22 October, 2012

Korban

Wah tak lama lagi umat Islam nak sambut hari raya korban. 10 Zulhijjah, tarikh keramat tu bagi aku sebab pada 10 Zulhijjah aku kehilangan insang yang paling aku sayang dan insan yang banyak berkorban untuk aku iaitu emak aku Hajjah Chek Jahara binti Ya'acob. Semoga roh mak aku tenang di sisi Allah SWT yang lebih menyayangi dia...

Ibadah korban...korang ada buat korban ke tahun ni? Aku tak berkesempatan lagi...tapi di hati memang teringin. Insyaallah mungkin bila telah sampai seruan dan takdirku...Dulu arwah mak dengan ayah dah buat korban untuk aku dan adik beradik yang lain. Sekarang rasa teringin pula nak buat ibdah korban ni dengan hasil titik peluh sendiri.

Perkataan korban ni sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu 'qurban'. maksud korban adalah mendekatkan diri dengan apa cara sekali pun kepada Allah SWT. Hasil pembacaan aku, perkataan korban ni sama dengan istilah al-udhhiyah yang bermakna sembelihan. Kalau dari maksud hukum sayrak pula, maksudnya menyembelih binatang ternakan yang dibenarkan untuk tujuan ini dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan dilakukan dalam julat masa tertentu.

Ibadat korban ni sebenarnya menurut mazhab Imam Al-Syafie, hukumnya sunat muakkad iaitu sebagai ibadat tambahan yang selalu dikerjakan oleh Rasulullah pada masa hayatnya. Baginda dilaporkan pernah berkorban dua biri-biri besar bagi diri, keluarga dan seluruh umatnya yang tidak sempat atau tidak mampu berkorban.

Allah telah mensyariatkan yang waktu untuk melakukan ibadat korban ialah selepas sembahyang hari raya pada 10 Zulhijjah. Korban juga boleh dilakukan pada tiga hari selepas tu iaitu hari yang dinamakan sebagai hari tasyrik. 

Jenis binatang yang sah dan boleh dijadikan haiwan untuk ibadah korban pula adalah sepertimana di bawah ni saja tau. Jangan pula korang gatei-gatei nak pi buat korban gajah ka, tapir ka atau kucing pulak:
1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

4 jenis binatang tu pula haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Seelok-eloknya umur yang baik bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:
1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.

Nabi Muhammad  Rasulullah s.a.w. juga dah perincikan mengenai tahap atau keadaan haiwan yang nak kita korbankan tu melalui sabda Baginda yang bermaksud:
"Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)

Haiwan yang patah tanduk tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.
Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. 

Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:
"Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri."
Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi'i berkata:
"Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik."

Kebaikan dan kelebihan dari ibadah korbannya ni sebenarnya sangat banyak. Tapi dalam masyarakat kita sekarang, yang paling ketara adalah ibadah korban ni sebenarnya memasyarakatkan kita dengan jiran sekeliling. Yalah, kalau tidak tu, kenal kereta dengan motor saja. Jumpa pun ajrang sekali. So dengan adanya ibadah korban ni, sedikit sebanyak, kita dapat berkumpul dan berkenal mesra dengan jiran kita....Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda (Maksudnya): “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/