09 April, 2012

Menu Hari Sabtu - 7/4/2012

Hari Sabtu 7/4/2012...sekitar pukul 7.40 aku ajak hubby ke pasar tani di kawasan masjis Al-Firdaus Segambut Luar. Sebab kat situ setiap hari Sabtu ada pasar tani. Macam-macam ada...aik...macam as...tut...lah pulak...tapi aku suka pegi pasar ni sebab banyak ulam-ulaman kampung, yang kebanyakannya aku tak kenal.

Pasar tani ni, kalau bulan Ramadhan, janganlah buat-buat terfikir nak pergi lambat...kalau pergi sekitar pukul 9.00 pagi pun alamatnya tinggal sisalah...dari kerepek, ikan, ayam, sayur dan ulam, hinggalah ke makanan siap seperti kuih-muih, bihun sup, kuih peneram dan banyak lagi. Ada juga yang jual frozen food, tapai, ketupat, kurma, rempah ratus, ikan kering termasuklah pakaian dan macam-macam lagilah...

So aku dengan hubby biasanya akan berbincang dulu nak makan apa kalau hari cuti. So untuk ahri Sabtu, kami sepakat nak makan ikan tenggiri singgang stail mak mertua dan juga kepala ikan tenggiri masak asam. So aku pun belilah benda-benda basah tu semua termasuk beberapa ekor ikan kembung/temenung dan juga tulang lembu...yang dirancang utk masak pada hari Ahad. Sayur pula aku beli terung...dalam hati teringat...sedapnya kalau buat ulam...bakar...Satu lagi aku beli ulam apa ntah...aku pun tak tahu apa ke namanya...hentam sajalah labu...actually dulu aku tak suka makan ulam ni, but then aku realized semua orang galakkan makan ulam sebab bagus utk badan...so aku pun mulalah makan...the thing is aku tak berapa suka sambal belacan...bukan belagak, tapi aku tak tahan pedas...sikit-sikit tu bolehlah...tapi kena buat jugak sambal belacan sebab hubby hantu sambal belacan...

So pagi tu selepas balik dari pasar...ops, lupa nak cerita...aku juga beli kuih peneram/denderam...aku suka sebab pakcik tu goreng panas-panas kat situ...bila sampai rumah, aku pun apalagi operasi cucilah barang-barang yang aku beli tadi...mana yang nak masak, aku ketepikan dalam satu bekas, mana yang nak digunakan untuk masak esok aku masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti...

Ini Ikan Tenggiri Goreng Asam yang aku masak...saja aku beli bahagian kepala...teringin...

Resepinya...saya ambil dari myresepi.com oleh lelayong...dan saya perasakan mengikut ajaran arwah mak mertua...saya pohon izin C&P resepinya ya...


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • @Bawang merah 6 ulas ( saya cuma pakai satu labi bawang besar)
  • @Bawang putih 2 ulas (saya letak 3 ulas)
  • @Halia 1 inci
  • @Lada kering (saya guna ready made cili giling)
  • @Sedikit Belacan
  • Jus asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 ekor ikan bawal sederhana besar (saya guna kepala ikan tenggiri)

Cara-cara

  1. Semua bahan @ dikisar dan ketepikan
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga masak - Ketepikan
  3. Asingkan minyak ikan yg digoreng tadi dan tinggalkan sedikit utk menumis bahan @
  4. Apabila bahan @ dah garing, masukkan jus asamjawa, garam, gula dan sedikit air, tunggu hingga mendidih dan kering.
  5. Apabila dah masak, tuang sambal tadi ke atas ikan yg telah digoreng.
  6. Sedia untuk dihidang bersama lauk sampingan yg lain.


So untuk resepi ikan singgang pula, saya guna resepi oleh myresepi.com oleh amy den, cuma saya perisakan megikut ajaran arwah MIL


Bahan-bahan ( 4 org makan (sepinggan) )

  • seekor ikan aya (ikan tongkol) saiz yang sedang2 je (saya guna ikan tenggiri)
  • air 4 cawan
  • bawang merah 2 ulas(dipotong halus) (saya guna 1/2 labu bawang besar)
  • bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
  • garam secukup rasa
  • lengkuas (sikit je) (saya letak banyak dalam 5 inci)
  • asam keping (saya tak letak sebab lengkuas sudah mengeluarkan rasa masam)
  • serbuk kunyit sikit (saya pakai kunyit hidup 2 inci)
  • lada kecil 4 biji (saya letak 7-10 biji)
  • gula sesudu

Cara-cara

  1. panas kan periuk isi air 4 cawan masukkan terusikan,lengkuas, bawang merah, bawang putih,garam,asam keping, lada kecil, kunyit dan gula tunggu sampai ikan masak dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/