Alhamdulillah...pagi ni husband aku telefon beritahu yang kakitangan kerajaan diberi setengah bulan gaji atau pun minimun RM500.00. Alhamdulillah...satu perkhabaran yang menggembirakan dan melegakan bagi semua kakitangan kerajaan. Dalam keadaan ekonomi yang benar-benar menuntut peningkatan perbelanjaan sekarang ni, bonus tersebut memang amat membantu. Tambahan lagi dalam musin perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Semua barang mahal, semua peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan kesempitan hidup orang lain. Mereka tidak fikir, yang menjadi mangsa adalah orang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, berkeluarga ramai dan banyak tanggungan.
Macam hidup di Kuala Lumpur, jangan dengar sahaja kegemilangan bandaraya Kuala Lumpur...tapi selami isi dan realiti hidup di dalamnya. Memang kita nampak masyarakat yang hidup di Kuala Lumpur dan bandar besar yang lain hidup senang dan mewah...sebenarnya mereka yang hidup dalam paras kemiskinan paling ramai di kota-kota besar. Dengan kos sara hidup yang tinggi, setakat gaji RM 1 ribu atau RM 2 ribu...dengan anak seramai 5 orang termasuk seorang isteri, mana mampu menampung hidup di bandar besar. Namun orang tidak nampak itu semua pada kakitangan kerajaan. Yang dibisingkan, kerajaan memanjakan kakitangan awam...tidak sebenarnya.
Kadang-kadang aku hairan. Bila kerajaan memberi bonus dan selalunya setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, ramai orang di luar sana yang mencaci dan mengutuk kakitangan kerajaan. Tapi kadang-kala mereka lupa, ada sebahagian daripada mereka yang ada kalanya menerima bonus sehingga 12 bulan gaji dan paling kurang pun 3 bulan gaji.
Komen mereka, kakitangan kerajaan suka mengular di waktu pejabat...ah, jangan lupa, di pejabat swasta juga ada kakitangan yang suka mengular. Tapi kerana mereka jarang berhubung terus dengan orang awam, semua itu orang tak nampak. Bukan sekali dua aku pergi ke pejabat-pejabat swasta yang aku rasakan kakitangannya lebih buruk memberi layanan kepada orang awam. Pergi sahaja ke sesetengah hotel-hotel, mereka melayan kita kadang-kala secara double standard. Pasaraya-pasaraya tertentu juga begitu. Kalau nampak pelanggan yang ada kelas masuk ke premis mereka, jangan haraplah mereka nak layan kita. Kadang-kala siap menjeling lagi. Tidakkah mereka lupa, mereka juga sebenarnya menawarkan perkhidmatan kepada orang awam. Tapi kerana mereka tidak berada di bawah nama kakitangan kerajaan, penilaian yang diberi adalah berbeza. Sedangkan kita sama-sama berkhidmat untuk masyarakat.
Cuma masalah dengan kakitangan kerajaan, orang sentiasa menilai mereka, dan yang lebih teruk bukan cuba membetulkan apa yang salah, tapi hanya pandai mengutuk dan memperbesarkan apa yang sepatutnya boleh diperbetulkan. Kadang-kala orang awam sengaja tidak mahu menampakkan yang kakitangan kerajaan sekarang sudah melangkaui sikap kakitangan awam dahulu.
Membebel pula aku ya...maaflah ter 'emo' sikit. Almaklumlah, aku sebagai kakitangan awam, yang memberi sepenuh tenaga dan kudrat untuk membantu meningkatkan imej jabatan kerajaan, kadang-kala agak terluka dengan sikap orang ramai.
No comments:
Post a Comment