Limau Nipis, walau kecil namun banyak manfaatnya...
Apa yg korang ingat bila cerita tentang buah limau nipis ni?Kalo orang putih, depa panggil buah limau nipis ni lime. Ha jangan salah pula sebab kalau limau nipis memang depa panggil lime, lemon memang lemonlah (aku tak tau pasai apa kita kena panggil lemon jugak...tak dak nama lain ka kat buah lemon ni?), lepas tu ada buah limau kasturi yang dikenali sebagai calamnsi dalam bahasa inggeris, buah limau gedang/gedangsa depa panggil grapefruit dan buah limau purut depa panggil kaffir lime (pelik aku...apa yg kafirnya limau ni...?)
Lagi satu, bila sebut limau nipis, wallah...teringat masamnya lepas tu teringat sambal belacan...weih...lapaq nasik la pulak (hahaha)
Kalau ikut sejarah, air limau nipis ni biasanya diminum oleh pelaut untuk merawat masalah krkurangan vitamin C. Dikatakan orang Amerika tu sebelum kurun ke 16 tak pernah jumpa buah ni. Depa cuma jumpa buah ni bila pengembara dari Sepanyol yang bawa (wahaha...teringat Ronaldo dengan Antonio Banderas la pulak). lepas tu pokok limau ni pun banyak ditanam di Florida, sebab tu di Florida ada satu makanan yang sangat popular yang di buat menggunakan limau nipis ni yang depa panggil key lime pies
.
Selain dari menyumbangkan sumber antioksidan dan vitamin C yang amat diperlukan oleh tubuh kita, (ekcely nak cantik pun kita digalakkan makan vitamin C. Contohnya kalau korang makan glutathione, mesti tuan kedai tu suruh kita ambik dengan vitamin c...betoi dak? Betoi kan?). Okaylah, antara kelebihan lain buah limau nipis ni; -
- Jus limau nipis yang dicampur dengan minyak (tak kiralah minyak apapun jangn minyak petrol dengan minyak hitam sudah), amat baik untuk membantu melembapkan kulit dan menghaluskan kulit. Selain tu juga dapat menghalang dari alahan dan juga bau badan (Mestilah, sebab tu kalau kita nak kawin, mesti kena mandi bunga yg dicampur buah limau...betoi dak?. lepaih mandi...fuyooo harum satu rumah bukan setakat badan saja)

- Limau nipis juga membantu sistem pencernaan kita sebab faktor asid didalamnya. Sebab tu kalau nak kurus, orang suruh minum jus limau dengan madu...
- Bancuh sebiji air limau nipis dengansegelas air suam dan minum di pagi hari, juga dapat mengelakkan diri kita dari terhidrat dan membuatkan kita kekal segar sepanjang hari (yalah, sistem pencernaan dan cuci, badan pun mesti rasa ringankan?)
- Selain tu air limau nipis juga dapat kita gunakan sebagai antiseptik
- Air limau nipis juga dapat mengurangkan masalah sembelit, masalah kencing tidak lawas malahan juga mengurangkan masalah sakit gout
Sebenarnya banyak lagi kelebihan limau nipis ni...antaranya, menyedapkan masakan (wahahaha) macam tomyam dan sambal belacan serta masa kenduri kendara...buat acar limau da...

No comments:
Post a Comment