.
Tapi ada jugakan orang yang tak suka makan sayur. Atau pun ada juga yang memilih sayur apa yang nak amkan dan sayur apa yang tak nak makan. macam hubby aku, dia makan sayur tertentu saja, macam kailan, taugeh, lobak merah, dan kalau kobis, kacang panjang dan sawi pula, kalau buat masak lemak putih baru dia makan...pelik betullah selera orang ni. Ada sorang member pulak, langsung tak makan sayur. Padahal banyak kelebihannya kalau kita makan sayur ni.
- Cuba tambahkan sayur-sayuran (hijau terutamanya) kedalam masakan korang. Sebagai contohnya, aku pasti ramai bebudak atau kita yang dah berusia ni sukakan sup, so apakata korang kalau buat sup atau tomyam ke atau mee, bihun ke...lebihkan sayur. Lepas tu janganlah pula korang lokek letak lain-lain complement kat dalam sup tu macam lebihkan sotong, daging atau ayam atau udang mengikut kesukaan family korang
- Untuk makan tengahari, cuba korang just prepare salad saja sebagai main dish. Tapi janganlah korang letak daun semata-mata, letaklah hirisan kecil ayam, peperoni atau daging burger yang dihiris kiub dan kecil-kecil. Aku pasti, nak tak nak, family korang kena makan juga, sebab lapar...ahaks (ni tips kejam punyer!)
- Cuba korang masak sayur dalam setiap makan malam korang. Tapi janganlah letak semata-mata sayur hijau saja, korang letaklah sayur yang pelbagai warna, sebab bebudak ni atau orang tua pun, kadang-kadang tertarik dengan mainan warna
- Kalau korang nak buat kek, biskut, roti atau kuih talam sekali pun, apa kata sesekali korang tambah idea baru. Cuba sagat halus lobak merah, atau kisar daun bayam, celeri atau kobis dalam adunan kek, biskut, kuih korang. Kalau aku, biasanya kalau aku buat cucur udang, aku akan letak macam-macam sayur dalam tu. Kalau cekodok pula, aku akan tambah bukan sekadar sayur, aku tambah oat lagi
- Kalau buat pasta atau lasagna, atau mi segera, tambah kepekatan kuah dengan puri sayur. Percayalah, sedap. Kalau tak nak buat puri, cincang halus pun ok apa. (Baru-baru ni aku ada makan sup asparagus kat SDCC, sedap gila...)
- Kalau korang suka makan burger, aku cadangkan sesekali korang cuba subway...lepas tu korang minta dia letak extra veggies, aku pasti, anak korang takkan pilih dan buang sayur yg dorang letak dalam tu punyalah. Kalau pizza pun apakata sesekali korang order pizza utk vegetarian punya...Kalau korang buat pizza sendiri lagi senang, letak je macam-macam sayur atas tu, lepas tu letaklah telur ke apa ke sama sebagai topping
- Kalau korang suka makan BBQ, kebab pula, jangan lupa tambah sayur sama dekat batang grill tu macam baby potato, kobis brussel, ceri tomato, capsicum dll..
- Lagi satukan, kalau anak koranglah ni, jangan bapak budak pula, apa kata korang cuba bentuk sayur dalam pinggan dorang tu dengan pelbagai karakter macam mickey mouse ke, smiley ke...mesti dia tertarik nak makan sayur tu...
No comments:
Post a Comment