31 October, 2012

Tujuh Kalimat Penghapus Dosa



” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut ”
1. Mengucap “Bismillah” pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap “Alhamdulillah” pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap “Astaghfirullah” jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap “Insya-Allah” jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok
5. Mengucap “La haula wala kuwwata illa billah” jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diinginkan.
6. Mengucap “Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun” jika menghadapi dan menerima musibah
7. Mengucap “Laa ilaa ha illa Allah Muhammadur Rasulullah” sepanjang siang dan malam, sehingga tak terpisah dari lidahnya

Misteri Angka 3 Dalam Hidup Manusia

 Dapat post ni kat fb, nampak menarik jugak nak kongsi kat sini...

Ada 3 Hal dalam hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu,
2. Kata-2,
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :
1. Kemarahan,
2. Keangkuhan,
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :
1. Harapan,
2. Keikhlasan,
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :
1. Kasih Sayang,
2. Cinta,
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :
1. Kekayaan,
2. Kejayaan,
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :
1.Komitmen,
2. Ketulusan,
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :
1. Tekad,
2. Kemahuan,
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki,
2. Umur,
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI :
1. Tua,
2. Sakit,
3. Kematian.

30 October, 2012

Tekanan Darah Tinggi/Hypertension



Apa maksud hipertensi/hypertension


hipertensi juga sebenarnya famous di kalangan kita sebagai tekanan darah tinggi. Biasanya, dalam kebanyakan kes, darah tinggi ni akan menyerang dikalangan orang dewasa, dan ajrang sangat dialami oleh kanak-kanak. Tekanan darah pula adalah tekanan darah yang berlaku disekitar dinding arteri (aku cakap ni hasil pembacaan aku ya...kalau salah minta maaf ya). Bila tekanan tu menjadi sangat tinggi, workload melampau (macam kita juga, kalau kerja dan kerja, sampai satu ketika, kita akan selalu buat silap dan akan sakit-sakit sanan sini), itulah yang boleh menyebabkan jantung kita terpaksa bekerja melebihi kemampuan untuk mengepam darah, dan itulah jugayang menyebabkan kerosakan pada arteri. Sebab tu, kalau kita tak kontrol dan membuatkan arteri kita over work, itu yang menyebabkan kita diserang sakit jantunglah, strokelah dan masalah buah pinggang.
Apakah tanda-tanda anda mengalami tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi juga turut dikenali sebagai pembunuh senyap. Sebab adakalanya langsung tiada tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh pengidapnya. Kenyataannya, seorang daripada 5 orang mengalami tekanan darah tinggi dan tidak mengetahuinya. Ramai yang tidak sedar dan tidak tahu, tekanan darah tinggi juga sebenarnya boleh mengakibatkan kerosakan pada hati, paru-paru (sistem pernafasan), saluran darah, buah pinggang dan juga otak sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. 
Bacaan normal bagi tekanan darah kita adalah dalam lingkungan 110/75 @ 120/80. Kalau dah di bacaan 130/85, dah start kena hati-hati dan kontrol pemakanan ya. Dan kalau bacaan adalah 140/90, korang mungkin dah kena start makan ubat untuk kontrol tekanan darah korang. Arwah mak aku pernah 2 kali kena tahan kat spital sebab tekanan drah naik sampai 170 lebih. Tapi waktu kat spital tu, dorang tak bagi mak makan ubat apa-apa pun, just bagi mak relaks dan kontrol makan, lepas 1 malam tidur spital, dah boleh keluar. tapi diakhir hayat mak, kerana darah tinggi, arwah mak dapat serangan jantung masa mengerjakan ibadah haji masa tahun 1999 yang menjadi penyebab mak kembali kepadaNya di sana.
 
Oh ya, mengikut kajian, lelaki lebih ramai mengalami tekanan darah tinggi pada usia 45 tahun keatas. Tapi menjelang umur 65 tahun, orang perempuan yang lagi ramai dapat tekanan darah tinggi. Tapi, kalau dalam family korang ada yang mengidap darah tinggi, korang memang berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi ni. Lepas tu kalau korang ada kencing manis pun, peratus untuk korang dapat tekanan darah tinggi ni adalah besar. Macam dalam family aku, mak ada darah tinggi, ayah pula ada diabetic, so kami yang anak-anak memang mewarisinya. Macam abang aku yang sulung ada kencing manis, kakak pun ada yang ada kencing manis, ada abang yang ada darah tinggi...aku? Alhamdulillah setakat ni belum lagi, mungkin sebab faktor umur, tapi dah start berhati-hati ni...tapi kalau Allah dah tentukan, nak buat camna ya tak... 

Selain faktor keturunan, dari pembacaan aku, faktor bangsa juga menjadi faktor kepada berlakunya tekanan darah. Lepas tu, garam juga merupakan penyumbang kepada berlakunya kenaikan tekanan darah. dalam garam ada kandungan sodium yang boleh menyebabkan naiknya tekanan darah. Sebab tu, kalau kita ada tekanan darah tinggi, doktor akan minta kita kurangkan makan makanan masin dan makanan yang telah diproses sebab ikut kajian, makanan yang telah diproses ni biasanya mengandungi lebih 75% kandungan sodium didalamnya. Kalau ikut satu kajian di amerika, kita cuma digalakkan mengambil 1,500 mg sodium sahaja sehari iaitu dalam 3/4 camca teh saja...(uiks?)
Satu lagi, tekanan darah pun boleh naik juga kalau korang asyik stress. Contohnya bos aku sekarang ni. Kerja banyak, asyik stress, selalu mengadu letih. Kalau arwah mak aku dulu, kalau dia kata letih dan asyik nak tidur, maknanya tekanan darah dia naik tau. Lepas tu orang berbadan kiut (macam akulah tu), pun berisiko besar untuk mendapat tekanan darah tinggi. Ada juga orang yang tekanan darahnya akan naik hanya diwaktu mengandung (kakak aku). Dan kepada peminum alkohol, anda juga berisiko mendapat darah tinggi ya!

Treatment

Setakat yang aku baca, diet yang betul adalah ubat paling mujarab untuk menangani masalah high blood pressure ni. Lebihkan makan makanan berserat, rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan kekacang. kurangkan daging merah, banyak gula dan garam, alkohol dan kafein.(yang ni tak dak masalah bagi aku, sebab aku memang suka makan sayur dengan buah, tapi bab gula dengan garam tu...huh kena kontrol lagi ni). Senaman juga menjadi ubat mujarab dalam menurunkan tekanan darah ya...huhuhu...
Lepas tu, hasil bacaan aku juga, minum air kosong yang mencukupi juga bantu reduce high blood pressure tau. Sebab air membantu membuang lebihan sodium dalam darah kita. Selain daripada tu, of courselah ubat-ubatan yang dibekalkan doktor.
So, kepada semua, sama-samalah kita jaga kesihatan kita ya. Kadang-kadang kita malas nak fikir pasal jaga kesihatan ni semua, tapi fikirlah orang yang kita sayang...




Menu Selepas Raya Korban

Saja je nak tunjuk apa yang aku dah masak dengan
daging korban yang aku dapat raya hari tuh...

Antaranya, hati + daging goreng kunyit...sedap woo...lama dah mengidam nak makan daging masak kunyit ni







Yang ni pulak bukan daging korban, tapi rojak katih from terengganu. Aku start makan rojak katih ni sejak kahwin orang ganu, sebelum tu tak tau pun kewujudan masakan ni

Kat atas ni pula, kari tulang daging korban...selain makan dengan nasik putih, aku juga buat cicah dengan ketupat pulut daun palas
Sebab semua resepi daging, aku pun gorenglah ikan kerisi ni stail mak mertua aku...

Actually banyak lagi daging korban dalam fridge, nak masak apa pun tak tau lagi...hehehe resepi daging ajalah kot dua tiga menjak ni...

Mencari sesuap nasi



Apa perasaan korang tengok gambar kat atas ni? Sebenarnya gambar ni aku dapat dari fb. Dekat fb tu banyaklah komen yang diberi untuk gambar ni. Ada yang kata kejam sebab menderalah dan macam-macam lagi. Ada juga yang kata bebudak sekarang/anak-anak kita nak makan cuma usung duit dengan pinggan saja. Tak perlu buat kerja teruk macam budak kat gambar atas tu...

Terus-terang aku kata, aku lagi suka kalau kita asuh anak-anak kita/generasi Y kita untuk bersusah macam kat atas tu. Sebabnya, bila dia merasa susah untuk mendapatkan sesuatu hasil, dia akan lebih menghargai apa yang dia perolehi dan dia akan lebih menghargai orang lain, tak pandang rendah pada orang lain, kerana dia pernah merasai berada di bawah dan bersusah payah untuk berada di atas.

Bila tengok gambar di atas, seolah-olah mengimbau kenangan masa kecik aku. Aku pernah mengangkat semai/gemal padi, aku pernah menanam anak padi di bendang/sawah, aku pernah menimba air dari bendang yang dibanjiri air, aku pernah mengangkat padi, benih padi dan baja berguni-guni. Of courselah aku buat semua tu bukan sorang diri sebab kakak-kakak aku turut sama menolong, tapi hakikatnya aku pernah membanting tulang membantu mak dengan ayah aku di sawah. Pernah berhujan dan berpanas di terik mentari.

Bila tengok budak tu menangis, teringat kisah aku dan keluarga dulu. bukan kami anak-anak perempuan mak dengan ayah tak pernah menitikkan air mata sebab letih membuat kerja-kerja di bendang, tapi kami tetap buat kerana kami sayangkan mak dan ayah.

Tapi percayalah, kesusahan itulah yang mengeratkan kami adik beradik, yang membuatkan kami amat menghargai arwah emak dan ayah, membuatkan kami menghargai setiap sen yang kami perolehi, dan yang paling penting, menghargai ikatan kekeluargaan dan kemanusiaan yang hadir dalam diri dan hati kami...

10 zulhijjah 1433 hijrah

Alhamdulillah, hari ni dah 14 Zulhijjah, maknanya dah 4 hari umat Islam menyambut aidiladha dan maknanya umat Islam yang sedang menunaikan haji di Mekah juga telah selesai dengan ibadah melontar di Jamrah sejak semalam. Aku rasa kebanyakan para jemaah juga telah bertolak balik semula ke Mekah dan melaksanakan umrah ifadlah dan amalan-amalan sunat yang lain (betulkan aku kalau aku salah).

So, macamana dengan ibadah korban korang tahun ni? Aku tahun ni tak buat ibadah korban. mungkin tahun depan kot, sebab dah plan dengan family di kampung.

Tapi, walaupun aku tak buat ibadah korban, alhamdulillah kenyang juga aku makan daging korban. Rezeki dari Allah SWT sebab kakak ipar aku buat 2 bahagian korban. So banyak juga yang dia suruh aku ambil. Lepas tu sebaik balik rumah hari raya kedua tu, anak jiran pula datang hantar daging korban. banyak juga. aku rasa dekat 2 kilo. So sekarang peti ais kat rumah aku tu penuh dengan daging korban. Itu pun ada sebahagian yang aku dah masak kari hari tu...wallah sedap...cicah pulak dengan ketupat palas...fuhh meleleh air liur wa cakap lu beb!

Dekat opis aku ni pun ada juga buat ibadah korban, aku dengar 3 ekor kot. Meriah juga dorang buat, sebab ada masak-masak dan makan sekali. Dekat kampung aku pun ramai juga yang buat. Tapi setakat ni yang aku dengar, kat taman perumahan member aku, 20 ekor lembu dorang buat korban. Banyak giler.

Doa Bagi Suami/Isteri

Actually, this doa I just C&P from one entry in fb. Just share it with all and hope for the best in our marriage


A BEAUTIFUL DUA (PRAYER) FOR ALL MARRIED COUPLES.....

♥ O Allah, bless our marriage and let it be a means for us to become closer to You in love and devotion.

♥ O Allah, let our marriage be a way for us and our families to enter Jannah. 

♥ O Allah, protect our marriage from the whisperings of Shaytaan.

♥ O Allah, give us the strength to live together in justice, equity, love and mercy.

♥ O Allah, let our marriage bring untold blessings to us individually, to our families and our children.

♥ O Allah, bless us with children who will be a source of great joy and happiness.

♥ O Allah, give us the love which you had blessed Muhammad (SALLALLAAHU ALAIHI WASALLAM) with Khadija (RADHIYALLAHU ANHA).





Aamiin...

29 October, 2012

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS



Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

24 October, 2012

Budget/Perancangan Kewangan

Tetiba nak tercerita tentang isu budget. Bukan budget yang kerajaan dok bentang setiap tahun minggu ketiga September tu ya. Tapi ni monthly budget atau perancangan gaji bulanan korang.

Korang ada buat budget bulanan tak? Kedudukan kewangan korang macamana? Kukuh, stabil atau memang bila hujung bulan tu menjunam terus?

Aku? Aku memang sejak aku start pegang gaji pertama, aku dah prepare budget bulanan untuk setiap sen gaji yang aku terima. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan stail arwah ayah aku kot. Ayah aku dulu siap ada buku kira-kira lagi tentang keluar masuk duit dia. Ayah aku bab matematik memang terer.

Macam aku, budget aku berubah mengikut tahun dan kepentingan. Aku ni biasanya akan set target apa yang aku nak. So bila aku ada buat perancangan bulanan, biasanya apa yang aku target tu aku akan dapat. Tapi sekarang, aku rasa target aku yang kecik-kecik dah habis kot, so aku nak target benda besar pulak. Aku nak try buat macam kakak aku. Dia buat target dan budget utk beli rumah secar tunai dan awal tahun ni dia berjaya beli rumah banglo secara tunai. Aku tak adalah nak beli rumah banglo. hidup berdua dengan hubby, tanpa zuriat, cukuplah rumah semi-D atau paling kurang rumah teres (kalau dapat lot tepi lagi bagus)

Camna nak mulakan budget ya? Memula korang kena: -

1. Cuba kumpulkan semua bil, resit atau apa sahaja bukti perbelanjaan korang macam bil air, elektrik, astro dan juga resit minyak.

2. Cuba rekodkan semua duit yang korang terima setiap bulan (kalau korang bekerja sendiri). Kalau gaji monthly, senang nak trace.

3. Cuba juga buat satu list perbelanjaan yang korang biasa buat setiap bulan macam duit minyak kereta, duit bayaran kereta, rumah dll

4. Bahagikan list perbelanjaan korang kepada dua iaitu perbelanjaan tetap dan perbelanjaan terapung. Perbelanjaan tetap macam duit rumah, sewa rumah, kereta, internet, astro dsb. Perbelanjaan terapung pula macam belanja perubatan, barang dapur, hiburan dll

5. Kalau dari budget tu korang dapat total perbelanjaan kurang dari pendapatan, hah lebihan tulah yang boleh korang masukkan dalam list simpanan korang. List simpanan korang pula, korang kena pandai adjust untuk simpanan apa. Macam budget utk simpanan ke Mekah, simpanan hari tua atau beli rumah dll.

6. Yang paling penting, setiap bulan korang kena review balik budget bulanan korang. Sebab ada masanya kita spend duit kita untuk benda yang tak penting pun. Lepas tu, cuba korang sediakan beberapa tabung (macam aku, aku guna sampul surat), dan labelkan tabung tersebut macam utk barang dapur, utk bil, utk ubat dsb. Sebab adakalanya, duit yang kita belanjakan bukan sama setiap bulan. Contohnya setiap bulan korang peruntukkan RM500.00 utk beli barang dapur, bulan 9 korang belanja RM350.00 sahaja untuk beli barang dapur, so maknanya korang ada lebihan RM150.00. Nasihat aku, korang jangan pulak pegi belanja duit lebihan tu utk benda lain. Korang simpang dalam tabung belanja kecemasan. Dan begitulah setiap bulan. Kalau ada lebihan dari mana2 tabung, masukkan dalam tabung belanja kecemasan.

Okaylah, tu cadangan aku. mungkin setiap orang ada cara tersendiri. Apapun, aku selesa dengan cara aku. Sekarang nak target dalam beberapa tahun, sebelum aku pencen aku boleh bayar mungkin separuh duit rumah yang bakal aku beli secara tunai menggunakan duit simpanan aku(melalui cara ni) dan selebihnya aku guna duit simpanan/potongan gaji bulanan aku juga...insyaallah...

household-monthly-budget-numbers.png

Sayur...eee...tak sedap!!!

Wahahaa...jangan tertipu dengan tajuk entri aku tu...sapa kata sayur tak sedap? Aku cukup suka makan sayur. bagilah sayur apa pun, mesti sedap je kat tekak aku ni
.

Tapi ada jugakan orang yang tak suka makan sayur. Atau pun ada juga yang memilih sayur apa yang nak amkan dan sayur apa yang tak nak makan. macam hubby aku, dia makan sayur tertentu saja, macam kailan, taugeh, lobak merah, dan kalau kobis, kacang panjang dan sawi pula, kalau buat masak lemak putih baru dia makan...pelik betullah selera orang ni. Ada sorang member pulak, langsung tak makan sayur. Padahal banyak kelebihannya kalau kita makan sayur ni.


  • Cuba tambahkan sayur-sayuran (hijau terutamanya) kedalam masakan korang. Sebagai contohnya, aku pasti ramai bebudak atau kita yang dah berusia ni sukakan sup, so apakata korang kalau buat sup atau tomyam ke atau mee, bihun ke...lebihkan sayur. Lepas tu janganlah pula korang lokek letak lain-lain complement kat dalam sup tu macam lebihkan sotong, daging atau ayam atau udang mengikut kesukaan family korang
  • Untuk makan tengahari, cuba korang just prepare salad saja sebagai main dish. Tapi janganlah korang letak daun semata-mata, letaklah hirisan kecil ayam, peperoni atau daging burger yang dihiris kiub dan kecil-kecil. Aku pasti, nak tak nak, family korang kena makan juga, sebab lapar...ahaks (ni tips kejam punyer!)
  • Cuba korang masak sayur dalam setiap makan malam korang. Tapi janganlah letak semata-mata sayur hijau saja, korang letaklah sayur yang pelbagai warna, sebab bebudak ni atau orang tua pun, kadang-kadang tertarik dengan mainan warna
  • Kalau korang nak buat kek, biskut, roti atau kuih talam sekali pun, apa kata sesekali korang tambah idea baru. Cuba sagat halus lobak merah, atau kisar daun bayam, celeri atau kobis dalam adunan kek, biskut, kuih korang. Kalau aku, biasanya kalau aku buat cucur udang, aku akan letak macam-macam sayur dalam tu. Kalau cekodok pula, aku akan tambah bukan sekadar sayur, aku tambah oat lagi
  • Kalau buat pasta atau lasagna, atau mi segera, tambah kepekatan kuah dengan puri sayur. Percayalah, sedap. Kalau tak nak buat puri, cincang halus pun ok apa. (Baru-baru ni aku ada makan sup asparagus kat SDCC, sedap gila...)
  • Kalau korang suka makan burger, aku cadangkan sesekali korang cuba subway...lepas tu korang minta dia letak extra veggies, aku pasti, anak korang takkan pilih dan buang sayur yg dorang letak dalam tu punyalah. Kalau pizza pun apakata sesekali korang order pizza utk vegetarian punya...Kalau korang buat pizza sendiri lagi senang, letak je macam-macam sayur atas tu, lepas tu letaklah telur ke apa ke sama sebagai topping
  • Kalau korang suka makan BBQ, kebab pula, jangan lupa tambah sayur sama dekat batang grill tu macam baby potato, kobis brussel, ceri tomato, capsicum dll..
  • Lagi satukan, kalau anak koranglah ni, jangan bapak budak pula, apa kata korang cuba bentuk sayur dalam pinggan dorang tu dengan pelbagai karakter macam mickey mouse ke, smiley ke...mesti dia tertarik nak makan sayur tu...

Hari Raya Korban - 10 Zulhijjah 1433 Hijrah


Assalamualaikum...dah nak sambut raya kita ya. Bagaimana persediaan korang untuk menyambut raya korban ni? Lepas tu kalau kat tempat korang, meriah tak raya haji ni? Adakah sehebat hari raya puasa lalu?


Aku raya haji tahun ni, macam biasa aku balik ke Terengganu, kampung cik abang. Skeptikalnya, aku rasa ramai orang berpendapat kalau raya haji, mesti sebelah pantai timur suasananya meriah sebagaimana raya puasa...betul tak? Dulu aku pun berpandangan macam tu. Tapi bila dah kahwin dengan orang sebelah sana, aku rasa, kemeriahan tu bukan terletak pada negeri mana, tapi lebih kepada bagaimana kita menyambutnya.

Sebab apa aku kata macam tu? Hah ni chek nak habaq pi okay. Chek ni orang utara, orang Kedah pheawlah katakan. Husband chek pula memang pheaw orang Terengganu, anak kelahiran Kuala Terengganu. Dulu masa mula-mula kahwin, chek kena sambut raya pertama iaitu raya puasa di Terengganu. Dalam hati, tak apa, boleh merasai kemeriahan perayaan di pantai timur. Tapi hangpa tau dak? Pagi-pagi raya chek dok tereyak sorang-sorang, sebab tak syok sungguh raya di sana. Tak meriah langsung. Tak dak orang/bebudak yang datang bertandang. Last sekali, sejak dua menjak kebelakangan ni, kalau balik raya sana (biasanya raya haji), belah petang chek dengan hubby sibuk meronda keliling kuala terengganu tengok kampung orang. Sebabnya boring...Masak pun, untuk makan sekeluarga saja

Macam husband chek pula, first time sambut raya adalah raya haji di kampung chek. Hah, terkejut beruk dia bila tengok kemeriahan kat kampung chek walau pun raya haji. Ramai bebudak datang bertandang ke rumah. Lepas tu, la ni, sejak mak mertua meninggal dunia, (ni bukan chek paksa tau) hubby lagi suka nak balik kampung chek kalau cuti, tak kiralah cuti raya ka, cuti rehat ka atau apa-apa cuti.

Kadang-kadang risau jugak sebab hubby tak balik Terengganu, takut ipar duai kata chek yang kontrol tak mau balik. Masalahnya, hubby chek yang malaih nak balik sana. Tapi jangan salah sangka juga ya, family chek bukan orang senang dan penuh kekayaan wang ringgit. Tapi mungkin satulah, family chek ramai, lepas tu kami mesra antara satu sama lain. Kalau berkumpul, bersembang tak ingat dunia. Boleh buat aktiviti macam-macam. Belah hubby pula, cuma ada dia dengan sorang kakak dan sorang abang. tak ramai. Lepas tu masing-masing sibuk. So masa nak berkumpul tu terhad.

Tambah sejak mak mertua dah tak ada (bapa mertua pun dah lama meninggal, tak sempat jumpa pun). Sebab kalau balik Terengganu sekarang, kami cuma balik ke rumah kakak hubby je. Rumah arwah mak mertua dah di sewakan pada orang. So hubby agak keberatan kalau balik dan menyusahkan keluarga kakak ipaq chek. Pernah chek cadangkan kat hubby, kalau segan nak tidur rumah kakak dia, apa kata kami tidur hotel, dia malas pula, bimbang kakak terasa hati...hmmm...susahkan

Apapun, raya haji kali ni, chek raya di Terengganulah. Dah beli juga sedikit juadah untuk di bawa balik. Belilah sikit-sikit. Sebab raya haji ni tak banyak pula orang sediakan juadah atau kuih muih...nak buat biskut macam raya puasa lepas, chek sibuk pula kebelakangan ni. Esok baru start cuti. Pagi-pagi buta lepas subuh dah nak bertolak ke Terengganu. Harap-harap selamatlah perjalanan kami berdua sehingga ke destinasi.

Kasih Allah Pada Wanita Tiada Penghujung

Betapa bertuahnya menjadi wanita... :)
Allah menyayangi Wanita....
Begitu mudahnya wanita mencapai syurga :


1. doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali

2. isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Al Qur'an.

3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yang memakan masakannya menjadi do'a yang diijabah.

4. isteri yang membangunkan suami untuk solat atau menyuruh solat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yang keletihan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur

6. Seorang ibu yang menyusui setiap titis susunya sama nilai 200 8 shalat khusu wal khudu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

7. burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama isteri berada keredhaan suami

8. "bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad",

9. "bila seorang wanita hamil solatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil",

10. "bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat nafil dan 70 tahun puasa"

11. "wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat".

12. "Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap titisan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SYURGA WAJIB BAgINYA".

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya

14. apabila ia membaca pd hari pertama haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zambi" mk ALLAH akn membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

15. Setiap hari haidnya ALLAH tinggikan dia dengan pahala 40 org mati syahid apabila ia berdzikir.

سُبْØ­َانَ اللّÙ‡ُ betapa Allah cinta kepada kaum wanita

23 October, 2012

Sibuknya!!!

Fuhhh...penat giler...sibuk betul hari ni. Macam-macam nak kena buat. Kerja banyak sangat...Ini pukul 4.58 pm baru boleh nak berehat sikit. Nafas pun rasa dah semput ni.

Nama saja kerja pejabat...tapi kena lari sana-sini. Angkat fail-fail tebal gedabak usung sana - sini.

Tapi tak apa, rasa macam tiap-tiap bulan, rezeki yang masuk tu penuh keberkatan sebab aku kerja kerana Allah. Aku happy kalau aku sibuk. Kalau tak ada kerja nak buat, boring gila. Sebab tu aku happy kalau bos aku ada. Sebab kerja aku ni adalah kalau bos ada, baru kerja boleh jalan. Kalau bos tak ada, bukan semua kerja boleh jalan.

Alhamdulillah, kerja hari ni aku dah sempurnakan. Alamak...tapi ada satu lagi aku belum buat...endorse fail. Tapi takpa, aku dah masukkan dalam planner bos aku. Memang aku selalu buat endorsement bila aku free. Sebab itu dah nature kerja macam aku ni...

Esok pun aku bayangkan satu hari yang bakal sibuk dan memenatkan sebab esok pun berat juga kesnya. Ada injunksi dan beberapa kes utk CM.

Tapi tadi, S/U bos aku kena berleter dengan bos. Nak buat camna...

22 October, 2012

10 Super Snacks With 100 Calories or Less


1. 1/2 Cup Slow-Churned Ice Cream
Surprise! Ice cream tops our list of low-calorie snacks. Selalunya tu, kita mesti kalau diet tu ais krim adalah pantang larang utamakan? Lepas tu bila dah kena pantang makan eskrim ni, tengok orang makan, mulalak meleleh ayor lior...lepas tu mulalah diet terbarai...The key is, to look for slow-churned or double-churned atau kedua-duanya. Slow churned or double churned ni sebenarnya refers to a process that reduces fat and calories while retaining the creamy texture of full-fat varieties, so 1/2 cup has just 100 calories. As a bonus, you’ll get some protein and calcium. So, wallah...jangan sekat minatmu ya dieters!

2. 6 cawan pop corn microwave stail (ala gangnam la pulaks!)
Ada tak bila-bila masa korang rasa nak mengunyah je? Ha ni penyelesaiannya, boleh makan dengan banyak but still with a small calorie count...popcorn delivers. Kalau korang check home-made popcorn ada setengah tu yang tawarkan 100 calories for 6 cups! "You have to chew it, so it's satisfying," ni  bukan kata-kata aku ya tapi  ini menurut Joan Salge Blake, RD, a spokesperson for the American Dietetic Association. Selain daripada tu, popcorn juga kaya dengan serat yg membantu kita rasa kenyang untuk tempoh yang lama ya(peberet ni...huhuhu...dah lama tak makan bertih jagung ni)
3. Kacang Badam (14 biji)
When the munchies strike while you're on the go, there are few things more convenient than nuts. You can eat 14 almonds without hitting the 100-calorie mark. Plus, they're rich in fiber and protein, which help keep hunger at bay. "They're a great snack when you're stuck in traffic," Blake adds.

4. Blueberry Smoothie (yummy!)

A fruit smoothie offers a scrumptious way to get in some extra calcium and antioxidants during your day. Cuba korang kisar/blend 1/3 cawan yoghurt rendah lemak dengan 2/3 cup of frozen/fresh blueberries dengan ice cube. "It's very refreshing and very cold," kata Blakelagi. "That slows down your ability to drink quickly." Snacks that take more time to finish are often more satisfying (teringat 
.
5. 3/4 Cup Frozen Mango Cubes
You can buy these pre-packaged or make them yourself. "It's like having frozen candy," Blake says. "It's a great way to get beta-carotene and fiber while satisfying your sweet tooth." A 3/4 cup serving has just 90 calories and provides 60% of your recommended daily allowance of vitamin C.
    Wallahup...lajatnyer!!!

6. Apple Slices With Peanut Butter

Mixing sweet with salty is a tried and true way to satisfy the munchies. Measure 3/4 cup of apple slices and spread a thin layer of unsalted peanut butter on each slice. To stay near the 90-calorie mark, don't use more than 2 teaspoons of peanut butter in all.
7. Yogurt With Sunflower Seeds
Campurkan biji bunga matahari/kuaci dalam 1/2 cup of nonfat plain yogurt. The seeds add plenty of texture but only 19 calories. The yogurt is a good source of protein, and the entire snack has less than half a gram of saturated fat. Make sure to use unsalted sunflower seeds, especially if you are watching your sodium.
8. Frozen Banana Pop
Kalau rasa nak makan popsicle icecream, hah boleh try wat frozen banana pop ni. Cucuk pisang yang dah masak dengan batang ais krim lepas tu celup dengan non fat yoghurt. lepas tu bekukan dalam fridge and soon you'll have ready-to-eat low-calorie treats. At just under 80 calories a pop, this is a snack you can feel good about.
9. 1 Cawan Anggur (aku suka sebut anggul....hahaha pelik sikit aku ni)
Anggur ni sebenarnya penuh dengan kandungan air, which means that a whole cupful has only 62 calories. The water content helps provide a feeling of fullness and keeps you hydrated. Anggur juga sangat kaya dengan vitamin K and manganese, and contain some fiber to boot. They're great eaten fresh or frozen.
10. Three Crackers With Cheese
Choosing whole-grain crackers is the key to this classic snack. The fiber will keep you feeling full between meals, and the cheese provides protein and calcium. To stay under 100 calories, cut up one slice of low-fat cheese and split it over three crackers.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/