Aku pasti, yang paling banyak mesti terfikirkan lagu Isabella nyanyian amy search tu...Korang rasa betul ke aku nak cerita tentang lagu tu? Sebenarnya tak. Aku bukan nak bercerita tentang lagu isabella tu...
Apa yang aku nak cerita di sini adalah salah satu buku yang aku suka baca. Ekcely aku baca buku ni berulang-ulang kali. Kali pertama aku baca buku ni kalau tak silap aku masa aku di sekolah menengah. Buku sapa entah aku baca. Rasanya buku kat perpustakaan kot. Tapi pertama kali aku baca, aku memang dah jatuh cinta dengan buku ni. Rasanya buku tu adalah buku yang dialihbahasa oleh saudara Abdullah Hussain. memang dah lama buku tu.

Ekcely novel ni lebih kepada perbincangan tentang perbandingan antara Islam dan Kristian yang berlaku kerana sifat ingin tahu Isabella anak kepada seorang ketua paderi di Cordoba, Spain. Dalam novel ini juga lahir sebuah kisah cinta (walau tidak diperincikan kerana lebih menitik beratkan perbandingan Islam/kristian dan pencarian Isabella tentang keunggulan Islam). Aku suka watak Umar Lahmi...seorang pemuda Islam yang teguh dalam pendiriannya sehingga menarik minat Isabella.
Eh malaslah aku nak tulis panjang lebar tentang novel ni. kalau aku cerita habis semua...manalah thrill lagi korang nak membacanya. Tapi jangan lupa tau baca novel ni...memang best! Oh ya, lupa nak bagitahu...mengikut kajian, kisah Isabella ni adalah satu kisah benar ya yang benar-benar berlaku di Kota Cordoba, Sepanyol semasa di bawah penjajahan Islam semasa pemerintahan Bani Umayyah.
No comments:
Post a Comment