19 October, 2012

Surirumah dan kerja


Post ni saya dapat kat fb...terharu betul saya baca. Sebab tu kadang-kala rumah tangga berantakan bila ada pemikiran macam kat bawah ni. Isteri langsung tidak dihargai. Penat jerih isteri langsung tidak difikirkan. Sedihkan duhai kaum isteri bila ada suami yang pemikirannya macam kat bawah ni...

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit.

Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????

Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?????

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!!

1 comment:

  1. Saya suka sangat entri ni. Dulu saya bekerja. Ya saya punya kerjaya dan berjawatan. Saya selalu fikir kalau jadi SAHM, kita akan ada banyak masa lapang.
    Dan sekarang saya dah berhenti keje. Saya bukan setakat SAHM tapi juga WAHM. Saya ada online business.
    Life is VERY HECTIC. To be FRANK, i would say i have NO REST TIME AT ALL. Saya takde maid. Dengan anak2, baby, kerja rumah,masak, laundry, business....masya-ALLAH. Terus terang saya cakap, keje kat ofis dulu jauh lebih rilex.
    Jadi SAHM maybe rilex IF ALL YOUR KIDS HAVE GROWN UP, you have MAID, and you takde buat business whatsoever.
    Tapi majoriti yang jadi SAHM, memang keje 24 jam sehari especially yang ada babies.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/