03 April, 2012

Bahulu

Sebenarnya aku dah lama buat bahulu ni, tapi baru sekarang rajin sikit nak uploadkan gamabr beserta resepi. Dan disebabkan aku ini teramatlah rajinnya dan tak sabar nak menunggu seperti biasa, acuannya aku guna bukan sahaja acuan yg biasa orang guna tu, aku juga guna acuan tart...hehehe. Tetiba rasa nak makan bahulu. Nak beli kat kedai rasa macam dorang jual yang dah lama, tak fresh. Aku nak makan bahulu yg panas-panas baru keluarkan dari oven.

Resepi yg aku gunakan, pohon utk C&P ya tuan tanah kedaung... medanselera88....

So inilah hasilnya...ekcely aku buat separuh adunan saja...tu pun tahan 2 -3 hari kat rumah aku sementara nak habis...

BAHAN-BAHAN
  • 10 biji telur gred A                        ]
  • 380gm gula pasir                         ]
  • 1 sudu kecil esen ros                  ]     semua ni aku guna separuh je...
  • 200gm tepung gandum                ]
  • 1/4 sudu kecil baking powder   (tak letak pun...sebab dulu2 tengok mak buat bahulu tak letak pun menda alah ni, sedap dan nyaman juga bahulu dia)
CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  2. Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.
  3. Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.
  4. Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.
  5. Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.
  6. Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejap saja. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung. 
  7. Suhu bakar 220C sehingga bahulu kekuningan. Bahulu naik lebih cantik kalau 'off' kan kipas kat oven sbb kalo guna kipas bahuluakan mengecut sedikit nanti


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/