18 October, 2012

Saja jer Nak Cerita!!!

Baru-baru ni terasa nak makan kuih. Pikir punya pikir, teringat kat dalam kabinet ada kacang merah. Ish nak masak apa ya? Takkan nak buat bubur kacang merah kot? Sedap ke tak ni...Nak buat inti kuih pau...alah baru je buat kuih pau beberapa hari sebelum tu. Last-last terjumpa buku "Pencucu Mulut" keluaran karangkraf...kat situ ada resepi kuih bakar kacang merah...

Ha apa lagi. projek pun bermulalah...alhamdulillah menjadi jugak kuih aku ni. Bukannya apa, telur ayam kat dalam fridge tu ngam-ngam ho ada 3 bijik...(ini kes lama tak masaklah ni...sampai terlupa telur ayam dalam esbok tu dah nak habis)

Kalau ikut resepi tu dia pakai santan...aku ni, biasalah...jarang pergi kedai walau pun kat bawah rumah aku ja. Tapi tak apa...stok santan kotak aku masih ada. Tapi instead of kena guna 200 ml air dan 150 ml santan, aku tukar sebab santan kotak tu 200 ml, takkan aku nak membazir pulakkan yg 50 ml tu. So aku terbalikkan resepi tu jadi sebaliknya iaitu 200 ml santan + 150 ml air. Aku letak gula 3/4 cawan saja instead of 13/4 cawan sebab aku letak susu krimer dalam 1 cawan...

jeng...je...jeng...hasilnya adalah (ala mc kat pentas AIM)...
Dan percayalah...walaupun rupanya macam ni, sebab aku ni kreativiti menghias memang fail, tapi sodap...wa cakap lu bro!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/