkitan kuman. Dan alhamdulillah, walau ayah masih ditempatkan di wad, tapi ayah dah diletakkan di wad biasa dan ayah dah makin okay. Makan pun dah berselera.
Eh, tercerita pasal ayahlah pula padahal entry awal tentang K.Pah punya wedding...hahaha...selingan
aku malas nak cerita panjanglah, biar gambar menerangkan segalanya...we are all in pink...cun jugak...ibarat kata kakak aku...nampak muda jelita...hahaha
No comments:
Post a Comment