08 October, 2012

Kursus "Team Building"

Wah...letihnya....habis sakit badan-badan aku ni...tulah waktu main tak hengat dunia.

Actually aku baru saja balik dari kursus team building. Pergi 3 hari. Start pada hari Jumaat lepas 5/10/2012 sampailah 7/10/2012. Kursus ni diadakan di hotel The Regency Tanjung Tuan Port Dickson. Best giler kursus ni. Sebenarnya sebelum ni nama aku tak ada pun dalam siri latihan kali ni. Tapi sebab hubby aku terlibat sebagai peserta, aku pun gatai tangan pi minta jugak. Bukan sebab aku nak pi bercuti dengan hubby aku ya...Sebab aku tahu, dalam kursus mana ada masa kami nak berdua-dua (hehehe...sebenarnya ada juga masa yang kami terlepas, pergi mandi pantai...tapi ditemani member-member sekursus yang lainlah).

Kursus ni best giler. Tak ada apa yang nak aku komplen tentang penceramah/jurulatih yang dijemput untuk memenuhi slot kursus ni. Semuanya best belaka. Tak kiralah program dalam kelas ke, di luar kelas ke, semua best. Memang tak rugi aku pergi. Macam-macam program yang diaorang jalankan untuk kami. Dari seisi ice breaking & group binding pada hari pertama, sehinggalah sesi team building challenge. Cuma satu yang tak best, kumpulan aku berada dalam kedudukan last sekali antara 6 kumpulan...huhuhu....nak buat camna, group aku slow-slow belaka. Tapi ada juga masanya yang group aku berada dalam kedudukan teratas macam semasa sesi permainan 7-up. Lepas tu group aku pada malam samurai night tu dah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan lain atas alasan tempat permainan kecil...kesiankan kat kami...bukan salah kami tau kami dapat tempat terakhir...apapun, semuanya menjadi kenangan, pelajaran dan mengeratkan hubungan natara kami staff kat ofis aku ni yang jarang-jarang sekali berjumpa.

Terima kasih pada unit latihan KMKL yang bertolak ansur memasukkan nama aku dalam senarai latihan. Terima kasih pada urusetia yang bertugas(walaupun urusetia lebih banyak buat hal sendiri dari menguruskan hal ehwal peserta kursus), dan paling utama kepada semua team jurulatih dan penceramah serta pengerusi CSQ Training & Consultancy. Lu alls memang rocks!!!

Oh ya, lupa plaks nak cerita, masa di The Regency, member sebilik yang aku kena tinggal bersama adalah Kak Mastura, Nordianah, Kalai and Gauri...thanks sebab jadi room mates yang baik dan bertimbang rasa. Juga terima kasih pada semua ahli kumpulan KMKL Eagle - Ketua Bad, En. Zol, Mr. Kong, En. Mat, K.Siti, K. Eswari, Gauri...

So pada siapa-siapa yang berminat nak organize summer kem or kem solat or tem building course of apa-apa sahaja...layari website ni www.mycsq.blogspot.com atau facebook di csq training.
Kat bawah ni program yang bakal dianjurkan ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/