24 October, 2012

Budget/Perancangan Kewangan

Tetiba nak tercerita tentang isu budget. Bukan budget yang kerajaan dok bentang setiap tahun minggu ketiga September tu ya. Tapi ni monthly budget atau perancangan gaji bulanan korang.

Korang ada buat budget bulanan tak? Kedudukan kewangan korang macamana? Kukuh, stabil atau memang bila hujung bulan tu menjunam terus?

Aku? Aku memang sejak aku start pegang gaji pertama, aku dah prepare budget bulanan untuk setiap sen gaji yang aku terima. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan stail arwah ayah aku kot. Ayah aku dulu siap ada buku kira-kira lagi tentang keluar masuk duit dia. Ayah aku bab matematik memang terer.

Macam aku, budget aku berubah mengikut tahun dan kepentingan. Aku ni biasanya akan set target apa yang aku nak. So bila aku ada buat perancangan bulanan, biasanya apa yang aku target tu aku akan dapat. Tapi sekarang, aku rasa target aku yang kecik-kecik dah habis kot, so aku nak target benda besar pulak. Aku nak try buat macam kakak aku. Dia buat target dan budget utk beli rumah secar tunai dan awal tahun ni dia berjaya beli rumah banglo secara tunai. Aku tak adalah nak beli rumah banglo. hidup berdua dengan hubby, tanpa zuriat, cukuplah rumah semi-D atau paling kurang rumah teres (kalau dapat lot tepi lagi bagus)

Camna nak mulakan budget ya? Memula korang kena: -

1. Cuba kumpulkan semua bil, resit atau apa sahaja bukti perbelanjaan korang macam bil air, elektrik, astro dan juga resit minyak.

2. Cuba rekodkan semua duit yang korang terima setiap bulan (kalau korang bekerja sendiri). Kalau gaji monthly, senang nak trace.

3. Cuba juga buat satu list perbelanjaan yang korang biasa buat setiap bulan macam duit minyak kereta, duit bayaran kereta, rumah dll

4. Bahagikan list perbelanjaan korang kepada dua iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan terapung. Perbelanjaan tetap macam duit rumah, sewa rumah, kereta, internet, astro dsb. Perbelanjaan terapung pula macam belanja perubatan, barang dapur, hiburan dll

5. Kalau dari budget tu korang dapat total perbelanjaan kurang dari pendapatan, hah lebihan tulah yang boleh korang masukkan dalam list simpanan korang. List simpanan korang pula, korang kena pandai adjust untuk simpanan apa. Macam budget utk simpanan ke Mekah, simpanan hari tua atau beli rumah dll.

6. Yang paling penting, setiap bulan korang kena review balik budget bulanan korang. Sebab ada masanya kita spend duit kita untuk benda yang tak penting pun. Lepas tu, cuba korang sediakan beberapa tabung (macam aku, aku guna sampul surat), dan labelkan tabung tersebut macam utk barang dapur, utk bil, utk ubat dsb. Sebab adakalanya, duit yang kita belanjakan bukan sama setiap bulan. Contohnya setiap bulan korang peruntukkan RM500.00 utk beli barang dapur, bulan 9 korang belanja RM350.00 sahaja untuk beli barang dapur, so maknanya korang ada lebihan RM150.00. Nasihat aku, korang jangan pulak pegi belanja duit lebihan tu utk benda lain. Korang simpang dalam tabung belanja kecemasan. Dan begitulah setiap bulan. Kalau ada lebihan dari mana2 tabung, masukkan dalam tabung belanja kecemasan.

Okaylah, tu cadangan aku. mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Apapun, aku selesa dengan cara aku. Sekarang nak target dalam beberapa tahun, sebelum aku pencen aku boleh bayar mungkin separuh duit rumah yang bakal aku beli secara tunai menggunakan duit simpanan aku(melalui cara ni) dan selebihnya aku guna duit simpanan/potongan gaji bulanan aku juga...insyaallah...

household-monthly-budget-numbers.png

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/