20 July, 2012

Bulan Ramadhan

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. So korang dah bersedia ke nak sambut puasa ni...aku? Alhamdulillah...aku memang ternanti-nanti bulan puasa ni...Satu bulan yang penuh kemeriahan bagi aku...meriah dari segi amal ibadat dan meriah juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang jarang kita lakukan di bulan biasa. 

Kalau dari segi ibadat, of courselah bulan inilah biasanya kita mempertingkatkan amalan kita, cover apa yang terkurang. Bulan ini juga memberi peluang untuk kita bermuhasabah diri, mencari dan menilai siapa diri kita sebenarnya. bulan puasa/Ramadhan juga sebenarnya atau bulan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Alhamdulillah kalau kita tidak terpesong dari landasan yang boleh merosakkan akidah. Sebab kadang-kala Allah SWT menguji kekuatan iman dan ketakwaan hambaNya lebih lagi di bulan Ramadhan ini. 


Yalah, kalau bulan sebelum ni kita tak pernah mencuri, kadang-kala bulan puasa ni nafsu untuk mencuri tu timbul...yalah...curi makan, curi tidur dan curi melihat dll. Orang lain sibuk menambah amalan, jangan pula kita sibuk menambah amalan juga...tapi amalan yang terpesong dari tuntutan Islam. Janganlah pula kita permudahkan amalan puasa kita ya...jangan bagi alasan yang tidak munasabah untuk ponteng puasa. Apatah lagi pada yang dah tua bangka. Malulah pada anak-anak kecil yang umur 5 - 6 tahun yang dah start belajar puasa. Jangan kita yang umur 50 - 60 tahun pula yang lebih-lebih tak mahu puasa ya. Kecuali bagi yang ada alasan yang betul-betul munasabah macam period ke (bagi pompuan ya, orang lelaki tak period...jangan nak mengada), uzur ke, orang tua yang dah tersangat uzur, ada penyakit tertentu yang melarang dia dari berpuasa...macam orang tua yang ada kencing manis, kadang-kadang dia orang tak boleh puasa sebab dorang bergantung pada ubat, kalau tak boleh collapse...pompuan mengandung yang bimbang mendatangkan mudarat pada baby dalam kandungan ke...tapi jangan lupa...semua tu kena ganti balik bila dah berkemampuan...bukan ponteng puasa lepas tu tak berganti ya...karang kat sana kena menjawab pula...

Lagi satu, bulan puasa ni kalau boleh sama-sama kita kurangkan pembaziran ya...(bab ni kenkadang aku pun terpesong gak ni...). Terutamanya waktu berbuka puasa. Kalau yang masak sendiri sama, apatah lagi yang membeli kat bazar Ramadhan. Kalau masak sendiri untuk berbuka, kenkadang sampai penuh meja. Kat dapur 2 - 3 periuk juadah yang kita masak. Ada gulai ikanlah, rendang ayamlah, sotong masak hitamlah dan macam-macam lagi...Kalau yang ke bazar Ramadhan pula, huhh...tak cukup tangan kanan dengan tangan kiri nak membawa juadah yang dibeli. kalau boleh bawa pakai gigi dengan telinga...mahu penuh tu bergayut...
Bagi aku...tahun ni tak tahu lagi. Tahun lepas alhamdulillah aku berjaya menahan diri dari melakukan pembaziran. Aku cuma beli apa yang aku nak makan je. Kecuali kalau masak,sebab aku tak tahu nak agak nak masak banyak mana, sebab bila masak, kadang-kadang waktu sahur tak rasa nak makan, cuma minum saja. Tapi biasanya kalau aku masak, cuma simple 1 -2 jenis lauk saja dan panaskan sampai sahur. 

Apapun, harap-harap Ramadhan kali ini akan lebih membawa keinsafan pada aku dan memberi keberkatan kepada semua umat Islam di dunia ini...semoga kita terhindar daris ebarang perkara-perkara yang tidak diingini dan dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keredhaan dari Allah SWT...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kalau Rajin Nak Membaca

  • http://www.bharian.com.my/
  • http://www.utusan.com.my/
  • http://www.hmetro.com.my/
  • http://thestar.com.my/
  • http://www.nst.com.my/