30 October, 2012

Mencari sesuap nasi



Apa perasaan korang tengok gambar kat atas ni? Sebenarnya gambar ni aku dapat dari fb. Dekat fb tu banyaklah komen yang diberi untuk gambar ni. Ada yang kata kejam sebab menderalah dan macam-macam lagi. Ada juga yang kata bebudak sekarang/anak-anak kita nak makan cuma usung duit dengan pinggan saja. Tak perlu buat kerja teruk macam budak kat gambar atas tu...

Terus-terang aku kata, aku lagi suka kalau kita asuh anak-anak kita/generasi Y kita untuk bersusah macam kat atas tu. Sebabnya, bila dia merasa susah untuk mendapatkan sesuatu hasil, dia akan lebih menghargai apa yang dia perolehi dan dia akan lebih menghargai orang lain, tak pandang rendah pada orang lain, kerana dia pernah merasai berada di bawah dan bersusah payah untuk berada di atas.

Bila tengok gambar di atas, seolah-olah mengimbau kenangan masa kecik aku. Aku pernah mengangkat semai/gemal padi, aku pernah menanam anak padi di bendang/sawah, aku pernah menimba air dari bendang yang dibanjiri air, aku pernah mengangkat padi, benih padi dan baja berguni-guni. Of courselah aku buat semua tu bukan sorang diri sebab kakak-kakak aku turut sama menolong, tapi hakikatnya aku pernah membanting tulang membantu mak dengan ayah aku di sawah. Pernah berhujan dan berpanas di terik mentari.

Bila tengok budak tu menangis, teringat kisah aku dan keluarga dulu. bukan kami anak-anak perempuan mak dengan ayah tak pernah menitikkan air mata sebab letih membuat kerja-kerja di bendang, tapi kami tetap buat kerana kami sayangkan mak dan ayah.

Tapi percayalah, kesusahan itulah yang mengeratkan kami adik beradik, yang membuatkan kami amat menghargai arwah emak dan ayah, membuatkan kami menghargai setiap sen yang kami perolehi, dan yang paling penting, menghargai ikatan kekeluargaan dan kemanusiaan yang hadir dalam diri dan hati kami...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/