03 October, 2012

Pesan Imam Ghazali



so apa pengajaran yang kita dapat dari pesanan di atas ya? Banyak kan makna yang tersurat dan tersirat. Antaranya jauhilah kita dari sifat tamak, bongkak, sombong diri, kedekut serta selalu memandang hina pada mereka yang kekurangan berbanding kita. Tak kiralah kurang ilmu dunia ke, ilmu akhirat ke atau harta dunia...kerana Allah SWT telah merancang segala-galanya untuk setiap hambaNya...percaya kepada qada dan qadarNya.

Kalau tengok pesanan no.1, kalau diperhatikan muka anak-anak yang belum akil baligh ni, memang bersih ja muka dorang. Tak kiralah sewaktu dilahirkan tu mereka berbangsa dan beragama apa pun. Semua nampak innocent sajakan? Cute dan comel saja. Ya mereka belum dibebani dosa. Tapi yang hairannya tu, orang yang dok buang bayi sana sini, campak sana sini...semoga Allah memberi hidayah kepada mereka semua.

Pesanan no.2; ha ni satu lagi. Pada yang masih ada mak bapa, pakcik, makcik tak kiralah sapa-sapa pun yang lebih tua dari kita, jangan pandang mereka sebelah mata ya. Orang tua ni kekadang memang banyak karenah. biasalah itu memang sudah fitrah yang Allah tentukan. Teringat pula kat arwah mak dengan ayah...semoga Allah memelihara mereka berdua di alam sana dan ditempatkan disamping hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh...

Pesanan no.3 semua orang tahu bukan? So aku teruskan ke pesanan no. 4, 5 dan 6. Macam aku ni setiap hari berjumpa dengan mereka-mereka yang tergolong dalam kategori ni. Dulu, aku juga mungkin mempunyai pandangan skeptikal terhadap golongan ni. Tapi setelah satu peristiwa, aku mula mengubah tanggapan aku pada mereka semua. Allah membuka peluang untuk bertaubat seluas-luasnya pada semua hambaNya...siapalah kita untuk menghakimi mereka. Kadang-kadang bila berhadapan dengan golongan ini, aku jadi rasa sedih dan kasihan...

Apapun, kita hanya manusia...dalam kita sedaya upaya menjadi hambaNya yang baik, kadang-kala kita teralpa...semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa hambaNya ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/